Monday, February 11, 2008

Menukar ikon didalam ubuntu : Folder

Bosan dengan ikon tertentu dalam koleksi ikon ubuntu anda?Inginkan home directory yang seperti ini?
change-folder-result.png


Tips saya pada hari ini akan merangkumkan pelajaran-pelajaran berikut;
  • tips menukar ikon dengan replace ikon dalam koleksi ikon
  • tips menukar ikon melalui properties
  • beberapa perkara asas lain yang sangat berguna untuk diketahui

1.Menukar ikon dalam koleksi ikon

Apabila anda download ikon untuk gnome dan menginstallnya kedalam tema ikon, sebenarnya apa yang berlaku dalam proses install itu hanyalah proses extract file(contohnya ikon.tar.gz2) dan meletakkan ikon-ikon tersebut kedalam folder ".icons" didalam home directory.Folder ini tersembunyi secara default dan kita boleh tekan Ctrl+H pada keyboard untuk melihat file yang tersembunyi(hidden file) dalam home directory.

Kandungan folder koleksi ikon biasanya mengandungi;
  • folder 16x16
  • folder 22x22
  • folder 24x24
  • folder 48x48
  • folder scalable(ikon 128x128)
  • index.theme
Setiap folder tersebut mengandungi ikon bagi keseluruhan sistem(walaupun tidak 100%) dan apa yang best tentang ubuntu/gnome ialah kita boleh replace ikon tertentu didalam folder ikon dengan ikon kita sendiri.Bermakna ia 100% customizable!

Namun harus diingat bahawa, saiz ikon perlu selari dengan setiap ikon yang direplace.Katakan kita ingin replace satu ikon dalam folder 16x16.Ikon yang kita ingin replace juga perlu bersaiz sama supaya tidak ada cacat cela dalam paparan ikon sistem kita nanti.

2.Tukar ikon melalui properties

Saya sudah menyentuh tentang perkara ini didalam artikel lalu iaitu berkenaan prism.Apa sahaja ikon boleh ditukar dengan right clik pada item > properties > dan cari ikon yang ingin digunakan.Lihat image dibawah.
change_folder_icon_steps.png.png
Klik disini untuk saiz lebih besar.

Apabila kita faham kedua-dua tips diatas, dengan senangnya kita boleh mengawal ikon yang kita kehendaki didalam ubuntu.

Namun artikel ini tidak tamat sampai disini.Saya menemui sebuah website yang mengandungi ikon-ikon cun dan paling best ialah ia percuma.Jika ada orang bertanya mengapa saya letakkan perkataan folder diakhir tajuk bagi entry kali ini, saya akan menjawab; ini rahsianya!
| MacDo Design |

Namun ikon folder yang terdapat disitu bukan dalam bentuk .png.Oleh kerana system ubuntu menggunakan .png untuk ikon, lalu saya secara sukarela telah convert salah satu koleksi ikon disana(bewarna brown-seperti dalam screenshot diatas) kepada .png khas untuk pengguna ubuntu/gnome di melayubuntu.
download-icon.gif


NOTE:
1.Sila gunakan gThumb untuk kerja resize ikon dan perisian ini sangat mudah digunakan.

2.Ketika ingin replace apa-apa ikon, sila pastikan nama ikon adalah sama dengan ikon yang ingin direplace beserta dengan saiznya.

3.Bagi yang tidak biasa, kerja manual seperti ini mungkin agak leceh tetapi percayalah, ia amat menyeronokkan!

Pertanyaan dialu-alukan =)

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...