Saturday, March 26, 2011

Eksperimen : Upgrade Ubuntu 10.10 ke 11.04 Guna Standard Live CD


Saya menulis serba ringkas berkenaan fungsi ini dalam entri terdahulu namun hari ini saya berkesempatan mencuba sendiri fungsi ini dan ianya sangat memuaskan hati.

Cara-caranya ialah

1. Muatturun fail ISO Ubuntu yang terkini di http://cdimage.ubuntu.com/daily-live/current/

2. Burn ISO tersebut ke dalam DVD dalam bentuk image
Nota : Fail ISO sekarang ini bersaiz 704MB dan menjadikannya mustahil untuk muat ke dalam CD standard yang hanya mampu menampung sehingga 700MB. Nasihat saya, guna DVD!

3. Masukkan DVD yang telah di burn tadi ke tray dan restart ubuntu. Pastikan boot priority yang betul supaya komputer boot ke dalam DVD tadi.

4. Seperti dalam Ubuntu 10.10, anda akan melihat skrin yang bertanyakan adakah anda ingin memasang atau mencuba ubuntu. Sila pilih 'Install Ubuntu'.

5. Teruskan proses sebagaimana biasa sehingga anda paparan seperti dalam screenshot di atas.

6. Pilih Upgrade Ubuntu ke Natty!

Pengalaman saya.

Menggunakan komputer yang menggunakan processor Intel i3 dengan RAM 4 gig, proses upgrade dari ubuntu 10.10 ke 11.04 mengambil masa kurang daripada 10 minit. Saya cukup teruja dengan kepantasan ini jauh lebih baik jika dibandingan dengan upgrade menggunakan internet yang memakan masa berejam (err...bergantung kepada kepantasan internet).

Selepas proses upgrade, sepertimana biasa juga sistem menghendaki kita untuk restart dan mengosongkan tray kemudian ENTER. Kemudian, anda akan mendapati antaramuka grub sudah bertukar kepada :


Saya boleh sahkan semua fail data, gambar, muzik, video dan seumpamanya adalah tidak terusik. Namun terdapat beberapa perisian yang mungkin telah di uninstall secara automatik ketika proses upgrade.

Kesimpulan

Saya merasakan fungsi ini cukup memudahkan pengguna ubuntu untuk menaiktaraf sistem mereka ke ubuntu versi baru tanpa perlu fresh install atau menunggu terlalu lama dengan menaiktaraf cara biasa menggunakan internet. Insyaallah di masa akan datang saya akan kemaskini pendapat saya berkenaan antaramuka serba baru dalam Natty Narwhal.

Semoga bermanfaat.

24 comments:

  1. aq risau driver wireless ilang je kalau upgrade...

    ReplyDelete
  2. bro, klu via usb leh x?

    ReplyDelete
  3. pengalaman aku tadi, usb wireless modem tak perlu setup apa-apa terus berfungsi..wow!

    ReplyDelete
  4. secara teori boleh..kene try dulu baru tahu...hehe

    ReplyDelete
  5. kalo wat overburn bleh tak ? rasa cam rugi lak nak burn 704 dalam DVD.. kena guna DVD-RW la kan.. hurmm..

    ReplyDelete
  6. nice..kalau camtu aq pon nak try

    ReplyDelete
  7. nice..kalau camtu aq pon nak try

    ReplyDelete
  8. hurmmm macam ni rasa mudah lagi kot, bukan clean install kan. just upgrade macam biasa

    ReplyDelete
  9. so camner 11.04 ok unity ? stable ke?

    ReplyDelete
  10. kenapa la nak kene 704? haha siot la. p.s kalau buat boot dalam flash drive boleh tak?

    ReplyDelete
  11. mau bertanya.. :) sy pkai windows ngn ubuntu.. kalu upgrade, file2 dlm windows, die x kacau kan?

    ReplyDelete
  12. camne nk boot gune fubuntu 11.04 gune thumbdrive.....

    ReplyDelete
  13. Nie ubuntu biasa ke ubuntu versi alternate punya??

    ReplyDelete
  14. kalau nak stable kene tunggu versi stable dlu bro..hehe

    ReplyDelete
  15. Saya dh test versi beta nie.. nmpaknya byk ada problem dgn compiz dan unity.. nasib baik la ada option classic dan boleh tambah Unity2D.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...