Salah satu ciri yang saya suka tentang gimp ialah menu Xtns yang membolehkan kita membina buttons, Logos, Misc, Patterns atau juga Web Page dengan senang sekali iaitu hanya memasukkan nilai-nilai parameter yang dikehendaki dan dengan satu klik ia akan mengeluarkan hasil.Cuba lihat contoh dibawah.
Katakan saya ingin membina Logo yang berbentuk tulisan untuk melayubuntu.Saya hanya perlu pergi ke Xtns > Logos > 3D Outline(contoh)..Masukkan parameter yang dikehendaki dan setkan seperti mana yang kita mahu(termasuk font dan pattern) seperti dalam gambar.Dan sebaik sahaja saya klik butang "OK", hasil yang dijanjikan akan keluar.
Melalui menu Logos itu, dengan 3 step yang sesimple ini, pengguna gimp akan mampu menghasilkan image-image atau logo-logo tulisan seperti berikut;
Alien Glow
Bovination
Neon
Text Circle
dan sebagainya.Anda bebas untuk bereksperimen dan membuat logo text anda sendiri mulai sekarang dengan menggunakan gimp.Tammat bhg.1.
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
Tutorial Bahasa melayu
ReplyDeleteUI Bahasa orang putih
Aduhhhh, terpaut hati pula dengan Gimp....
ReplyDelete#sebol : nak buat camne..negara kita penah dijajah oleh derang...haha
ReplyDelete#azhar : install jer bro..dlm windows pun bleh...hehe
#sebol : nak buat camne..negara kita penah dijajah oleh derang...haha
ReplyDelete#azhar : install jer bro..dlm windows pun bleh...hehe
Negara kita dah merdeka, cuma fikiran rakyat je yang masih dijajah.
ReplyDeleteWalaupun gimp bahasa melayu dah lama ada (walaupun tak dikemaskini), mereka masih lagi beranggapan gimp mesti dalam Bahasa Inggeris.
haha..at least fikiran aku bukannya terjajah tetapi terbiasa...aku lebih biasa dgn UI dlm bhs org putih dan aku rasa tidaklah terlalu susah nak paham kalaupun ia diikuti oleh orang lain yg guna UI bm..ia soal pilihan dan bukannya kekangan...tiada siapa disini yg mendesak supaya agungkan BI dan aku tak pernah agungkan apa yg datang dr barat..hanya satu perkataan yg bisa menerangkan - "terbiasa"
ReplyDelete"(walaupun tak dikemaskini).."
ReplyDeletesebab tu la kot? tak dikemaskini..
berbeza dengan China dan Jepun, orang Malaysia, khasnya melayu, masih selesa guna UI bahasa inggeris.. tapi kami masih cintakan bahasa sendiri... ^^
ermmm..kadang-kadang yg cerdik pandai ni tak nak tolong ubah ke bahasa melayu...tu pasal org kita kurang bijak dalam bidang it
ReplyDelete#khairul : yups...kami cintakan bahasa kami..huhu
ReplyDelete#kita : that's why i'm here...
Kat mana locale gimp untuk bm tu?
ReplyDelete