Posts

Showing posts with the label tip

Melajukan Facebook Dalam Linux/Ubuntu

Image
Saya terbaca dalam  http://komputer.my/  tentang cara melajukan Facebook dalam Windows 7. Saya kira pengguna linux/ubuntu semestinya ingin tahu bagaimana untuk melakukan trick yang sama dalam sistem operasi kegemaran mereka. Caranya sangat mudah: 1. Buka terminal dan masukkan kata arahan sudo gedit /etc/hosts 2. Di bawah 127.0.1.1, masukkan line berikut; 203.106.85.66 www.facebook.com 3. Save dan kemudian buka Facebook.com untuk melihat perubahan. Via :  http://www.liewcf.com/malaysia-slow-facebook-solution-7045/

Tip Pantas : Rekod internal audio dalam ubuntu

Image
Merekod external audio bukan sesuatu yang sukar dalam ubuntu kerana kita mempunyai aplikasi seperti Sound Recorder yang terpasang secara default dalam ubuntu dan juga Audacity yang lebih banyak fungsi termasuk mengedit video. Bagaimana pula dengan internal audio? Contohnya, anda memainkan flash audio pada firefox dan anda tertarik pada audio tersebut. Bagaimana untuk merekod audio tersebut? Langkah-langkah; 1.Pasang " pavucontrol " menggunakan ubuntu software center. 2.Buka Pulseaudio Volume Control (dalam menu aplikasi pada sound & video) 3.Buka Sound Recorder . 4.Klik pada tab Recording pada Pulseaudio Volume Control dan pastikan ia telah memilih Application . 5.Ketika ini, pada Sound Recorder, klik pada butang Record Sound . Serentak dengan itu, anda boleh melihat Pulseaudio Volume Control pada tab Recording tadi akan mengesan aplikasi yang sedang membuat aktiviti recording. 6.Pada Pulseaudio Volume Control tadi (dalam tab Recording) Klik pada Internal Audio...

Tip terjemah di Launchpad dengan lebih mudah

Image
Selepas anda menyertai pasukan terjemah ubuntu di launchpad.net , anda mungkin bersemangat untuk memulakan tugas menerjemah ubuntu ke dalam bahasa ibunda. Anda sama-sekali tidak perlukan kelulusan untuk melakukan tugas ini kerana ia sebenarnya cukup mudah. Berikut merupakan tip (petua) mudah untuk diikuti bagi meningkatkan produktiviti anda; 1.Masuk laman berikut; https://translations.edge.launchpad.net/ubuntu/jaunty/+lang/ms 2.Klik mana-mana pakej dalam template name dan pastikan anda faham perkara berikut; 3.Selepas mengenalpasti pakej yang ingin ditafsir, klik padanya. Sebagai contoh, saya telah klik pakej xulrunner. 4.Pilih satu bahasa yang ingin dijadikan panduan (selain bahasa inggeris) Dalam imej diatas, saya telah menjadikan bahasa indonesia sebagai panduan. Dengan ini, saya boleh melakukan terjemahan dengan lebih mudah dan pantas. Amacam?

Ubah saiz dan pusing imej dengan lebih pantas dengan nautilus image converter

Image
Berapakah masa yang anda perlukan untuk mengubah saiz (resize) dan pusing (rotate) imej pada kadaran biasa? Saya dapati untuk membuka perisian GIMP sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 saat. Dalam dunia moden yang serba menginginkan kepantasan, perbezaan beberapa saat adalah cukup kritikal. Anda lewat 10 saat, anda dikira tidak bagus! Saya dapati blog kebayanit.com ada menulis tentang nautilus-image-converter , satu addon kepada nautilus, pengurus fail dalam ubuntu. Pasang : sudo apt-get install nautilus-image-converter Semoga bermanfaat.

