Posts

Showing posts with the label android

Dominasi Linux

Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal. Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android.  Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dar...

Muatturun Aplikasi Google+ 1.0.7 Untuk Android

Image
Sekiranya anda seperti saya, tercari-cari fail APK (untuk Android) bagi aplikasi Google+ serba baru yang memperkenalkan banyak pembaharuan seperti yang dihebahkan , anda boleh memuatturun melalui pautan : http://www.hangoutparty.com/com.google.android.apps.plus-2.apk Via :  https://plus.google.com/105421360534824524100/posts/bCzATWzMwwT P/s : Perkongsian ini dilakukan kerana aplikasi android Google+ masih tidak dibuka kepada pengguna di Malaysia.

Ubuntu One Files : Aplikasi Sync File Ubuntu One Bersama Android

Image
Ubuntu One merupakan fungsi sync data dari desktop ubuntu ke server ubuntu dan setiap pengguna diberikan 2GB ruang penyimpanan secara percuma. Kini pihak pembangun ubuntu melepaskan pula aplikasi Android iaitu Ubuntu One Files yang membolehkan pengguna sync fail ubuntu one bersama peranti Android. Sekiranya anda salah seorang pengguna peranti Android, aplikasi ini boleh dimuatturun melalui Android market menggunakan link & QR Code berikut;   https://market.android.com/details?id=com.ubuntuone.android.files Selamat mencuba.

Muatturun Aplikasi Android Melayubuntu

Image
Menggunakan perkhidmatan AppYet.com, saya telah berjaya menghasilkan satu aplikasi Android khusus untuk blog Melayubuntu yang mampu memudahkan anda melayari isi kandungan blog ini dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dikuasakan Android. Berikut adalah beberapa screenshot untuk tatapan anda semua. Anda boleh memuatturun aplikasi ini terus ke komputer @ telefon android anda menggunakan pautan berikut; http://db.tt/9hRyDt0 Fail APK ini bersaiz 323kB dan dihostkan di Dropbox. Selamat mencuba.

Upgrade Android Nexus S Ke Versi 2.3.4 Secara Manual : Tutorial & Pengalaman Saya

Image
Google telah mengumumkan versi kemaskini terbaru bagi sistem operasi telefon pintar mereka iaitu Android dengan nombor pelepasan 2.3.4 dan memperkenalkan satu ciri yang selama ini dinanti-nantikan - Video Chat pada aplikasi Google Talk. Seperti biasa, kemaskini daripada google akan dinikmati oleh telefon keluaran google terlebih dahulu dan bagi kes ini, Nexus S adalah telefon pintar pertama yang dapat merasa kemaskini ini. Di Malaysia, model Nexus S yang dibawa masuk adalah i9023 menggunakan Super LCD Screen berbeza dengan model di US iaitu i9020 yang menggunakan Super AMOLED Screen. Perbezaan bukan sahaja disitu, namun Build number juga berbeza-beza dan perbezaan ini menyebabkan saya gagal untuk mengemaskini secara manual Nexus S yang saya gunakan sekarang. Namun hari ini saya merasa bertuah kerana akhirnya terdapat satu cara untuk upgrade Android Nexus S model Malaysia ke versi 2.3.4. Caranya adalah seperti berikut; 1. Muatturun fail ini  (94.8MB). Selesai muatturun, nama...

