Posts

Showing posts with the label icon

Tema Icon Faience : Icon Berasaskan Faenza Memfokuskan Gnome 3

Image
Tema icon Faience adalah satu tema icon berasaskan tema icon faenza yang memfokuskan kepada Gnome 3 dan dihasilkan oleh Tiheum. Selain daripada menghasilkan tema icon, Tiheum juga telah menghasilkan satu tema juga dinamakan Faience untuk Gnome-Shell. Buat masa ini tema faience masih lagi sedang pesat dibangunkan namun pengguna boleh memuatturun untuk mencubanya dalam ubuntu terbaru yang bakal dilepaskan iaitu 11.10. Muatturun tema icon faience :  http://tiheum.deviantart.com/art/Faience-icon-theme-255099649 Muatturun tema gnome-shell faience :  http://tiheum.deviantart.com/art/Gnome-Shell-Faience-255097456

Faenza Gnome Icon Theme versi 0.9!

Image
Kepada penggemar & pengguna faenza gnome icon theme, anda semestinya telah menerima satu kemaskini pada hari ini. Antara perubahan ketara yang mungkin cepat anda perasan ialah icon Chrome/ium yang diselaraskan dengan perubahan icon rasmi aplikasi tersebut. Sekiranya anda belum memasang tema icon ini dalam ubuntu anda, sila masukkan kata arahan berikut  ke terminal dan ikuti proses pemasangan biasa. sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox sudo apt-get update sudo apt-get install faenza-icon-theme

Faenza Gnome Icon Theme : Tema ikon gnome yang Wow~!

Image
Saya sudah agak lama bersara dari mencari tema desktop dan kekal menggunakan tema default daripada ubuntu kerana saya merasakan tema sekarang cukup cantik dan paling penting, saya selesa dengannya. Namun tema ikon Faenza ini cukup berbeza dari yang lainya. Pertama kali melihatnya, ia membuatkan saya ingin mencubanya. Kali pertama mencubanya, ia membuatkan saya tidak mungkin kembali menggunakan tema ikon yang lain. Muatturun Faenza Gnome Icon Theme Meskipun tema ikon ni masih belum mencapai tahap matang dan berada pada versi 0.5 dengan anggaran separuh jalan, saya sangat-sangat teruja untuk menunggu versi penuh tema ikon ini. Memasangnya dalam Ubuntu 10.04 Muatturun fail ikon ini dalam format .ZIP, UNZIP dan masuk ke dalam folder yang terhasil. Kemudian run install.sh seperti dalam screenshot dibawah; Kemudian, klik pada desktop - pilih change desktop background - buka theme tab - klik pada customize - klik pada icon tab dan pilih icon faenza samada normal atau dark. Akhi...

Icon Set Menarik Untuk Ubuntu

Image
Bagi mereka yang suka akan penampilan desktop/os masing - masing, Icon boleh dikatakan menjadi penyumbang utama dalam memastikan os/desktop kita nampak menarik dan sedap mata memandang. Dulu masa zaman windows 7 / xp, memang selalu lah tukar icon and perangai ni terbawa - bawa pula ke Ubuntu. Satu perkara yang pasti, nak tukar icon di Ubuntu lagi senang daripada Window 7, sebab, tak perlu install extra application macam iconpackager. Ubuntu just drag and drop, senang kan? Klik pada nama icon untuk download. Cara memasangnya pula, buka Appereance (System > Preference > Appereance), kemudian drag icon tadi ke appereance berkenaan. Klik customize  dan pilih tab Icon untuk memilih ikon kegemaran anda. Selamat Mencuba. 1. Area 2. Kamel 3. Somatic 4. Buuf 5. Square Dock 6. Snowish 7. Amora 8. All Black p/s: yang mana satu jadi pilihan hati? ;-)

Menukar ikon didalam ubuntu : Folder

Image
Bosan dengan ikon tertentu dalam koleksi ikon ubuntu anda?Inginkan home directory yang seperti ini? Tips saya pada hari ini akan merangkumkan pelajaran-pelajaran berikut; tips menukar ikon dengan replace ikon dalam koleksi ikon tips menukar ikon melalui properties beberapa perkara asas lain yang sangat berguna untuk diketahui 1.Menukar ikon dalam koleksi ikon Apabila anda download ikon untuk gnome dan menginstallnya kedalam tema ikon, sebenarnya apa yang berlaku dalam proses install itu hanyalah proses extract file(contohnya ikon.tar.gz2) dan meletakkan ikon-ikon tersebut kedalam folder ".icons" didalam home directory.Folder ini tersembunyi secara default dan kita boleh tekan Ctrl+H pada keyboard untuk melihat file yang tersembunyi(hidden file) dalam home directory. Kandungan folder koleksi ikon biasanya mengandungi; folder 16x16 folder 22x22 folder 24x24 folder 48x48 folder scalable(ikon 128x128) index.theme Setiap folder tersebut mengandungi ikon bagi keseluruhan sistem(wal...