Memasang GNOME Global Menu dari PPA

Image
GNOME Global Menu ialah satu pakej applet untuk menghasilkan menu sesuatu perisian pada panel GNOME. Dengan kata lain, pakej ini adalah satu pengaplikasikan semula konsep menu dalam sistem operasi Mac OSX dan sesuai digunakan untuk mereka yang meminati konsep menu sebegini. Jika dahulu pakej ini sangat sukar dan berisiko untuk dipasang, kini ianya boleh dipasang menggunakan PPA, terus melalui APT dan mempunyai sistem kemaskini pakej yang sama dengan perisian lain. Masukkan PPA berikut; Jaunty Jackalope: deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu jaunty main Intrepid Ibex: deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu intrepid main Hardy Heron: deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu hardy main Update metadata APT dan masukkan command berikut ke dalam terminal kemudiannya; sudo apt-get install gnome-globalmenu NOTE : Pastikan anda buang pakej Global Menu yang lama jika anda telah memasangnya sebelum ini. Pakej ini masih tidak menyokong beberapa p...

Buka fail Microsoft Office dengan OpenOffice.org tanpa kecacatan dalam Ubuntu.

Ada pengguna yang bertanya saya mengapa OpenOffice.org masih dilihat gagal membuka fail .DOC atau .DOCX tanpa sebarang kecacatan. Meskipun tidak ada yang bertanya sebaliknya (rasanya macam tak adil), namun saya perlu menyediakan jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan kepada saya tanpa perlu menjawab "tak tahu" setiap kali ditanya (saya suka jawab tak tahu kalau betul-betul tak tahu). Sebagaimana yang kita tahu, untuk Microsoft Office 07, microsoft telah memperkenalkan jenis format fail yang baru iaitu .DOCX, .XLSX, .PPTX yang turut dinamakan OpenXML (apalah yang dimaksudkan dengan open tu wallahuaklam). Ini menyebabkan bukan sahaja OpenOffice.org, malah Microsoft Office 04 sendiripun gagal membuka jenis format fail tersebut dan Microsoft masih lagi ingin memanggilnya "OPEN". Apa yang Microsoft harapkan ialah, semua pengguna Microsoft Office 04 akan beralih kepada Microsoft Office 07 - tindakan ini dilihat sebagai satu pemaksaan dan ianya memperlihatkan betapa...

Aktifkan Tracker Search Tool dalam ubuntu

Image
Tracker search tool tidak diaktifkan secara default dalam ubuntu. Sebabnya mungkin untuk mengekalkan prestasi komputer adalah pada tahap maksima tanpa perlu membenarkan apa-apa operasi pengesanan data berjalan secara senyap. Mengaktifkannya Tracker search tool pula akan membenarkan fungsi ini terlebih dahulu mengindeks semua kandungan data dalam cakera keras anda dan ini secara tidak lansung akan menurunkan prestasi komputer pada kadaran tertentu. Itu tidak menjadi masalah jika komputer anda adalah berprestasi tinggi. Saya mendapati dengan mengaktifkan Tracker search tool ini, saya boleh mencari fail-fail dalam cakera keras saya dengan sangat pantas - kurang dari 5 saat. Hanya taipkan kata kungci dan dalam sekelip mata ia akan memaparkan keputusannya. Untuk aktifkan Tracker search tool, sila pergi ke System > Preferences > Search & Indexing. Setkan kepada imej berikut; Selepas diaktifkan, anda akan dapati satu ikon kanta muncul pada applet notification area. Ia menunjukkan fa...

Kecilkan saiz thumbnail dalam nautilus

Image
Tidakkah anda perasan yang saiz thumbnail dan saiz ikon folder dalam nautilus adalah cukup berbeza. Ia menyebabkan aturan file-file agak tidak tersusun apabila saiznya berbeza. Apa tidaknya jika saiz ikon folder adalah 48px dan saiz thumbnail pula adalah 96px secara default. Tidakkah itu akan menyebabkan sususan file yang tidak sekata dan memburukkan paparan fail-fail dalam nautilus? Sebenarnya kita boleh resize thumbnail tersebut kepada saiz yang kita inginkan dengan cara berikut: 1. Tekan pada keyboard Alt+F2 untuk run command. 2. Taipkan gconf-editor dan ENTER. 3. Pergi ke App > Nautilus > Icon View. Dan setkan thumbnail size kepada 48 atau saiz lain yang anda rasakan sesuai. Anda akan dapat melihat perubahan serta-merta. Amacam? Semoga bermanfaat.