Eksperimen mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan telefon Android

Image
Eksperimen telefon pintar Google Nexus S seterusnya ialah, bagaimana seseorang pengguna telefon Android boleh mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan VNC (Virtual Network Computing). Sekiranya ini mungkin, banyak perkara yang boleh diaplikasikan apabila anda berjauhan dari komputer desktop anda. Anda boleh melancarkan aplikasi, menutup aplikasi, membuka terminal dan semua aktiviti lain seperti anda berada di depan komputer desktop tadi, namun secara remote menggunakan telefon Android! Ok jom kita mulakan eksperimen ini. Setup VNC Server dalam Ubuntu Dalam eksperimen ini, saya menggunakan ubuntu versi 10.10. Saya merasakan versi tidak begitu membezakan keputusan akhir yang bakal diperolehi. 1. Pasang package VNC menggunakan kata arahan berikut; sudo apt-get install x11vnc vnc-java 2. Tetapkan password server VNC anda dengan kata arahan; x11vnc -storepasswd NOTA 1 : Port 5800 dan 5900 sepatutnya terbuka secara default kecualilah anda menukarkannya pada setting yang l...

Google Nexus S VS SE XPERIA Arc : Perbandingan Spesifikasi Side-By-Side #Maxis10

Image
Hari ini, telefon pintar antara yang ditunggu-tunggu Sony Ericsson Xperia Arc telah dilancarkan pada harga RM2099. Maxis pula menawarkan telefon ini pada harga RM1499 untuk pembelian berkontrak selama 24 bulan dan ianya adalah angka tawaran yang sama bagi telefon Google Nexus S . Telefon yang mana yang lebih mantap? Pastinya persoalan itulah yang sedang bermain di fikiran anda terutamanya sekiranya anda bercadang untuk membeli sebuah telefon Android. ( rujuk pertanyaan saya di facebook melayubuntu ) Untuk berlaku adil, di sini saya himpunkan perbandingan spesifikasi kedua-dua telefon pintar secara side-by-side berasaskan kepada maklumat di Gsmarena.com. Nota : Google Nexus S dipasaran Malaysia yang dibawa masuk oleh Maxis juga dikenali dengan model Nexus S i9023 Kekuatan Nexus S - Telefon Google (Paling cepat mendapat kemaskini terbaru Android) - NFC - Three-axis Gyro Sensor - Integrasi dengan aplikasi Google - Kamera Depan Kekuatan SE Experia Arc - Kamera - HDMI ...

#Maxis10 - Nexus S & Sokongan SIP/VOIP

Image
Antara fungsi terbaru yang diperkenalkan dalam Android Gingerbread dalam Nexus S ialah kebolehan untuk membuat panggilan suara melalui internet menggunakan akaun SIP (Session Initiation Protocol) menggunakan teknologi VOIP (Voice Over IP). Dengan bahasa mudahnya, sebelah pihak yang mempunyai akaun SIP mampu menghubungi sebelah pihak lagi yang turut sama mempunyai akaun SIP menggunakan peranti samada telefon Nexus S, laptop yang mempunyai SIP Client atau mana-mana perisian yang menyokong teknologi SIP/VOIP. Eksperimen Saya 1. Daftarkan 2 akaun SIP. 2. Sistem operasi Ubuntu saya lengkapkan dengan perisian Ekiga Softphone dan saya ENABLE kan fungsi Internet Calling pada telefon Nexus S. Pada kedua-duanya saya setupkan (kedua-dua) akaun yang telah didaftarkan tadi. 3. Laptop (Ubuntu) dan Nexus S disambungkan ke Wifi. 4. Saya membuat panggilan dari Laptop ke telefon dan ianya berfungsi! Sila rujuk screenshot di atas. Sedang membuat panggilana dari Nexus S ke laptop ubuntu.  B...

#Maxis10 - Google Nexus S kini di Melayubuntu!

