Thursday, May 29, 2008

Backup APT ubuntu dengan APTonCD

Memahami APT

APT (advanced packaging tool) ialah user interface yang berfungsi bersama teras library untuk melicinkan proses installasi software dalam linux. APT simplifies proses pengurusan perisian dalam system komputer yang menggunakan UNIX dengan mengautomatikkan proses retrieval, configuration, dan installation untuk software packages samada dari binary files atau dengan compile sumber kod. Dan kerana itu dalam ubuntu untuk memasang sesuatu software melalui terminal, user menggunakan command berikut;
sudo apt-get install software-package
APT itu sendiri telah mengalami variasi yang menghidangkan fungsi lebih advance dan interface yang lebih mudah seperti Synaptic Package Manager, KPackage (KDE), aptitude dan sebagainya.

Dalam apa-apa proses installasi package (bagi perisian) kesemua package yang diperlukan bagi proses itu turut dimuat-turun dan terinstall sama untuk melicinkan proses berkenaan. Dalam ubuntu yang pembaca gunakan, file /etc/apt/sources.list adalah lokasi kepada package yang diperlukan. Apabila penggunakan memasukkan sesuatu lokasi kedalam /etc/apt/sources.list dan kemudian update (guna : sudo apt-get update), maklumat tentang file package.gz (dilokasi tersebut) akan di scan dan di retrieve (dari proses ini maklumat tentang package yang terupdate dan package baru akan diperolehi).

Apa itu APTonCD

Dalam ubuntu, ketiadaan internet adalah sesuatu yang sangat menyusahkan. Katakan anda perlu fresh install semula ubuntu dan kemudian internet pula buat hal. Macam mana nak install perisian dalam ubuntu yang tidak mempunyai sambungan internet? Apa yang APTonCD lakukan ialah backup semua package beserta dependencies ubuntu anda kedalam satu file.iso dan boleh diburn kedalam CD/DVD dan apabila anda sampai ke suatu suasana selepas fresh install ubuntu dan tiada internet (atau internet lembab), masukkan CD/DVD yang telah anda backup tadi, restore semula package dengan satu klik dan install perisian (bentuk .deb) yang berada dalam folder atau disk yang spesifik.

Ramai orang menyangka file .deb adalah 100% seperti .exe dalam windows. Sebenarnya itu tidak benar. Meskipun anda mempunyai sesuatu package perisian .deb tetapi tidak mempunyai sambungan internet, proses installasi nantinya akan bermasalah kerana kegagalan sistem untuk mendapatkan dependencies dan package sokongan untuk perisian tadi. Jika anda restore kesemua APT tadi kedalam ubuntu yang baru di fresh install bermakna dependencies dan package sokongan yang dimaksudkan tadi tidak lagi perlu diretrieve dari internet. Ini fungsi APTonCD.

Harus diingat, system ubuntu anda semasa ingin backup APT ke dalam CD tidak mempunyai 100% APT yang wujud. Ianya hanya backup kesemua APT yang komputer anda ada. Oleh itu, setiap komputer yang berlainan mempunyai jumlah saiz APT yang berlainan bergantung kepada jumlah perisian yang terinstalled dalam komputer.



Pengguna juga boleh applykan APTonCD yang dibackup dari komputernya kedalam komputer lain. Saya rasa ini adalah ciri yang sangat membantu dalam menyebarluaskan penggunaan ubuntu di Malaysia.

Semoga Bermaklumat!

2 comments:

  1. askum brader bleh tak carikan cara mcmne nak install modem usb iburst izzi 4g sbb aku dah try byk tuto tak bleh pon.. timakseh ... salamm

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...