Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya menulis tajuk sedemikian. Dalam sistem terbuka kita juga terdapat virus-virus,tetapi jangan takut kerana virus itu tidak hidup atau lebih terkenal dengan istilah jangkit. Virus yang saya maksudkan kebanyakannya berasal dari sistem operasi yang dinamakan Windows. Walaupun virus tersebut tidak mengganggu sistem operasi sistem terbuka,tetapi bayangkan PC kawan anda yang menerima fail dari anda yang mengandungi virus tersebut. Kesiankan kawan anda itu.
Avast adalah salah satu penyelesaian yang ada.berikut merupakan langkah-langah untuk memasang Avast pada sistem anda:
1. Muat turun fail DEB dan simpan pada desktop.
2. Setelah proses muat turun selesai, klik dua kali untuk membuka file tersebut. File tersebut akan dibuka menggunakan Package installer.
3. Lakukan proses pemasangan dan tunggu sehingga ia selesai. Apabila sudah selesai, tutup tetingkap tersebut.
4. Anda perlukan lesen untuk menggunakan Avast. Lesen anda boleh memperoleh secara percuma dengan lengkapkan borang yang disediakan pada http://avast.com/eng/home-registration.php dan lesen akan dihantar terus ke emel anda.
5. Buka Terminal, masukkan arahan berikut
avast
6. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor lesen yang diberi dalam emel anda.
7. Setelah masukkan nombor lesen, tekan kekunci masuk. Avast akan malakukan proses mengimbas home directory. Selesai.
Untuk memudahkan anda mencapai aplikasi Avast ini, anda boleh menggunakan application launcher pada desktop anda.
Selamat mencuba.
Sunday, May 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..