Friday, February 08, 2008

Glipper : Mesti dicuba, berbaloi dimiliki dan ianya percuma!

Dalam 1 hari agaknya berapa kali kita copy items dalam komputer?Text, image, video dan apa sahaja bentuk file.Setiap kali kita copy, items yang kita copy itu akan disimpan didalam clipboard yang boleh direcover(didapatkan kembali) dengan right clik > paste.Biasanya clipboard hanya boleh menyimpan satu item dalam satu-satu masa dan ini bermakna, kita tidak boleh kembali kemasa lampau untuk recover apa yang kita copy 3 jam yang lalu misalannya.

Dengan glipper, kita boleh kembali kemasa lalu!Maksud saya, apa yang kita copy berejam yang lalu boleh didapatkan kembali dan dipastekan seperti biasa.Glipper juga bukan sahaja boleh recover apa yang kita copy tetapi juga apa yang kita cut.Katakan kita cut sesuatu text,kemudian terlupa untuk paste ditempat yang kita ingini dan entah macam mana kita copy benda yang lain pula selepas itu.Biasanya apa yang kita cut itu akan "burn" begitu sahaja kecuali jika kita undo.Namun dengan glipper, apa yang kita cut boleh didapatkan kembali tanpa apa-apa kesusahan.

Glipper ialah clipboard manager yang sangat berguna, mesti dimiliki, open source, dan sewajibnya ia adalah percuma!glipper-icon.gif
Cara Install Glipper

Glipper terkandung dalam package ubuntu dan boleh diinstall dengan satu klik menggunakan fungsi Add/Remove Applications.Selesai menginstall glipper dan apabila dilancarkan, kita akan mendapati ikon glipper akan berada pada notification area pada panel(seperti dalam gambar).Klik pada ikon tersebut untuk mengurus dan mendapatkan kembali apa yang kita copy sebelumnya.glipper-coppiedstuff.gif

Right click pada ikon Glipper > Preferences akan membuka setting bagi glipper.Kita boleh setkan bilangan copy yang ingin disimpan, kepanjangan,dan sebagainya.Apabila kita ingin delete semua items yang telah dicopy, hanya perlu klik pada "clear" dan semua history akan hilang.Semudah itu, kita dapat menguruskan urusan copy and paste dalam kerja-kerja seharian.
glipper4.png


Apa lagi yang semudah itu dalam kehidupan berkomputer anda?Semuanya didalam ubuntu - percuma, mudah, dan banyak pilihan.

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


3 comments:

  1. aku mau cuba..sungguh menarik

    ReplyDelete
  2. #senyuman : yups..mmg menarik..ada dalam package ubuntu..snang jer..slama ni xperasan..huhu

    #azhar : windows maybe ada perisian lain...kalau dalam entry xmention pasal windows maknanya ianya utk ubuntu jela...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...