/ - ini adalah asas kepada directory didalam ubuntu/linux.
setiap alamat folder atau akan bermula dengan tanda ini
/boot - folder ini menyimpan segala data yang diperlukan untuk
memulakan sesuatu komputer seperti kernel linux dan juga
configuration untuk grub.
/root - ini adalah folder home untuk root. menggunakan ubuntu dgn
account root adalah amat merbahaya kerana root boleh
melakukan apa sahaja termasuk membuang keseluruhan file
didalam system. antaranya arahan (rm -rf /) yang akan
membuang semua file daripada komputer anda. jadi jgn
sekali2 menaip arahan ini ,melainkan anda tahu apa
yang anda lakukan.
/bin - ini adalah folder terletaknya program2 asas untuk linux,
seperti vi, ls, nano,mkdir, cp dan lain2.
/home - folder ini menyimpan data mengenai user account
seseorang. didalam folder ini akan ada lagi satu
folder mengikut nama akaun kita. didalam folder inilah
semua data mengenai akaun kita akan disimpan. contohnya
documents dan setting2 untuk program/software.
/etc - disini adalah tempat menyimpan data tentang setting
untuk pentadbir dan juga komputer anda. contohnya
untuk mengubah setting supaya APT menggunakan server
yang lain, anda boleh mengubah url repository dalam
file /etc/apt/sources.list.
/dev - file disini adalah untuk berinteraksi dengan hardware
atau perlatan yang ada didalam komputer anda. contohnya
file /dev/sda (adalah harddisk sata pertama) atau scd
(merupakan cd-drive).
/tmp - simpanan sementara setting yang digunakan oleh software
atau aplikasi yang sedang dijalankan. folder ini akan
dikosongkan setelah program yang dijalankan tadi dimatikan.
/usr - disinilah terletaknya semua software yang kita install
dan juga utilities lain yang tidak terdapat didalam
/bin. contohnya, folder firefox terletak didalam
/usr/lib/firefox.folder ini akan dijaga oleh package
manager kita contohnya APT.
/opt - folder ini untuk kita menyimpan software yang menjadi
pilihan kita dan bukannya diinstall menggunakan package
manager. contohnya ialah menginstall xampp atau
firefox3rc1 yang kebiasaannya menggunakan folder ini.
/media - inilah adalah folder untuk medium yang di'mount'kan
seperti external harddisk,usb pendrive, cd-rom, dvdrw
dan lain2. ada diantara distro lain yang menggunakan
folder /mnt. klu anda menggunakan dua os, windows
punya partition akan berada disini
sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..