Menambah enjin pencari melayubuntu ke search bar firefox

Image
Khusus untuk anda yang mengalami kesukaran mencari artikel atau tutorial yang tepat dengan kehendak anda, kini anda boleh menambah enjin pencari melayubuntu ke pelayar web firefox. Meskipun cara ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis blog dan laman web, namun disini saya memberikan contoh secara khusus untuk memudahkan pembaca blog saya mencapai artikel atau tutorial yang diingini didalam blog ini. Cara-cara; 1.Pasang extention Add to Search Bar dan kemudian restart firefox. 2.Masuk blog melayubuntu dan right click dalam search box disebelah dan klik pada Add to Search Bar... 3.Pada search bar firefox, anda akan mendapati satu lokasi pencarian baru. Pilih dan taipkan keyword anda untuk mula mencari artikel atau penyelesaian ubuntu anda. Seperti yang tulis sebelum ini, anda boleh aplikasikan langkah ini untuk laman web yang lain juga. Kebaikan menambah fungsi ini ke search bar ialah, anda tidak perlu memasuki blog ini terlebih dahulu sebelum mencari artikel, tetapi hanya perlu menca...

Menukar format (convert) .UIF kepada .ISO dalam ubuntu

Baru-baru ini saya berurusan dengan satu fail berformat .uif (universal image format). Ternyata saya tak faham mengapa ia dipanggil "universal" sedangkan fail berformat ini hanya boleh dimount menggunakan MagicISO dalam windows (walaupun anda boleh install magicISO guna wine dalam ubuntu. Tapi MagicISO bukanlah satu perisian yang percuma. Ianya sememangnya menyusahkan sehinggalah saya berjumpa penyelesaian berikut. Seorang programmer bernama Luigi Auriemma telah menghasilkan apa yang dinamakan uif2iso yang boleh digunakan dalam semua platform sistem operasi dan ianya percuma. Cara-cara menggunakan uif2iso ini ialah; 1.Pergi ke website Luigi Auriemma dan cari uif2iso kemudian download. 2.Unzip fail yang didownload tadi. 3.Masuk ke folder yang terhasil dan masuk folder src menggunakan terminal. 4.Install dependencies dengan memasukkan command; apt-get install zlib1g zlib1g-dev libssl-dev 5.Masukkan command; make 6.Pindahkan fail .uif anda ke dalam folder src tadi dan taipkan c...

Buang kernel lama dalam sistem dan grub

Jika anda menggunakan ubuntu dengan agak lama, sudah tentu anda perasan bahawa setiap kali kernel diupdate, kernel lama akan kekal wujud dalam grub (menandakan ia masih wujud dalam sistem). Semakin banyak kernel membuatkan grub anda sesak dan semak. Sebenarnya, pengguna boleh membuang kernel lama ini secara manual dengan menggunakan synaptic package manager. Mulanya, sila pastikan versi kernel yang sedang digunakan oleh ubuntu sekarang; Buka terminal dan masukkan/taipkan; uname -r Output yang keluar adalah versi kepada kernel anda (cthnya); 2.6.24-19-generic Kemudian buka Synaptic Package Manager dan taipkan linux-image-2 dalam ruangan search. Hasil yang terbit dari pencarian itu antaranya akan menyenaraikan senarai kernel-kernel yang sudah terinstall dalam sistem ubuntu anda. Uninstall kesemua kernel yang tiada kaitan dengan versi kernel sekarang. AWAS : Salah uninstall kernel boleh merosakkan sistem anda. Oleh itu saya nasihatkan anda kekalkan 2 kernel paling terkini untuk langkah ...

Tips untuk file manager dalam ubuntu - Nautilus dan PCMan FM

Image
Dalam ubuntu, nautilus bertindak sebagai file manager (pengurus fail). Namun file-file juga boleh diaccess dengan beberapa aplikasi dan cara lain seperti PCMan File Manager dan terminal. PCMan File Manager adalah aplikasi pengurus fail yang sangat ringan dan boleh dibuka dalam masa kurang dari 1 saat dalam komputer berkemampuan biasa. Selain kepantasan, terdapat satu fungsi dalam PCMan FM yang sangat berguna iaitu fungsi "open in terminal". Apabila anda navigate ke folder yang mempunyai nama yang panjang atau "unik" seperti OOo_3.0.0beta_20080429_LinuxIntel_install_en-US_deb dan seumpamanya, right click dan pilih Open in Terminal atau hanya perlu tekan F4 dan terminal yang telah dinavigate ke folder berkenaan akan terbuka. Ini adalah sangat berguna kerana masa untuk menaip nama folder tanpa kesilapan menaip dapat dikurangkan. Pun begitu, fungsi ini boleh "diadakan" dalam nautilus dengan menginstall nautilus-open-terminal (sudo apt-get install nautilus-open...

