Upgrade Android Nexus S Ke Versi 2.3.4 Secara Manual : Tutorial & Pengalaman Saya
Google telah mengumumkan versi kemaskini terbaru bagi sistem operasi telefon pintar mereka iaitu Android dengan nombor pelepasan 2.3.4 dan memperkenalkan satu ciri yang selama ini dinanti-nantikan - Video Chat pada aplikasi Google Talk. Seperti biasa, kemaskini daripada google akan dinikmati oleh telefon keluaran google terlebih dahulu dan bagi kes ini, Nexus S adalah telefon pintar pertama yang dapat merasa kemaskini ini. Di Malaysia, model Nexus S yang dibawa masuk adalah i9023 menggunakan Super LCD Screen berbeza dengan model di US iaitu i9020 yang menggunakan Super AMOLED Screen. Perbezaan bukan sahaja disitu, namun Build number juga berbeza-beza dan perbezaan ini menyebabkan saya gagal untuk mengemaskini secara manual Nexus S yang saya gunakan sekarang. Namun hari ini saya merasa bertuah kerana akhirnya terdapat satu cara untuk upgrade Android Nexus S model Malaysia ke versi 2.3.4. Caranya adalah seperti berikut; 1. Muatturun fail ini (94.8MB). Selesai muatturun, nama...