Posts

Showing posts with the label linux

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk membawa konsep design tersebut ke Linux Desktop iaitu Quartz OS . Amacam, cun tak idea diorang?

Dominasi Linux

Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal. Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android.  Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dar...

Linus Torvalds melancarkan Linux 3.0

Image
Ianya mengambil masa 20 tahun untuk Linus Torvalds membangunkan kod-kod kernel (dikenali sebagai Linux) sehingga ia boleh dipanggil versi 3.0 pada hari ini. 22 julai 2011, selepas 20 tahun nan berliku, Linux Torvalds menulis "3.0 pushed out" di halaman profail Google+ beliau sebagai simbolik pelancaran kod kernel yang pada hari ini menggerakkan kebanyakkan mesin-mesin, komputer-komputer, malah telefon pintar Android & Meego. Linux 3.0 pada asasnya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan versi 2.6.40 dan idea untuk menomborkan semula versi Linux dijelaskan secara berikut oleh Torvalds; I decided to just bite the bullet, and call the next version 3.0. The whole renumbering was discussed at last years Kernel Summit, and there was a plan to take it up this year too. But let's face it - what's the point of being in charge if you can't pick the bike shed color without holding a referendum on it? So I'm just going all alpha-male, and just renumbering it. Yo...

Selamat Ulang Tahun Linux Yang Ke 20

Image
Linux kini telah pun mencecah ke umur 20 tahun, dan dalam tempoh 20 tahun ini, linux telah berkembang dengan begitu pantas dan hampir menguasai pelbagai segmen pasaran, kecuali pasaran Desktop PC yang dimonopoli oleh Microsoft melalu OS mereka. Selamat ulang tahun Linux! Maklumat lanjut mengenai ulang tahun linux di sini.

Pasaran telah menolak linux desktop?

Image
Kita kembali kepada isu ini. Satu persoalan yang membingungkan dan masih tiada jawapan pasti. Saya baru sahaja membaca artikel " The market has rejected linux desktop " di ZDNetAsia. Ianya satu artikel yang membuat kesimpulan bahawa pasaran telah menolak linux desktop berdasarkan kepada market share sistem pengoperasian komputer. Antara hujjahnya, jika sekiranya pasaran telah menerima linux desktop, sudah tentu akan wujud petanda atau perubahan yang meyakinkan dalam market share sistem pengoperasian apabila trend netbook dikuasai oleh linux pada tahun 2009. Namun perangkaan menunjukkan peningkatan market share linux masih pada skala yang cukup kecil dari perspektif pegangan pasaran sistem pengoperasian. Kesimpulan pahitnya ialah, pasaran telah menolak linux desktop ! Mengapa linux ditolak? Dalam artikel berkenaan, terdapat 4 sebab mengapa linux ditolak. 1.Masih terlalu banyak kesukaran 2.Strategi "pecah" yang gagal 3.Tiada inovasi yang cukup 4.Orang b...

Ubuntu adalah Microsoft

Image
PWND, itu saja yang dapat dikatakan. Tapi apa boleh buat, company besar pun boleh buat kesalahan ejaan. Sungguh tak disangka, tapi apa yang lebih menyedihkan ialah print-screen. Harap DELL dapat perbaiki dengan segera. credit to : linuxologist

Intel Moblin V2 Core Alpha : Boot Netbook dalam beberapa saat!

Intel telah memulakan projek sumber terbuka dipanggil Moblin pada tahun 2007 dan kini versi kedua pada tahap pembangunan alpha sudah mula menampakkan betapa besarnya "tenaga keupayaan" yang dimiliki oleh projek ini. Pertamanya, mungkin ini kali pertama anda menyaksikan komputer(Netbook) boot sepantas ini; Dalam video ini, sebelah kiri ialah Samsung NC10 dan sebelah kanan ialah Lenovo Ideapad S10 kedua-duanya menggunakan processor Intel Atom dengan NC10 mempunyai keupayaan 32GB OCZ Core Series V2 SSD dan 2GB DDR2 memory. Amacam? Via : Phoronic .

BAGAIMANA KALAU UBUNTU ANDA SANGKUT ?

Oleh : Fahmi ( http://sembangsini.com ) Kadangkala tidak dapat kita elakkan Ubuntu dari sangkut. Mungkin sesetengah aplikasi seperti Wine yang menggunakan perisian Win***s yang berat akan menyebabkan Ubuntu tersekat. Banyak yang tak tahu cara nak atasi perkara ini memandangkan ramai yang beranggapan jika Ubuntu tersangkut haruslah memicit Ctrl + Alt + Del untuk mematikan aplikasi. Berikut cara yang sepatutnya anda lakukan. 1. Tekan Ctrl + Alt + F1 2. Akan keluar terminal (skrin gelap dan tulisan putih). 3. Di situ akan tertulis " nama.komp.anda login : " . Kemudian, tulis username yang anda guna untuk login ubuntu. 4. Seterusnya, di situ akan tertulis " password : " . Tulis password yang anda gunakan untuk username tadi. 5. Kemudian, taipkan kod ini " sudo killall5 " . 6. Taipkan password anda sekali lagi jika diminta. 7. Anda akan perhatikan, Ubuntu akan menutup semua aplikasi kemudian akan pergi semula ke Tetingkap Login / Login Window. ...

Parsix muncul sebagai altenatif Ubuntu

Image
Semalam, Parsix , sebuah distro berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome telah dikeluarkan kepada umum dengan versi stabilnya yang pertama v.10 dan menggunapakai codename 'Ramon'.Distro ini disebut-sebut sebagai altenatif kepada ubuntu kerana ia dibangunkan berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome - sama seperti Ubuntu. Apabila disebut altenatif, kita mungkin ingin bertanya tentang kelebihan/kelainan parsix berbanding ubuntu.Antaranya; tema keseluruhan yang lebih moden - (saya menganggap tema default ubuntu agak keafrikaan Menyokong Persian keyboard kamus multibahasa xFardic dan errr...mungkin ada banyak lagi Sebenarnya saya agak teruja dengan tema default parsix yang cun melecun itu.Walaupun kesinambungan warnanya agak gelap, namun ia tetap tidak mengurangkan keecunan tema tersebut.Pun begitu, apabila berbicara soal gnome, kita tidak harus menganggap sesuatu tema default itu akan terus kekal begitu tanpa boleh diubah.Antara sebab saya me...

Install ubuntu tanpa CD installer

Image
Di awal bulan 12 yang lalu (atau secara tepat pada 4/12/07), saya menulis tentang WUBI , perisian yang membenarkan seseorang untuk install ubuntu di dalam windows tanpa memerlukan walau sekeping CD. Terima kasih kepada linux.com yang memaklumkan melalui feed reader yang saya guna bahawa terdapat satu lagi perisian yang dinamakan  UNetbootin , bukan sahaja untuk windows malah juga untuk linux.Bermakna seseorang boleh install apa jua distro yang di support oleh UNetbootin samada didalam windows ataupun linux(ubuntu etc). Jika anda berminat untuk mengetahui cara untuk install ubuntu(etc) menggunakan UNetbootin ini, sila pergi ke laman tutorial ini . Apa yang diperlukan untuk menggunakan UNetbootin ialah; Linux atau windows (95 sehingga vista) Internet Broadband (dial up memakan masa yang lama) 3GB ruang kosong dalam Harddisk Semoga maklumat ini berguna kepada anda =) Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner