Monday, November 07, 2011

Dominasi Linux

Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal.

Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android. Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dari masa ke semasa, sudah pasti akan membaca bahawa Android terus dan terus menguasai pasaran, mengatasi OS yang lain termasuklah iOS. Laporan atau statistik yang dikeluarkan oleh pelbagai firma statistik (kajian), banyak menyatakan Android terus mendahului.


Untuk makluman semua, jualan telefon pintar telahpun mengatasi jualan PC, dan dijangkakan pada tahun 2015, jualan PC akan menurun dan terus menurun. Mungkin berdasarkan perkara ini, pihak Ubuntu sendiri telah mengumumkan untuk memasuki ke area telefon pintar. Sama ada pihak Ubuntu akan berjaya atau tidak, susah untuk digambarkan


Antara OS telefon pintar yang lain menggunakan Linux adalah MeeGo, yang disokong penuh oleh Intel, namun Intel sendiri seakan - akan ingin melupakan sahaja pembangunan MeeGo, sebaliknya memberi penumpuan kepada Android ICS.


Apapun, berdasarkan perkembangan terkini, saya yakin, Linux berjaya juga mendominasi pasaran melalui telefon pintar.


Nota: entri kali ini disunting dan diambil dari sebahagian daripada artikel akademik saya

14 comments:

  1. yeah setuju..walaupun still menggunakan M$ tapi tak merungut nak kata aku tak guna open source ni..

    ReplyDelete
  2. android bukan linux 100%...ia http://jeffhoogland.blogspot.com/2011/07/six-signs-android-really-isnt-linux.html

    ReplyDelete
  3. no. sedikit sebanyak android tetap adalah linux. point saya disini adalah android masih lagi menggunakan kernel linux walaupun kernel itu telah diubah suai. mengubah suai kernel linux, tak bermakna linux bukan linux. debian sendiri ada custom kernel, adakah debian bukan GNU/Linux disebabkan faktor ini?

    kembali kepada artikel, Project Meego (Moblin + Maemo) memang dah dihentikan. meego digantikan dengan tizen.

    ReplyDelete
  4. teruskan lagi usaha linux.. jgn biarkan windows mendominasi pasaran.. android n linux terbaekk..

    ReplyDelete
  5. Anas Saufi: tetapi linux dirilis untuk kekal dengan sumber terbuka, namun android tidak mengekalkan syarat2 sumber terbuka...jadilah ia seperti lesen creative commons.....

    ReplyDelete
  6. android direlease dibawah lesen apache software version 2. dan ini apa yang dipetik daripada lesen tersebut

    klausa nombor 3 dan nombor 4

    3. Grant of Patent License. Subject to the terms and conditions of this License, each Contributor hereby grants to You a perpetual, worldwide, non-exclusive, no-charge, royalty-free, irrevocable (except as stated in this section) patent license to make, have made, use, offer to sell, sell, import, and otherwise transfer the Work, where such license applies only to those patent claims licensable by such Contributor that are necessarily infringed by their Contribution(s) alone or by combination of their Contribution(s) with the Work to which such Contribution(s) was submitted. If You institute patent litigation against any entity (including a cross-claim or counterclaim in a lawsuit) alleging that the Work or a Contribution incorporated within the Work constitutes direct or contributory patent infringement, then any patent licenses granted to You under this License for that Work shall terminate as of the date such litigation is filed

    4. Redistribution. You may reproduce and distribute copies of the Work or Derivative Works thereof in any medium, with or without modifications, and in Source or Object form, provided that You meet the following conditions:

    You must give any other recipients of the Work or Derivative Works a copy of this License; and

    You must cause any modified files to carry prominent notices stating that You changed the files; and

    If the Work includes a "NOTICE" text file as part of its distribution, then any Derivative Works that You distribute must include a readable copy of the attribution notices contained within such NOTICE file, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works, in at least one of the following places: within a NOTICE text file distributed as part of the Derivative Works; within the Source form or documentation, if provided along with the Derivative Works; or, within a display generated by the Derivative Works, if and wherever such third-party notices normally appear. The contents of the NOTICE file are for informational purposes only and do not modify the License. You may add Your own attribution notices within Derivative Works that You distribute, alongside or as an addendum to the NOTICE text from the Work, provided that such additional attribution notices cannot be construed as modifying the License. You may add Your own copyright statement to Your modifications and may provide additional or different license terms and conditions for use, reproduction, or distribution of Your modifications, or for any such Derivative Works as a whole, provided Your use, reproduction, and distribution of the Work otherwise complies with the conditions stated in this License.


    situ dah clearly state, bahawa pemegang license adalah bebas untuk modify, redistribute, jual balik, atau apa apa sahaja yang pemegang lesen mahu.jadi, syarat untuk open source masih ada, yang mana syarat linux dalam lesen GNU Public License(GPL) adalah pemegang lesen bebas untuk ubah suai, dan edarkan balik versi yang telah diubah suai tersebut.

    jadi, tiada issue disitu. issue yang timbul dengan android adalah hanya google tak maintain keseriusan untuk mengekalkan openness itu. mereka tak memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap komuniti linux. pihak Google tak memberi sepenuh perhatian terhadap sumbangan kepada komuniti linux, dimana sumbangan yang diberi adalah mengenai code power issue, wakelocks, dan telah direject oleh linux foundation. dan itu menyebabkan Google tidak mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap sumbangan balik dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pembangunan android.

