Wednesday, March 16, 2011

Majalah Edaran Sabily Pertama


Ini adalah artikel kedua saya setelah mendapat komen yang panjang dari @jipangmenjerit dan @garfieldWTF pada artikel saya yang lalu. Ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus melangkah daripada pendirian saya dan menerima setiap kritikan dengan menjadikannya sebagai pembakar semangat saya.
Terus kepada cerita seperti tajuk yang di atas. Majalah Edaran Sabily Keluaran 001.
Seperti yang anda ketahui, Sabily adalah fork Ubuntu yang nama asalnya adalah Ubuntu Muslim Edition. Oleh kerana terdapat beberapa percanggahan maklumat (bukan pendapat), pembangun Ubuntu Muslim Edition terpaksa menukar namanya kepada Sabily, memandangkan teguran daripada pihak pengurusan Canonical berkenaan penggunaan perkataan "Ubuntu - Muslim Edition". Teguran tadi diambil positif daripada pembangun Sabily yang langsung menukar namanya kepada Linux Sabily dengan membuang terus perkataan Ubuntu daripada namanya. Walaubagaimanapun, keizinan ini telah dizahirkan oleh Mark Shuttleworth dan oleh kerana penggunaan Sabily telah lama digunakan, nama Linux Sabily dikekalkan. Hikmah tersebut menyebabkan Sabily terus dipromosi hebat sehingga ke negara Rusia dan hakikat ini menyebabkan pembangun dan kesemua komuniti Sabily seantero dunia mempromosikan Linux dengan menggunakan aplikasi yang sesuai Muslimin dan Muslimat seluruh dunia. Tidak dinafikan, dari awal pembangunan Sabily (Ubuntu Muslim Edition), menarik minat penggunan non-muslim menggunakan Linux ini dek kerana aplikasi dan antaramuka yang menarik.
Majalah Edaran Sabily telah diterbitkan hari ini setelah Presiden Komuniti Sabily Malaysia, MeorBu telah mengemel ke kosama@googlegroup pada jam 2 pagi (bertungkus lumus beliau bersama editor Maui Sabily dan Basyeer_linux) untuk diedarkan dan dipromosikan dengan sewajarnya dengan mencipta link di Facebook, web, blog dan termasuklah blog melayubuntu ini. Terima kasih kepada saudara Zulkifli kerana memberi kesempatan untuk menulis.
Majalah ini boleh dimuat turun dengan beberapa kaedah iaitu :
  1. Sabily Sharing Services
  2. Laman Edaran Sabily
dan mirror-mirror lain yang akan dikemaskini.

Majalah ini merupakan inisiatif pertama dan terawal Komuniti Sabily Malaysia dalam langkah dalam mempromosikan Sabily di Malaysia. Antara projek lain yang bakal diteruskan adalah dalam pembangunan Aplikasi Jawi, pembangunan aplikasi administration Cyber Cafe dan latihan yang akan diadakan di 'Pusat Latihan Sabily Malaysia' yang terletak di Wangsa Maju. Antara inisiatif lain yang sedang dijalankan oleh pembangun Sabily dari Malaysia, Maui Sabily adalah dalam membangunkan Zakat Calculator untuk keluaran Sabily 11.04. Terima kasih saudara Zikrullah yang sudi menjadikan Pusat Tuisyen Centre Of Excellence untuk Sabily Malaysia.
Antara lain aktiviti yang telah dilaksanakan dalam mempromosikan Sabily di Malaysia termasuklah dalam acara yang berlangsung di USIM dan rangka promosi yang akan dijadualkan di UIA.
Bersama bergabung bersama kami Googlegroup dengan mencari "Komuniti Sabily Malaysia" atau kosama ataupun bersama kami di Facebook dengan mencari kami di "Komuniti Sabily Malaysia"

3 comments:

  1. haha..nice one bro!

    actually, jangan ambil serius sangat tentang komen aku tu, cuma pendapat saja. but the one who really make something is yourself; dan itu lagi penting ;)

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus artikel Sabily ini. Boleh saya ambil beberapa isi penting dlm entri ini dan post ke blog saya?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...