Monday, March 28, 2011

#Maxis10 : Android Market - Aplikasi apa yang anda mahu?

Android adalah sebuah platform yang membangun dengan begitu pesat dan statistik dari Julai 2010 sehingga Disember 2010 menunjukkan bagi pasaran di Amerika, 43% daripada penjualan telefon pintar dalam tempoh itu dikuasai oleh telefon Android manakala iOS sekadar 26% dan RIM Blackberry sekadar pada 20%. Perkembangan pesat ini menjanjikan pasaran dan peluang yang besar kepada pembangun aplikasi yang sekaligus menatijahkan kepada pertambahan bilangan aplikasi dalam Android Market - pasar kepada semua aplikasi bagi Android.

Istimewanya platform Android ialah, 57% aplikasi dalam Android Market adalah percuma jika dibandingkan dengan App Store dari Apple yang hanya mempunyai sekitar 28% aplikasi percuma. Manakala harga purata bagi aplikasi bagi Android Market adalah sekitar $3.29 (Dollar) berbanding App Store iaitu $4.01 (Dollar).

Namun sekiranya anda menggunakan telefon Android yang tidak di"root", terdapat banyak aplikasi yang anda akan perasan tiada dalam Android Market. Hal ini disebabkan oleh sokongan terhadap aplikasi tersebut tiada pada lokasi pengguna dan bagi pengguna di Malaysia, Google masih belum membuka fungsi membeli aplikasi di Android Market.

Sebagai salah seorang pengguna telefon Android yang diberikan peluang oleh Maxis untuk membuat ulasan berkenaan telefon Nexus S, suka untuk saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menggunakan Android Market dalam Nexus S sepanjang seminggu lebih tempoh percubaan saya.

Android Market - Proses Mencari & Memasang Aplikasi

Menggunakan Android Market untuk mencari & memasang aplikasi cukup mudah meskipun kepada mereka yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan telefon pintar. Buka sahaja Android Market, taipkan aplikasi yang diingini dan aplikasi yang paling releven dengan pencarian anda akan muncul.


Pilih mana-mana aplikasi yang diingini dan kemudian sesuatu seperti berikut akan muncul.


Tap pada butang FREE dan Tap sekali pada install dan tunggu sehingga ianya siap dimuatturun dan terus dipasang secara automatik.

Terdapat beberapa aplikasi yang saya ingin highlightkan di sini. Semoga senarai ini menjadi rujukan dan gambaran betapa banyaknya aplikasi yang boleh dimuatturun melalui Android Market.

1. Twitter for Android
Oleh kerana saya selalu menggunakan Twitter, aplikasi ini sesuatu yang wajib bagi diri saya. Aplikasi ini membenarkan pengguna mengemaskini status terkini, memuatnaik gambar terus ke twipic mahupun yfrog secara automatik selepas gambar dipilih. Anda boleh mengikuti saya di twitter di http://twitter.com/melayubuntu


2. Facebook for Android
Aplikasi ini memudahkan saya mengemaskini akaun facebook peribada saya, chatting bersama rakan dan seumpamanya. Meskipun begitu, saya tidak dapat mengemaskini halaman pages melayubuntu menggunakan aplikasi ini. Saya berharap fungsi tersebut dapat diperkenalkan di masa akan datang.

3. Blogger
Sekiranya anda tidak perasan entry http://melayubuntu.blogspot.com/2011/03/maxis10-cara-cara-hard-reset-google.html ditulis menggunakan aplikasi Blogger dalam telefon Nexus S. Insyaallah di masa akan datang saya akan membuat entry lain menggunakan aplikasi ini.

4. Dropbox
Saya merupakan pengguna dropbox dan memasangnya dalam ubuntu. Menggunakan Nexus S dan aplikasi dropbox untuk android, saya masih boleh mengakses fail-fail dalam akaun dropbox dengan mudah dan cepat.

5. gReader
Setiap hari saya wajib membaca feed yang saya langgani. Saya mendapat perkembangan terkini tentang banyak perkara seperti ubuntu, dunia gadget, teknologi, berita semasa melalui Google Reader. Menggunakan aplikasi gReader, seolah-olah berita itu pergi kepada saya dan saya hanya perlu membuka dan membacanya. Aplikasi ini juga membenarkan saya berkongsi berita tersebut dengan rakan-rakan di twitter, facebook dan sebagainya.

6. Youtube
Menggunakan aplikasi youtube 2.1 dalam Nexus S yang dikuasakan dengan Gingerbread adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Dengan antaramuka yang cantik dan berfungsi hampir sempurna termasuk menawarkan fungsi seperti memuatnaik video terus ke youtube melalui telefon, menonton video dalam resolusi HD, dan sebagainya membuatkan aplikasi ini sangat istimewa.

7. iQuran
Terasa terlalu 'lagha' dengan teknologi? Yup, iQuran antara perisian islamik yang membolehkan anda membaca kitab suci Al-Quran di mana sahaja berada. Tidak tahu membaca Al-Quran? Jangan bimbang kerana aplikasi ini membenarkan anda memuatturun audio bacaan dan kemudian dimainkan selari dengan ayat Al-Quran yang dipaparkan :)

8. Adobe Photoshop Express
Tak pandai mengambil gambar cantik menggunakan camera? Jangan risau kerana dalam Android terdapat aplikasi untuk pengguna mengedit gambar yang diambil. Namun, saya jarang menggunakan aplikasi ini.hehe..

9. Prayer Time Pro
Aplikasi ini pula dapat mengingatkan anda waktu solat dimana sahaja anda berada. Selain itu, ia dilengkapi fungsi kompas penunjuk arah kiblat yang pastinya memudahkan mereka yang suka mengembara. Wajib dimiliki!

10. Dictionary
Aplikasi Dictionary ini pula penting kepada mereka untuk memahami maksud perkataan-perkataan tertentu secara lebih lanjut. Namun ianya memerlukan sambungan internet untuk membolehkan ianya digunakan.

7 comments:

  1. Utk widget waktu solat,sy rekemen Salat Widget dlm market...free,tepat & mudah digunakan..

    ReplyDelete
  2. Salam alaik,

    Ada tak perisian android yang boleh membaca tulisan arab? atau mesej2 arab?
    atau ada setting yang tertentu utk membolehkan android boleh baca tulisan arab serta menulisnya?

    terima kasih atas perkongsian saudara, sangat bermakna bagi pengguna baru seperti saya ni.

    :)

    ReplyDelete
  3. kalau yang tu kene enablekan bahasa arab lah rasanya..input arab boleh saya rasa..

    ReplyDelete
  4. boleh tolong ajar dalam posting berikutnya utk enablekan bahasa arab guna android...
    terima kasih tuan rumah.

    ReplyDelete
  5. enablekan bahasa arab?
    maksudnya input arab?

    ReplyDelete
  6. ya, nak masukkan input bahasa arab...
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. sy belum berekperimen...tapi setahu saya ada app yang namanya multilingua keyboard utk memasukkan input dalam bahasa lain..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...