Tuesday, May 27, 2008

Sambung ke internet menggunakan modem USB (PPPoATM)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung melayubuntu.

Ini adalah kali pertama untuk saya menulis blog, jadi kalau ada silap tolong tegur la ye..

Kali ni saya nak menunjukkan cara untuk 'connect' ke internet (streamyx) menggunakan modem yang berasaskan chip 'ueagle' yang kebiasaannya merupakan modem dsl berasaskan usb dan dikeluarkan oleh Analog Devices Inc. (ADI). Artikel ini juga menggunakan kaedah PPPoATM yang sedikit berlainan dengan cara yang telah ditunjukkan sebelum ini iaitu PPPoE.

Antara modem yang di'support' oleh artikel ini ialah Sagem Fast 800, Sagem Fast 840, Sagem Fast 908, Comtrend ct 350, Comtrend ct 361, US Robotics USR9000 Sureconnect, TELINDUS ND 220 ARESCOM, Elcon 111U, Aztech 206U, Dlink DSL-200i , ARESCOM NDS1060, ECI B-FOCuS 150A II, Aethra Starmodem, Huawei SmartAX MT810 ID, Teledat 300 usb, Zoom 5510B, ASUS AAM6000UG.

Mula sekali kita perlu mendownload driver untuk modem ini daripada laman web eagle-usb.org ataupun pergi ke link dibawah untuk mendownload driver tersebut.

http://eagle-usb.org/ueagle-atm/non-free/ueagle-data-1.1.tar.gz


kemudian simpan la kedalam apa jua medium supaya dapat dibawa masukkan kedalam ubuntu nanti.

Apabila sudah masuk ke dalam ubuntu, driver tadi boleh la disimpan kedalam folder home kita.


/home/username


kemudian jalankan terminal dan type arahan dibawah untuk meng'extract'nya dan memasukkan driver itu kedalam folder /lib/firmware/ueagle-atm.

tar -xvzf ueagle-data-1.1.tar.gz
sudo mkdir /lib/firmware/ueagle-atm
cd ueagle-data-1.1/
sudo cp -a * /lib/firmware/ueagle-atm

Selepas ini boleh la kita cabutkan modem tadi dan masukkan semula supaya kita dapat menggunakan driver tadi. Sekarang sepatutnya lampu ADSL sudah mula menyala dan menandakan semua berjalan dgn lancar. Jika tidak, anda boleh lah restart semula komputer anda untuk membuatkan ia berfungsi. Sekiranya tidak menyala jugak, anda mungkin tidak dapat menggunakan driver ini.

Sekarang saya akan menunjukkan cara untuk membuat sambungan ke internet.

Pada terminal tadi, sila type arahan ini :
sudo gedit /etc/ppp/peers/streamyx
Kita akan mengedit file ini dengan memasukkan configurasi seperti berikut:

user "usernameanda@streamyx"
plugin pppoatm.so 0.35
noipdefault
usepeerdns
defaultroute
persist
noauth

Kemudian savekan file tersebut dan menutupnya. Kali ini di terminal, type arahan berikut:

sudo gedit /etc/ppp/pap-secrets
Masukkan nama dan password anda pada baris terakhir file tersebut seperti berikut:
"username@streamyx" "*" "passwordanda" "*"
Anda tidak perlu bimbang mengenai password anda kerana hanya superuser ataupun root sahaja yang boleh melihat file ini. Savekan file ini dan kembali ke terminal. Kemudian sila ulangi langkah tadi pada file /etc/ppp/chap-secrets dgn menaip:
sudo gedit /etc/ppp/chap-secrets
masukkan username dan katalaluan anda seperti yang kita lakukan di file sebelum ini pada baris akhir file ini.

Sekarang kita sudah boleh sambung ke internet dengan menaip arahan dibawah:
pon streamyx

atau
pppd call streamyx
pada terminal atau menggunakan run (alt+F2). Terminal boleh ditutup setelah menaip arahan ini dan internet tidak akan diputuskan selagi anda tidak menaip arahan berikut untuk memutuskan sambungan internet:
poff

atau
poff streamyx

Sekian.

Credit to Ubuntu Community dan Developer Ueagle-usb.

Maklumat lanjut boleh didapati di

https://help.ubuntu.com/community/UsbAdslModem/ueagle-atm

1 comment:

  1. saya nak tanya soalan : bagaimana kita nak sambung ke internet menggunakan antenna television,adakah ia dapat sambung atau tidak ?
    tolong beri jawapan segera.
    tq

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...