Tuesday, March 22, 2011

#Maxis10 - Nexus S & Sokongan SIP/VOIP

Antara fungsi terbaru yang diperkenalkan dalam Android Gingerbread dalam Nexus S ialah kebolehan untuk membuat panggilan suara melalui internet menggunakan akaun SIP (Session Initiation Protocol) menggunakan teknologi VOIP (Voice Over IP).

Dengan bahasa mudahnya, sebelah pihak yang mempunyai akaun SIP mampu menghubungi sebelah pihak lagi yang turut sama mempunyai akaun SIP menggunakan peranti samada telefon Nexus S, laptop yang mempunyai SIP Client atau mana-mana perisian yang menyokong teknologi SIP/VOIP.

Eksperimen Saya

1. Daftarkan 2 akaun SIP.
2. Sistem operasi Ubuntu saya lengkapkan dengan perisian Ekiga Softphone dan saya ENABLE kan fungsi Internet Calling pada telefon Nexus S. Pada kedua-duanya saya setupkan (kedua-dua) akaun yang telah didaftarkan tadi.
3. Laptop (Ubuntu) dan Nexus S disambungkan ke Wifi.
4. Saya membuat panggilan dari Laptop ke telefon dan ianya berfungsi! Sila rujuk screenshot di atas.

Sedang membuat panggilana dari Nexus S ke laptop ubuntu. 
Buat masa ini belum berjaya (Saya hanya mencuba sekali)

Bagaimana untuk mendapatkan / mendaftarkan akaun SIP

Saya merupakan peminat perisian sumber terbuka. Terima kasih kepada dunia perisian sumber terbuka samada pihak pembangun atau penggerak yang telah banyak memperkenalkan saya pelbagai aplikasi serta fungsi. 

Oleh kerana saya telah menggunakan ubuntu sejak lama, SIP bukan sesuatu yang asing bagi saya. Ekiga Softphone adalah perisian yang berfungsi sebagai SIP Client dalam ubuntu sejak sekian lama. Oleh itu, sekiranya anda tidak biasa dengan SIP, anda boleh terus ke https://www.ekiga.net dan pada bahagian tepi kanan anda akan boleh melihat 'Get Your Personal SIP-Address'. Daftarkan diri di situ seperti biasa. Selesai proses pendaftaran anda sepatutnya mempunyai alamat-SIP, username dan password.

Setup Akaun SIP pada Nexus S

1. Buka Settings - Call Settings
2. Pada Internet Call Settings, tap pada Accounts
3. Anda akan dibawa ke halaman lain dan tap pada butang Add account.
4. Masukkan maklumat;
- Username anda
- Password
- Pada Server, Masukkan : ekiga.net
5. Kemudian Enablekan Receive incoming calls


Buat perkara yang sama pada peranti lain samada laptop atau telefon lain yang menyokong SIP/VOIP dan cuba buat panggilan. Sekiranya tidak ada aral melintang, semuanya berfungsi secara normal.

Adakah Ianya Praktikal?

Sebaik selesai eksperimen, saya tertanya-tanya. Adakah fungsi ini praktikal dan harus ditonjolkan terkedepan berbanding aplikasi lain yang turut sama menawarkan fungsi yang sama?

Saya namakan beberapa aplikasi - Skype, Fring, Yahoo Messenger (untuk android), Google Voice dan sebagainya.

Ianya adalah tentang pilihan!

Saya lebih suka melihat dari aspek kepelbagaian pilihan yang ditawarkan. Kesimpulannya, menggunakan telefon android, anda ditawarkan dengan pelbagai penyelesaian yang hanya menanti anda untuk memilih salah satu daripada yang terbaik dan yang paling disukai. Adakah ianya satu kekurangan? Saya benarkan anda untuk menilai :)

Nantikan ulasan saya seterusnya dalam entry yang akan datang.

Ikuti perkembangan terkini saya di :

4 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...