    ReplyDelete
  7. linux byk terdapat dalam modem,wireless router jugak

    ReplyDelete
  8. Betul tu Anas Saufi...setuju part Google tu tp part GPL tu tak boleh...sebab GPL dan Open source adalah dua benda yang berbeza. GPL diterajui oleh Richard Stallman manakala Open source diterajui oleh Eric Raymond. Richard Stallman adalah founder kepada GNU/linux dan Eric adalah evangalist bagi open source yang mana konferens pertama dia coined perkataan open source semasa konferens O'reilly dalam halatuju Netscape yang kemudian lahir Firefox yang kita guna tu....

    ReplyDelete
  9. rupanya Andoird dari Linux...
    baru ku tahu

    ReplyDelete
  10. Tak kisah lah pasal terma-terma tu semua wahai saudara2ku Anas Saufi dan ShimGeek..kalau kita berbahas sepuluh hari sepuluh malam pun tak akan habis bab terma..tapi yang pasti Android memang berasal dari Linux..full stop..

    ReplyDelete
  11. @ShimGeek

    GPL dan open source memang takkan sama sampai bila bila. sebab apa? open source adalah set kepada beberapa kriteria dimana untuk satu satu projek itu dipanggil open source, beberapa kriteria perlu dipatuhi dan kriteria tersebut adalah
    1. redistribution
    2. source code
    3. integriti penulis source code
    4. tiada diskriminasi terhadap kumpulan manusia
    5. tiada diskriminasi terhadap target penggunaan

    dan beberapa lagi syarat syarat lain. GPL pula, salah satu open source license model. bermaksud, dibawah open source ada banyak license model, dan salah satunya adalah GPL.

    open source dan GPL tak boleh disamakan, sebab memang dua dua membawa maksud definisi yang berbeza. satu standard, dan satu lagi lesen. point saya disini adalah apabila android itu sendiri dilesenkan dibawah Apache license, secara automatik kita boleh klasifikasikan android itu adalah open source

    cuba lihat maklumat di www.opensource.org

    apache software version 2 adalah salah satu open source license.

    @Mr.Rious

    bukan ke perbahasan tu satu benda yang baik? mengapa nak dielakkan? perbahasan yang tak elok apabila berlaku campur tangan emosi

    berbahas menggunakan akal dan maklumat tak salah

    ReplyDelete
  12. Anas Saufi: Jadi persoalannya? GPL atau Open source? Pada pendapat Anas yang mana satu lebih baik dari segi perkembangan software? pendapat saya open source tertutup sedikit jika nak dibandingkan dengan GPL. Sebab saya berkata begitu ialah lesen yang open source boleh diganding kan dengan lesen propritery manakala GPL agak ketat dianya lesen takleh bercampur aduk...

    Mr Rious: Aku suka kalau bebas meluahkan pendapat yang dapat meluaskan pandangan kita, jangan terikta dengan satu pihak saja. Kalau terma2 tu kita tak kisah, siapa nak kisahkan kita pengguna biasa ni...x adanya laywer nak tolong translate...inilah hak pengguna, berhak tahu barang apa yang dia beli atau guna...

    ReplyDelete
  13. shimgeek : macam yang saya tulis sebelum ini, open source bukan license.open source tu sekadar kategori produk yang mana end user boleh access kod,atau sumber sewaktu pembikinan.

    GPL pulak, license untuk open source. bermakna, GPL salah satu daripada contoh open source produk. kalau kita buat analogi mudah, GPL adalah open source, tapi open source bukan GPL.

    sebab tu kita takleh nak buat comparison between open source dan GPL, sebab dua dua tu kategori yang tak sama.

    perihal GPL license tu ketat, memang itu sepatutnya yang berlaku. ini untuk protect software tu sendiri.

    okey, dia senario macam ni, kita amek satu produk open source yang guna GPL license, ubuntu itu sendiri.

    mana mana pihak, boleh jual ubuntu sebagai satu software, maknanya burn dalam cd, dan jual kat booth mana mana dengan harga 25 hinggit(contoh). ini adalah sah.

    akan tetapi, bagi mereka yang menjual ubuntu itu, mereka kena sertakan lesen GPL itu dimana dah state bahawa software ini adalah free untuk dijual, diedarkan balik atau buat apa apa sahaja. jadi bila user baca lesen GPL ini, user kena faham bahawa ubuntu yang akan dibeli itu, boleh didapati secara percuma.

    user perlu baca license itu. jadi, user tak boleh nak saman penjual sebab rasa tertipu kerana penjual sertakan sekali lesen GPL tersebut.

    akan tetapi, kalau si penjual tak sertakan lesen ini, si pembeli boleh saman penjual, dan ubuntu juga boleh saman penjual tersebut.sebabnya penjual dah melanggar terma open source tersebut.

    yang pasal hak tu, itu betul. kita sebagai pengguna, kena tahu hak kita. kalau kita tak faham bab bab macam ni, senangla orang nak kuda kan kita.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...