Install plugin Save for Web untuk GIMP

Jalan-jalan dalam forum Ubuntu Malaysia, saya berjumpa dengan satu tutorial menarik mengenai cara memasang plugin Save for Web untuk perisian GIMP yang ditulis oleh ApogEE. Untuk pengetahuan, fungsi save for web ini sangat penting bagi blogger seperti saya dan pembangun laman web yang ingin save sesuatu image dengan kualiti yang optima tanpa saiz yang terlalu besar. Fungsi ini terdapat dalam Photoshop secara default tetapi tidak pada GIMP. Tutorial berikut akan memasang fungsi ini kedalam perisian GIMP anda.

Buka terminal dan masukkan command-command berikut;

1.Muat turun plugin yang dikehendaki;
wget http://registry.gimp.org/files/gimp-save-for-web-0.28.4.tar.bz2
2.Ekstrak fail yang baru didownload tadi;
tar jxf gimp-save-for-web-0.28.4.tar.bz2
3.Beralih ke direktori(folder) yang baru diekstrak;
cd gimp-save-for-web-0.28.4/
4.Pasang Pakej Libgimp2.0-dev
sudo apt-get install libgimp2.0-dev
5.Configure
./configure
6.Make
make
7.Install
sudo make install

Selepas proses ini selesai, restart GIMP (Jika ia sedang digunakan) untuk melihat perubahan. Anda sepatutnya akan mendapati menu Save for Web dalam pilihan menu File seperti screenshot dibawah.



Artikel berkaitan dengan kategori...



6 comments:

PHYZ said...

salam,

nak tanya nie,step 5-7 bukan ker kena ada access sbg root?

melayubuntu said...

@phyz : ntah. aku try cam 2 ok jer...klu prlu access sbg root pun tambah sudo jela depan. tp aku rasa xperlu.

PHYZ said...

step 5 & 6 xde masalah bg aku tp smpai part 7 keluar error jd aku ulang step 5-7 tapi kali nie berjaya bila aku letakkan sudo dihadapan.

ApOgEE said...

huhu.. terima kasih kerana menghargai tutorial saya yang tak seberapa... :D

Post a Comment

Terima kasih atas respon..