#Maxis10 - Nexus S Sebagai Portable Wi-Fi Hotspot


Antara kebolehan lain telefon pintar Google Nexus S yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Maxis ialah kemampuan untuk berfungsi sebagai Portable Wi-Fi Hotspot. Fungsi ini pada Google Nexus S yang menggunakan Android Gingerbread membenarkan sehingga 6 peranti lain menggunakan hotspot Nexus S dalam satu-satu masa.

Apa yang perlu disetup pada Nexus S ialah seperti berikut;

1. Pergi ke Settings - Wireless & Networks

2. Tathering & portable hotspot - Portable Wi-Fi hotspot settings

3. Configure Wi-Fi hotspot kepada sesuatu seperti berikut (setkan identiti SSID & Keselamatan) kemudian Save.


4. Selesai proses ini, aktifkan Portable Wi-Fi hotspot (Lihat ikon berwarna biru pada panel atas kiri menandakan fungsi Wi-Fi Hotspot telah diaktifkan)


5. Samada anda pengguna ubuntu, telefon yang mempunyai fungsi Wifi, Laptop, mahupun desktop, anda akan boleh menggunakan sambungan Wi-Fi ini untuk terus menggunakan internet dalam peranti yang anda gunakan.

Mudah bukan? Bayangkan fungsi ini mampu menyokong 6 peranti dalam satu-satu masa.

Semoga maklumat ini bermanfaat.

Comments

  1. mudah la nak share internet ceni.

    ReplyDelete
  2. Ermm Froyo pon bleh bro. Hehehehe, aku dah lama buat camni kalau nak buat sesuatu Online dengan segera... :) Cuma maksima connection x pernah test. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Ermm Froyo pon bleh bro. Hehehehe, aku dah lama buat camni kalau nak buat sesuatu Online dengan segera... :) Cuma maksima connection x pernah test. Hehehe

    ReplyDelete
  4. wa bagus...nexus boleh act as splitter tak? makksud i, kat umah dah ada Wireless ADSL router jarak +- 10m persegi, then kita guna Nexus utk jarakkan lagi lebih 20 m persegi, boleh?

    ReplyDelete
  5. err..yang tu aku tak try bro..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Popular posts from this blog

Tutorial hack password facebook rakan [Cara Mudah]

Diskaun!!! Kini Semua Mampu Memiliki Pelekat Ubuntu!