3 Langkah lajukan loading laman web dalam Firefox untuk Ubuntu

Seperti mana yang telah saya tulis dalam artikel sebelum ini ( 10 perkara yang harus diperbaiki dalam ubuntu ), ubuntu secara default didatangkan dengan sokongan keatas IPv6. Oleh kerana kebanyakkan ISP masih lagi tidak menyokong IPv6, ini menyebabkan internet dalam ubuntu adalah lebih lembab berbanding windows. Selari dengan hal tersebut, 3 langkah yang akan melajukan loading laman web ini adalah sesuatu yang sangat berkaitan. Caranya; 1.Taipkan about:config dalam address bar. 2.Taipkan IPv6 dalam ruangan filter. 3.Double click pada network.dns.disableIPv6 dan setkan valuenya kepada true Via : Hackosis

Call yahoo messenger menggunakan ekiga dalam ubuntu linux?

Image
Jika ada anugerah PERISIAN PALING TIDAK DIGUNAKAN DALAM UBUNTU , ekiga sudah pasti dalam senarai teratas. Pun begitu, perisian VoIP berasaskan sumber terbuka ini tetap terselit dalam menu internet setiap kali anda install ubuntu kedalam komputer. Kini, nampaknya sudah terdapat cara yang effektif untuk memanfaatkan perisian ini didalam linux. Saya banyak menerima pertanyaan tentang adakah pidgin atau aplikasi serupa yang boleh digunakan untuk voice chat dalam ubuntu. Jika anda benar-benar desperate berkenaan hal tersebut, linux guider ada jawapannya. Saya masih belum berkesempatan untuk mencubanya kerana masalah koneksi internet. Apapun, saya suka untuk mendengar respon dari pembaca yang minat untuk mencuba...

Ubuntu Mirror di Malaysia

Dua hari lepas saya melayari laman web myfenris dan terdapat post tentang Ubuntu mirror di Malaysia. Satu menggunakan server oscc.org.my dan satu lagi server mmu.edu.my. Artikel asal adalah disini : http://blog.myfenris.net/?p=457 Walaubagaimanapun saya belum pasti tentang kelajuan sebenar kedua-dua server ini. Saya pernah terbaca semalam mengatakan server mmu mempunyai kelajuan 100Mbps dan oscc mempunyai 10Mbps. Saya sendiri telah mencuba server mmu dan average kelajuan yang saya dapat menggunakan streamyx 512Kbps ialah dalam 45KBps. Cara-cara untuk memasukkan senarai kedua-dua mirror ini adalah seperti dengan menjalankan arahan berikut di terminal (pilih salah satu): Server mirror.oscc.org.my :- sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/oscc.list -O /etc/apt/sources.list.d/oscc.list Server ubuntu.mmu.edu.my:- sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/mmu.list -O /etc/apt/sources.list.d/mmu.list Kemudian sila type sudo apt-get update && sudo apt-get upg...

TOP 5 Alatan untuk blog dalam ubuntu!

Image
Artikel ini khas untuk penulis undangan blog melayubuntu! Dahulunya saya agak tertanya-tanya jika memblog dalam ubuntu akan mengurangkan produktiviti dan kualiti entry yang saya hasilkan nanti. Tidak ada photoshop, tidak ada marsedit (blogger tool paling best dalam mac osx), tidak ada dreamveawer dan serba tidak ada. Alatan seperti Blog Entry Poster, BloGTK, dan Drivel Journal Editor pula terlalu buggy dan tidak memenuhi kehendak manakala Gimp pula terasing disuatu sudut yang tidak dipandang. Namun kini segala persepsi tersebut lenyap bersama munculnya suatu mentaliti dan teori yang baharu mendukung frasa "jika anda komited, sudah tentu ada jalannya". Berikut, saya kongsikan alatan yang saya gunakan untuk sebahagian besar entry blog ini. Senarai alatan mengikut ranking! 1.Scribe Fire ScribeFire merupakan extension bagi firefox yang membenarkan anda berblog, mengedit entry tanpa meninggalkan tetingkap firefox dan mempunyai ruangan text editor yang bagi saya cukup untuk memenuh...

