zaiem says:
November 7, 2011 7:11 PM
boleh cerita tentang sekereti firefox vs chrome?
Bro Zaiem telah memberi komen meminta perbandingan sekereti antara Firefox dan Chrome.
Firefox
Sekuriti ditingkatkan sejak daripada Firefox versi 6 ke atas dengan ciri-ciri 'permissions'. Ia membenarkan pengguna sendiri mengodek 'permissions' untuk beberapa laman yang pengguna selalu lawati dengan menaip "about:permissions" dalam 'address bar' akan keluar satu tab 'Permisisions manager'. Ada beberapa permission yang boleh dikawal seperti cookies, location sharing, popups, password dan data storage.
Ini adalah kelebihan utama Firefox berbanding Chrome kerana ia membenarkan pengguna meningkatkan keselamatan browser disamping mengurangkan kawalan sekuriti kepada laman web yang mereka percaya. Pengguna akan lebih terjamin keselamatannya semasa melakukan online bakning. Selain itu tidak menjejaskan produktiviti mereka semasa melayari internet.
Site identiti blok telah dipertingkatkan. Jika anda perasan ia terletak pada kotak kecil sebelah kiri address bar. Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui samada laman tersebut mempunyai valid sekuriti atau phishing site.
Chrome
Ia bergantung kepada setakat mana anda paronoid tentang sekuriti. Adakah sekuriti itu termasuk privasi anda? Jika ya, JANGAN gunakan Chrome. Kerana terdapat sebahagian Chrome sumber tertutup. Sekalipun janji Google untuk tidak mencuri data-data anda, kita tidak tahu kerana ia sumber tertutup. Jika masih hendakkan kepantasan pelayar web yang sama, gunakan Chromium kerana ia sumber terbuka dan daripada komuniti.
Jika anda maksudkan sekuriti dari sudut eksploitabiliti, saya syorkan Chromium. Kerana selain IE dalam windows sedang menggunakan konsep sandbox; mengasingkan setiap laman web pada tabnya, maknanya setiap tab anda tiada kaitan dengan satu sama lain sekaligus mengurangkan risiko eksploit.
sumber: 1)http://www.informationweek.com/news/internet/browsers/231500079
2)http://www.pcworld.com/article/238315/firefox_6_4_reasons_to_upgrade.html
sumber aplikasi yang berbeza... walaupun nampak sama pada penggunaan chrome & chromium...
ReplyDeletep/s: Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433
Sebagai pengguna Internet Malaysia, saya lebih mementingkan browser yang memberikan kelajan maksimum. Jadi, setiap kali lepas install ubuntu, saya akan download chrome, tapi biasanya akan tunggu berjam-jam. Malah, nak install flash plugin untuk firefox pun terpaksa tunggu selama-lamanya. belum cakap lagi soal nak update software. Masa dok oversea dulu, best je try segala jenis distros sebab internet tersangat laju.
ReplyDeletecadangan utk lajukan download...antaranya orbit percuma....
ReplyDeleteOrbit downloader tidak compatible dalam ubuntu, boleh guna kget atau gwget. Tapi untuk download gwget itu sendiri sangat lama dan memenatkan. Alahai internet Malaysia
ReplyDeleteKalau nak download chrome kat ubuntu, pegi mane2 sibercafe dan cari offline installer lah. Kalau nak download dari sinaptik manager, memang slow betul tambah menyusahkan kalau internet tak kuat. Buat sakit hati je.
ReplyDeleteChromium dah tukar nama. Sekarang Iron. :)
ooo..tengkiu bro zul..
ReplyDeleteSama2...hehehe
ReplyDelete