Ciri dan Fungsi Terbaru
1.Selepas memasang dan kemudian melancarkannya, yang pertama terbit ialah paparan diatas. Tidak ada lagi pengasingan dalam menu komputer tetapi pengguna boleh memilih untuk menggunakan samada writer, spreadsheet, presentation dan berbagai lagi dalam paparan welcome screen.
2.Sokongan untuk Mac OSX. Tidak perlu lagi aplikasi X11 untuk melancarkan OpenOffice 3 versi beta ini. Jika anda pengguna Mac OSX, anda sepatutnya maklum tentang beberapa perisian seperti The GIMP, Inkscape dan OpenOffice versi terdahulu yang memerlukan aplikasi X11 untuk dilancarkan.
3.Support kepada file jenis .docx. File jenis .docx (xlsx, pptx ..) yang dihasilkan didalam Microsoft Office 2007 atau Microsoft Office for Mac 2008 sekarang ini boleh dibaca oleh OpenOffice 3 dalam versi beta. Namun file yang menggunakan template tertentu dalam Mic Office 2007 dan Mic Office for Mac 2008 masih tidak dapat dibaca dengan sempurna.
4.Fungsi Notes dalam writer. Ini adalah antara ciri yang agak advance dan menarik. Menaip sesuatu didalam Writer yang memerlukan telitian semula, atau apa juga nota penting yang ingin dimasukkan kemudiannya, atau mungkin pengguna bekerja secara berkumpulan (setiap nota mempunyai nama siapa yang meletakkannya) yang memungkinkan nota dan komen itu perlu diletakkan dalam perenggan atau ayat tertentu disokong sepenuhnya oleh OpenOffice 3 beta.
5.Fungsi zoom in & out mudah capai di bahagian bawah.
6.Menyokong ciri standard ISO bagi (ODF) Open Document Format dan standard ISO bagi PDF/A.
7.Multiple Writer Viewer ketika editasi.
8.Ikon yang fresh dan terbaru.
Dan berbagai lagi fungsi dan ciri terbaru... Klik untuk baca lanjut.
Tidak perlu memerah otak menggunakan latex, atau maple untuk menulis persamaan matematik yang sukar kerana OpenOffice menyokong fungsi tersebut dan saya percaya pengguna biasa pun mampu mahir menggunakan fungsi ini selepas mencubanya selama beberapa minit.
Secara kesimpulan, saya amat berpuas hati dengan versi beta ini yang secara tidak lansung menampakkan masa depan perisian hebat ini untuk diterima secara meluas oleh pengguna di Malaysia samada oleh pelajar, guru atau sesiapa sahaja yang memerlukan. Perlu diingat, ianya hanya PERCUMA!
Proses Installasi
Dari laman web tombuntu :
1.Bagi pengguna Windows, Mac OSX dan Linux, sila download OpenOffice 3 versi beta dari laman ini >>> Download OpenOffice
2.Bagi pengguna Ubuntu, sila pilih package .deb dan bagi platform yang lain sila memilih package yang sesuai.
3.Download file (bersaiz 157MB utk .deb) ke desktop, right click pada file dan pilih extract here.
4.Buka Terminal dan masukkan ;
sudo dpkg -i ~/Desktop/BEA300_m2_native_packed-2_en-US.9301/DEBS/*.deb
5.Delete file yang didownload dan diextract selepas proses installasi selesai.
Anda takkan menemui menu untuk melancarkan OpenOffice 3 beta ini dan perlu membuatnya secara manual dengan memasukkan "/opt/openoffice.org3/program/soffice" tanpa quote kedalam ruangan command pada menu edit. Faham? Tak faham tanya sebab aku malas nak tulis banyak kali benda yang sama tentang ni.
Semoga bermanfaat.
aku tgh try software beta ni...tp lom nmpk sgt ke'tidakbest'an die lg
ReplyDelete@Syam : tgh try ek..bagus2.. mmg best!
ReplyDeletetp sbb aku ni tak lah semahir ko dlm bab2 komputer, maka aku xbrp pandai nk kesan kelemahan die. aku hny tahu pakai je. aslkn ianya memudahkan urusan kerja aku. aku okay je :D
ReplyDelete