Sunday, March 20, 2011

#Maxis10 - Google Nexus S kini di Melayubuntu!


Ianya sudah menjadi rahsia umum. Baru-baru ini (16 Mac 2011), ketika sedang asyik menyantap hidangan tengah hari, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon menyatakan tentang saya telah dipilih sebagai pengulas kepada sebuah telefon yang bakal dibawa masuk ke Malaysia iaitu Google Nexus S! Suara seorang wanita di hujung talian seolah-olah mengerti betapa terkejut, teruja, dan gembiranya saya pada waktu itu. Tak pasal-pasal rakan sepejabat yang keluar makan bersama saya dapat makan free pada hari berkenaan.

Alhamdulillah! Untuk saya dan rakan sepejabat tersebut.

18 Mac 2011 - Jumaat.
Percaya atau tidak itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Pavilion. Bertempat di Centre Court Pavilion, orang ramai yang kebanyakkannya media samada media traditional mahupun bloggers berkumpul sejak jam 10.30 pagi sempena pelancaran telefon antara yang ditunggu-tunggu untuk tiba di Malaysia. Sebaik selesai majlis perasmian dan pelancaran berkenaan, kami 10 orang (@cikgudahlia @menteil @whykimi @hammadsalim @zhiQ @money4invest @taylorling @cerventus @geekmy @melayubuntu) dipanggil untuk sesi briefing, penyerahan telefon dan kami dikehendaki menandatangani satu kontrak perjanjian.

p/s : 9 orang sebenarnya kerana salah seorang daripada yang dipilih tidak dapat menghadiri sesi berkenaan.




Pertama kali juga saya bertemu mata dengan Aman (http://amanz.my/) yang datang bersama Roslan (http://www.qiilans87.com/) yang dijemput atas kapasiti media blog. Saya sempat bersembang dengan mereka yang semuanya ramah tamah dan sangat user friendly. Terima kasih atas pertemuan tersebut!

Saya menulis entry ini setelah hampir 2 hari menggunakan telefon Nexus S. Untuk hari-hari yang mendatang ini, saya akan cuba memberikan anda seberapa banyak input, komentar, ulasan, perbandingan, prestasi dan segalanya yang mungkin berkenaan telefon Nexus S. Terdapat 7 ciri penting yang terdapat pada Nexus S yang 3 diantaranya mesti diulas oleh saya.

- Voip/SIP Supoort
- Portable Wifi Hotspot
- Hummingbird Processor
- Gingerbread 2.3
- Android Market
- Nearfield Communication (NFC)
- Voice Action

Saya memohon pembaca pilihkan untuk saya ciri yang manakah anda ingin saya ulas dan apakah persoalan-persoalan lain yang perlu saya jawab dalam entry yang akan datang. Sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Selain itu, sepanjang tempoh ulasan saya ini, saya akan banyak berinteraksi di sosial media dan anda sentiasa boleh mengikuti perkembangan semasa saya di twitter (@melayubuntu), atau facebook (fanpage melayubuntu), atau akaun saya di facebook (http://www.facebook.com/zul.malc).

Saya mendoakan semoga kita semua penulis/pembaca blog melayubuntu dapat memperolehi banyak ilmu dan input baru sempena program #maxis10 ini.

Serangkap pantun untuk otai android di luar sana;

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya melayubuntu ingin belajar
Kalau salah tolong betulkan :)

4 comments:

  1. Pertama sekali, nak ucapkan tahniah.. Masa apply Maxis10 tue harap dapat Nexus S, tapi dapat lak E7.. layan gak la.. ada skit soalan la pasal Nexus S ni...

    1. Apa kelebihan Android 2.3 dan fungsi baru (kalau ada)
    2. Nearfield Communication (NFC) tu apa? untuk apa?

    Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  2. KALAU X SILAP SAYA, NFC tu guna untuk buat pembelian melalui HP. Features terbaru, akan datang dengan kredit yang kita ada dalam hp boleh buat beli macam2 selagi ada kredit. dan ini boleh ditopup bila2 masa. ;)

    ReplyDelete
  3. 1 - Aku cemburu ( sejujurnya)
    2 - Bila difikir balik, kau memang layak, dalam senarai blogger lokal yang penyabar dan "still standing"
    3 - Aku tak sabar nak beli dan tunggu review dari kau dan ini time kita ber-experimantasi !!!!
    4 - Aku cemburu semula

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...