Image
Ianya sudah menjadi rahsia umum. Baru-baru ini (16 Mac 2011), ketika sedang asyik menyantap hidangan tengah hari, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon menyatakan tentang saya telah dipilih sebagai pengulas kepada sebuah telefon yang bakal dibawa masuk ke Malaysia iaitu Google Nexus S! Suara seorang wanita di hujung talian seolah-olah mengerti betapa terkejut, teruja, dan gembiranya saya pada waktu itu. Tak pasal-pasal rakan sepejabat yang keluar makan bersama saya dapat makan free pada hari berkenaan. Alhamdulillah! Untuk saya dan rakan sepejabat tersebut. 18 Mac 2011 - Jumaat. Percaya atau tidak itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Pavilion. Bertempat di Centre Court Pavilion, orang ramai yang kebanyakkannya media samada media traditional mahupun bloggers berkumpul sejak jam 10.30 pagi sempena pelancaran telefon antara yang ditunggu-tunggu untuk tiba di Malaysia. Sebaik selesai majlis perasmian dan pelancaran berkenaan, kami 10 orang ( @cikgudahlia @menteil @w...

Android Notifier di Ubuntu

Image
Secara jujurnya, apabila saya menggunakan laptop saya untuk online, sangat jarang untuk saya menggunakan handphone. Sebab itu bila ada rakan SMS, Call, saya jarang untuk respond. Kadang – kadang tak perasan. Lepas tu, kena marah tak tentu pasal sebab tak respond.. ;-) Ada satu aplikasi yang akan membantu anda, iaitu Android Notifier. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada kita yang sedang asyik di PC, bahawa ada SMS, panggilan, atau bateri yang dah nak habis. Tapi malangnya ia hanya membantu kita untuk terima notis sahaja, tapi tak boleh nak balas sms atau jawab panggilan di PC. Ada dua, satu untuk Android dan satu lagi untuk Ubuntu. (Juga terdapat untuk Window) Download di sini

Sync telefon pintar iOS, Android, Symbian dengan UbuntuOne

Image
Berapa ramai pengguna ubuntu yang menggunakan UbuntuOne? Saya pasti ramai yang hanya mengabaikan fungsi ini kerana menganggapnya tidak berguna dan fungsi yang mengelirukan. Apapun sekiranya anda pengguna telefon pintas iOS, atau Android atau mungkin juga Symbian, kini ada sebab kenapa anda harus menggunakan UbuntuOne. UbuntuOne merupakan perkhidmatan simpanan data atas talian yang diperkenalkan oleh Canonical - pembangun kepada ubuntu. Ia diintegrasikan ke dalam pengurusan fail nautilus didalam ubuntu bagi memudahkan pengguna memuatnaik data penting ke UbuntuOne yang kemudiannya boleh diakses dimana sahaja pengguna berada (selagi ada internet dan browser). Sebenarnya, UbuntuOne juga menyokong sync data (contacts, calendar, dan notes) antara UbuntuOne dan peranti telefon pintar yang berplatformkan iOS (iPhone, iPod Touch, iPad), Android, dan juga Symbian (Model Nseries Nokia dan sebagainya). Apa yang anda perlukan ialah akaun UbuntuOne, dan kemudian, sila pergi ke http://one.ubuntu...

Mencuba Android dalam ubuntu tanpa perlu membeli telefon Android

Image
Android adalah sistem operasi untuk telefon yang kian popular hari demi hari. Sekiranya anda ingin mencuba sistem operasi ini tanpa perlu membeli telefon android, hari ini saya ada tutorial istimewa buat anda. Sila ikuti tutorial dibawah dengan sabar. Langkah-langkah 1.Muatturun Android SDK di  http://developer.android.com/sdk/index.html 2.Extract fail yang dimuatturun tadi di lokasi yang anda kenalpasti. Kemudian masuk ke folder berkenaan (android-sdk-linux_86)  dan masuk ke folder tools. Double klik pada fail android dan klik run pada tetingkap dialog yang muncul. 3.Satu tetingkap akan muncul. Klik pada Available Packages dan tandakan pada package yang dikeluar. Kemudian, klik butang Install Selected. 4.Disini satu lagi tetingkap muncul yang membenarkan anda memilih package mana yang ingin dimuatturun dan diinstall. Sila pilih package yang perlu sahaja dan klik butang Install. 5.Tunggu sehingga proses pemasangan selesai. 6.Selepas selesai pemasanga...