Saturday, February 02, 2008

Snippits untuk Ubuntu

Setiap hari dalam kehidupan kita bersama komputer, berapa kali kita menaip perkara yang sama berulang-ulang?Menaip alamat email, perkataan assalamualaikum, url blog sendiri, atau kadang-kadang nama sendiri yang panjang berjela-jela.Ya, jalan keluar yang klasik sudah pasti copy&paste.Namun jika tiada sumber untuk copy bagaimana untuk paste ya tak?

Apabila mengenali dunia mac osx, saya berkenalan dengan sebuah perisian bernama TextExpander dan sejak itu saya berdoa supaya perisian seumpama ini turut dapat dinikmati oleh pengguna linux.Menggunakan TextExpander, saya telah "set"kan shortcut bagi beberapa perkataan/ayat tertentu yang banyak berulang dalam kerja-kerja menaip.Contohnya, apabila saya ingin menulis alamat email, saya hanya perlu taip "/zm" (tanpa quote) dan secara automatik shortcut tersebut bertukar menjadi alamat email.Begitulah seterusnya bagi alamat url blog dan banyak lagi aplikasi kegunaan yang pastinya memudahkan kerja-kerja menaip.

Pagi ini, saya membuka rss reader saya dan mendapati ada 85 artikel baru yang perlu dibaca (biasanya saya baca tajuk jer).Laman webblog lifehacker mengulas tentang snippits dan saya rasa seolah-olah doa saya telah termakbul.Kini pengguna linux boleh mengecapi sebuah perisian percuma, open source dan yang lebih penting ianya sangat-sangat berguna dalam kerja-kerja menaip anda sehari-harian.Percayalah!Anda akan teruja dengan perisian ini.Enjoy video dibawah dan anda akan faham selebihnya.



Untuk proses installasi, sila ke laman web snippits atau ke laman web lifehacker untuk tutorial lanjut.Selamat mencuba!Jika anda sukakan maklumat ini, jangan lupa untuk melanggannya supaya setiap maklumat sampai kepada anda.Klik disini.

2 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...