Saturday, March 19, 2011

Sesuatu yang serba baru untuk diulas di Melayubuntu! - #Maxis10


Blog melayubuntu diwujudkan sekitar Oktober 2007 dan kini ianya telah menjangkau usia lebih daripada 3 tahun. Memilih topik "Ubuntu", "Linux", "Open Source" sebagai topik perbincangan blog bukanlah sesuatu yang mengikut arus kegemaran ramai pada ketika itu. Anda perlu melakukan sesuatu yang konsisten dan cukup bermanfaat untuk menarik audience pembaca membaca blog anda.

Alhamdulillah selepas 3 tahun, blog ini masih di sini, masih menjadi sumber rujukan berterusan oleh pengguna komputer yang tertarik dengan sistem operasi ubuntu dan ilmu-ilmu di sekitarnya.

Semalam (18 Mac 2011), saya dijemput menghadiri pelancaran Telefon Pintar Nexus S (atau juga Samsung GT-I9020T) yang bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur. Nexus S sebagaimana yang umum mengetahui, merupakan sebuah telefon pintar kolaborasi bersama Google sebagai pembangun software iaitu Android dan Samsung sebagai pembangun hardware iaitu peranti Nexus S itu sendiri.

Berserta dengan pelancaran ini juga, sebenarnya ada kejutan besar pada diri saya sendiri dan juga kepada blog ini. Sekiranya anda merupakan follower saya di twitter (@melayubuntu), atau facebook (fanpage melayubuntu), atau mungkin anda adalah kawan saya secara personal di facebook (http://www.facebook.com/zul.malc), anda mungkin telah mendapat maklumat terkini daripada saya semalam.

Nantikan kemaskini blog ini seterusnya dan saya akan berusaha untuk tidak menghampakan semua pembaca yang sangat setia bersama blog ini dikala ianya dikemaskini ataupun dikala ia bersawang. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

6 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...