Ia digunakan untuk membuat, memusnah, mengubah, mengerakkan, memeriksa dan menyalin partition, dan juga fail dari sistem anda. Ia berguna untuk mencipta ruang untuk sistem operasi yang baru (ia berfungsi untuk vista dan aplikasi lain), menunjukkan penggunaan cakera keras dan pengimejan partition lain.
Dalam LiveCD yang dibekalkan kepada anda oleh Canonical mengandungi utiliti ini. Tetapi apabila anda selesai memasang Ubuntu, utiliti ini hilang. Jangan takut, ia tidak bermakna sistem anda rosak.
gParted menyokong kebanyakan operasi dan sistem fail yang ada. Anda boleh lihat dibawah mengenai sistem fail yang dsokong oleh gParted.
Untuk langkah-langkah memasang gParted, sila ikut arahan dibawah:
1. Buka Terminal dan taip barisan arahan ini
sudo apt-get install gparted
2. Tunggu sehingga proses pemasangan siap.
3. Untuk membuka gParted:
System --> Administration --> Partition Editor
4. gParted sudah siap untuk digunakan.
Selamat Mencuba
Yup Abang zul, kadang2 bende ni pun berguna. bagus. Hik2.
ReplyDeleteWahai zul yang ensem, satu soklan. Ko penah guna uclinux x? Ko kan pakar ubuntu. Menjadi sumber rujukanku.. Hehe.
Dari uclinux tu, nak tgk public IP address bagaimana agaknya. "ifconfig" x buleh..
bro, btulkan ejaan khasnya kat command sbb ramai pembaca yang copypaste jer..kang jadik lain pc diorang sbb salah command...
ReplyDeletepastu klu ko guna wysiwyg editor dan masukkan simbol "<" atau "&", dia akan transform ke bentuk lain dlm html editor. paling selamat guna html editor dr awal sbb senang...
@dekan : ntah.. aku dgr pun xpnag uclinux nih...bendaper tuh? tupperware ker? hehe..xtau la..
aku lebih suka guna Parted Magic kalau nak buat kerja2 partition ni.
ReplyDelete@melayubuntu: ada salah eja ke??
ReplyDeleteaku rasa dah betul la 2..hehehe..sori bro
@zul:sori2.aku da btulkan da..xperasan.da 3 kali baca baru perasan salah eja
ReplyDelete"Jangan takut, ia tidak bermakna sistem anda rosak."
ReplyDeletesorry to say that CAN be.
"Since GParted can be a weapon of mass destruction only root may run it" warn by gparted dev team
@xanda: maksud saya, semasa dalam livecd ad gparted,tetapi setelah memasang ubuntu,gparted dibuang diatas beberapa alasan seperti yang anda beri.gparted hanya boleh dilarikan oleh root.mintak maaf atas kekusutan yang berlaku.
ReplyDeleteAda sesapa tau tak macamana nak pasang gParted tu dari cd Ubuntu (tak yah sambung internet) memandangkan gParted ni hilang pas pasang ubuntu kat komputer?
ReplyDelete#fahmi
ReplyDeleteGparted leh burn kat cd kot. aritu ade membe kasi gparted cd utk besarkan partition ubuntu.