Wednesday, May 21, 2008

Install Aurora GTK Engine 1.4 kedalam Ubuntu Hardy Heron

Photobucket
Ubuntu merupakan sistem operasi yang menggunakan Gnome sebagai desktop environment. Tidak mungkin Visual Styles dan Windowblinds didalam windows, atau ShapeShifter didalam Mac OSX yang setakat ini masih gagal diupdate untuk versi leopard kerana ke"unikkan" sistem pengurusan visual didalam leopard, dapat menandingi betapa mudahnya untuk memasang dan menukar tema didalam ubuntu dan kesemua distro linux samada yang menggunakan Gnome mahupun KDE. Dan faktor ini antara penyumbang kepada teori saya iaitu, saya lebih selesa ubuntu sebagai sistem operasi ideal bagi setiap komputer peribadi.

Memilih tema desktop, ikon, cursor theme, windowbar hanya dengan 1-klik. Apa lagi yang lebih mudah dari itu?

Dan dalam entry ini, saya akan tunjukkan satu lagi keajaiban setiap distro linux yang akan mengilhamkan jutaan kebarangkalian terhadap masa depan sistem operasi linux itu sendiri.

Aurora GTK Engine 1.4 (perhatikan nombor versi);

Cara install;

1.Buka terminal dan masukkan command berikut untuk install dependencies;
sudo aptitude install build-essential libgtk2.0-dev
2.Download Aurora GTK Engine 1.4 daripada gnome-look dan save pada desktop
Download - Aurora GTK Engine 1.4

3.Ekstrakkan tarball yang didownload tadi;
cd ~/Desktop
tar jxvf Aurora-1.4.tar.bz2
tar zxvf aurora-1.4.tar.gz
4.Proses configure dan make & install
cd aurora-1.4/
./configure --prefix=/usr --enable-animation
make
sudo make install
5.Untuk install Aurora themes yang terdapat dalam package yang didownload tadi masukkan command berikut kedalam terminal;
cd ../
tar jxvf gtkrc_themes.tar.bz2
sudo cp -r Aurora/ Aurora-looks/ Aurora-Midnight/ /usr/share/themes/
6.Buka appearance (system > preferences > appearance) dan klik pada butang customize.



7.Pilih Aurora pada tab Controls dan selesai!

Theme yang paling cantik dalam gnome-look merupakan theme yang dijana oleh aurora engine. Saya yakin bahawa pembaca blog ini tak akan kecewa dengan memasang aurora engine kedalam ubuntu mereka. Dan kemudian, anda boleh install lebih banyak theme yang dihasilkan untuk aurora yang kesemuanya sangat anggun, clean, simple, dan professional. Percayakan saya, saya tidak berbohong!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...