Tidak dinafikan bahawa Gimp sukar untuk menjadi altenatif yang kompetitif kepada photoshop.Namun sedarkan kita bahawa berapa ramaikah yang mempunyai lesen sah untuk photoshop yang digunakan?Bererti, perisian photoshop yang kita gunakan sekarang adalah terlalu berisiko untuk digunakan dalam apa jua tujuan perniagaan.
Oleh kerana ramai yang menggunakan photoshop hanya untuk kegunaan peribadi maka isu perlesenan tidak begitu penting untuk diperdebatkan.Namun AWAS jika anda menggunakan photoshop untuk perniagaan tanpa lesen yang sah.Silap-silap bisnes boleh lingkup akibat disaman!Oleh kerana harga bagi mendapatkan lesen photoshop adalah terlalu mahal, Gimp adalah penyelesaiannya.
Saya percaya, ramai antara kita yang menggunakan photoshop untuk mengedit gambar dan memanipulasi image dan sebahagian besarnya hanya menggunakan tidak lebih dari 10% keupayaan sebenar photoshop!Jika begitu, mengapa tidak mencuba Gimp?Ianya sebuah perisian yan ringan, berprestasi tinggi dan mudah digunakan untuk kerja-kerja memanipulasi image yang simple.Gimp adalah perisian memanipulasi image yang ideal untuk komputer berkuasa rendah yang tidak mampu menanggung beban RAM yang digunakan photoshop.Lebih mengujakan, Gimp adalah perisian multi-platform untuk windows, linux dan mac osx.
Percuma, ringan, multi-platform, penggunaan RAM yang rendah, penggunaan space yang rendah, dan sesuai untuk komputer berkuasa rendah dan sederhana.Apa lagi yang anda perlukan?
Gimp baru sahaja mengeluarkan versi 2.4.4 pada 30 January lalu yang datang dengan membaiki beberapa error dan kelemahan.Saya berniat mengupas lanjut berkaitan Gimp dengan membuat sedikit tutorial ringkas dan cara-cara menggunakan gimp dengan lebih berkesan dalam entry-entry akan datang.
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
semalam baru jer aku bereksperimen dgn gimp.. try edit pic.. 1st skali aku try resize.. hehe.. tapi mcm susah.. mula2 memang lah.. lame2 dah biase mesti aku lagi suke gimp
ReplyDeletehaha...ok la 2 aizat..aku pun sama gak tak tau pape mula-mulanye...try n error jek manjang...lama2 dah biasa layan la plak...
ReplyDeletekawe baru nak try gimp ni
ReplyDeletekalau rasa gimp ni menarik, try la inkscape.. free vector graphic macam adobe illustrator. memang best
ReplyDelete