Ubuntu & Virus

Image
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya menulis tajuk sedemikian. Dalam sistem terbuka kita juga terdapat virus-virus,tetapi jangan takut kerana virus itu tidak hidup atau lebih terkenal dengan istilah jangkit. Virus yang saya maksudkan kebanyakannya berasal dari sistem operasi yang dinamakan Windows. Walaupun virus tersebut tidak mengganggu sistem operasi sistem terbuka,tetapi bayangkan PC kawan anda yang menerima fail dari anda yang mengandungi virus tersebut. Kesiankan kawan anda itu. Avast adalah salah satu penyelesaian yang ada.berikut merupakan langkah-langah untuk memasang Avast pada sistem anda: 1. Muat turun fail DEB dan simpan pada desktop. 2. Setelah proses muat turun selesai, klik dua kali untuk membuka file tersebut. File tersebut akan dibuka menggunakan Package installer . 3. Lakukan proses pemasangan dan tunggu sehingga ia selesai. Apabila sudah selesai, tutup tetingkap tersebut. 4. Anda perlukan lesen untuk menggunakan Avast. Lesen anda boleh memperoleh secara percuma...

Me'MELAYU'kan Ubuntu anda

Image
Ada beberapa komen yang saya baca bertanyakan mengenai me'melayu'kan sistem Ubuntu yang digunakan. Me'melayu'kan ubuntu disini bermula dengan mengaktifkan bahasa ibunda kita dalam Language Support . Untuk mengaktifkan bahasa Melayu anda perlulah membuka Language Support dahulu. System>Administrator>Language Support A pabila sudah dibuka tetingkap Language support , kebanyakan anda mesti muat turun dahulu senarai terbaru. Tetingkap baru akan dibuka bertanyakan untuk memuat turun dan memasang senarai tersebut. Tunggu sehingga proses memuat turun serta memasang selesai. Apabila telah selesai, dicadangkan anda perlulah ulanghidup terlebih dahulu sebelum menukar bahasa untuk memberi kesan yang dikehendaki. Jarang sistem terbuka meminta untuk ulanghidup tetapi dalam beberapa kes seperti ini, anda mestilah ulanghidup untuk melihat kesannya. Selepas proses ulanghidup selesai barulah anda boleh memilih bahasa yang dikehendaki dalam kekotak Support Language . A...

Rindukan mIRC?

Image
Dalam sistem sumber terbuka terdapat satu utiliti yang dipanggil X Chat untuk menggantikan mIRC yang tedapat untuk Windows. Dengan XChat anda boleh memasuki banyak chanel-chanel IRC serata dunia. Penghantaran fail juga dibolehkan dalam XChat ini. Anda boleh menukar XChat anda dengan pelbagai skrip dan plugin yang terdapat dalam utiliti tersebut.untuk keterangan lanjut,anda boleh melawat laman web www.xchat.org

Tip mudah : Browse video youtube dengan Totem MPlayer

Image
Ni antara entry paling senang nak tulis. Ianya mengenai fungsi MPlayer yang membolehkan pengguna browse youtube dan memainkan secara terus dalam MPLayer dan nikmati kesan melihat video youtube dalam mode fullscreen! Ahaks. Caranya? Dalam MPlayer tu, pergi ke Edit - Plugins dan pilih youtube browser. Nanti kat sidebar tu pilih option youtube kemudian taip la pape kat kolum search. Then double click video yang ingin dimainkan. Entah kenapa saya suka mainkan video youtube dalam MPlayer akhir-akhir ni. Mungkin sebab boleh tengok dalam mode fullscreen, ringan dan pantas dan tak perlu aktifkan browser firefox. Enjoy!