Pertamanya, pembaca perlu faham dari persepsi siapakah review ini telah ditulis. Latar belakang dan kecenderungan penulis adalah sangat penting untuk difahami. Insan yang berbeza, mempunyai anggapan , persepsi dan penilaian yang berbeza. Namun begitu saya akan cuba untuk bersikap jujur, tidak bias, tidak mengampu, tidak memperbesarkan perkara kecil, dan paling penting, melihat dari persepsi saya sendiri.
Nexus S bukanlah telefon pintar dan telefon skrin sentuh pertama saya tetapi ia adalah Android pertama saya. Sebelum ini saya pernah menggunakan Nokia N97 Mini yang kemudiannya saya give up dengannya - hanya setelah lebih kurang 3 bulan menggunakannya!
Spesifikasi Google Nexus S (Antara Yang Penting)
Saiz Telefon
Saiz : 123.9 x 63 x 10.9 mm
Berat : 129g
Display
Jenis : Super LCD Capacitive Touchscreen , 16 juta warna! (Nota : Bukan Super AMOLED!)
Saiz : 4 Inci / Resolusi 480x800
Memory
Internal : 16GB storage / 512MB RAM
Card Slot : Tiada!
Camera
Belakang (Utama) : 5MP / Autofocus / LED Flash
Video : WVGA@30FPS
Depan : VGA
Ciri-ciri
OS : Android 2.3 Gingerbread
CPU : Pemproses 1GHz Arm Cortex-A8, PowerVR SGX540 GPU, Hummingbird chipset
NFC , GPS (A-GPS)
Battery
Jenis : Standard Batery, Li-Ion 1500mAh
Stand By : : Up to 713 h (2G) / Up to 428 h (3G)
Talk Time : : Up to 14 h (2G) / Up to 6 h 40 min (3G)
Siapa Saya? Melayubuntu / Zul Malc
Saya merupakan seorang kaki internet, taksub kepada maklumat terkini serta terbaru. Saya suka berkongsi, suka menulis, suka bereksperimen, suka mencuba sesuatu yang baru dan suka berinteraksi dalam persekitaran minat yang sama. Saya tidak begitu kerap membuat panggilan telefon mahupun sms. Saya suka mengambil gambar yang cantik dan kadang-kala sangat memerlukan bantuan GPS untuk mencari jalan ke sesuatu tempat.
3 Hari Menggunakan Nexus S
Nota : Gambar disebelah diambil menggunakan Nexus S
- Skrin yang cantik dan jelas.
- Kepantasan yang mengagumkan.
- Sebarang sentuhan pada skrin adalah input! (Sensitiviti skrin hampir menyamai iPhone 4)
- Sentiasa memerlukan kedua-dua belah tangan untuk menaip dengan ibu jari (Saiznya agak besar dan saya tidak selesa menaip dengan hanya sebelah tangan!). Namun keyboardnya sangat senang untuk digunakan
- Tidak terlalu berat! (Yups, Nokia N97 Mini yang pernah saya pakai lebih berat)
- Bateri yang bertahan seharian bagi saya (pengguna tegar)
- Telefon tidak panas walaupun digunakan berterusan
- Saya masih rindukan Ovi Maps! (Sistem navigasi terbaik setakat ini yang pernah saya cuba ialah Ovi Maps)
- Saya masih gagal memasang Aplikasi Blogger dan Youtube! (Tidak tahu sebab)
- Terpaksa menggunakan Android SDK untuk mengambil screenshot
- Ketika skrin dikungci, volume control masih berfungsi
- Power button berada pada sisi kanan bahagian atas. Ia juga berfungsi untuk mengunci skrin sekiranya ditekan sekali.
- Voice Search tidak mengenali bahasa melayu.
- Kamera agak bagus namun tidak sehebat Nokia yang menggunakan Lens Carl Zeiss. Video tidak dalam resolusi HD. Format default bagi rakaman video ialah 3GP
- Kualiti panggilan telefon yang bagus
- Terdapat 1 video yang saya rakam menggunakan Nexus S gagal dimainkan semula. Kegagalan tersebut menyebutkan Nexus S perlu di restart untuk memulihkan video player.
- Pernah sekali App launcher Android Market pada home screen bersikap ganjil (bila disentuh untuk melancarkannya, yang muncul ialah aplikasi twitter) dan saya terpaksa restart Nexus S untuk memulihkannya
Di atas adalah antara perkara yang saya sempat rasakan sepanjang 3 hari menggunakan telefon Nexus S. Sudah tentu ada hebat dan juga bug yang tidak dapat dielakkan terutama sekali apabila anda seorang yang suka bereksperimen seperti saya. Dalam 3 hari ini, saya dapat katakan yang saya benar-benar menggunakan telefon Nexus S pada tahap semaksima mungkin.
Bagi pengguna Android yang baru seperti saya, hari pertama adalah hari yang serba tidak tahu. Namun itu bukan masalah kerana android bagi saya merupakan sistem operasi telefon yang tidak begitu mengelirukan. Kita akan belajar sedikit demi sedikit dan kemudiannya akan terbiasa dengan sistem yang digunakan.
Kualiti Video Nexus S (Sila ke laman video ini di facebook untuk kualiti sepenuhnya)
Cukup sekadar ini entry kali ini kerana saya telah kehabisan idea (nanti saya update lagi..huhu)
not bad bro. Keep it up.
ReplyDeletewah dah gune android :) banyak app yang best bole download gune android
ReplyDeletemungkin market ada bugs. try pergi setting > application > cari apps MARKET... kemudian 'Clear Cache'
ReplyDeletemcm best je org pki phone android..
ReplyDeletetpi x larat nak bayar montly dia..
mahal.
bro, sensitiviti skrin dia bukan menyamai iPhone, tapi lagi better dari iPhone..& sayangnye, Malaysia version xdapat super AMOLED. looking forward utk review next part..hehe
ReplyDeleteaku ok je install software blogger, yang youtube tu aku just amek shortcut - boormark.. =)
ReplyDeletefungsi video - aku tak jumpa button pause .. tersekat kreativiti sikit nak mengambil video.. huhu..
@Muhd Hazmi - itu harga smart phone skarang, sebab itu orang langgan plan berkontrak smart phone dapat murah, hmmm aku sarankan digi jika kebanyakkan masa dilembah kelang, tapi digi tak jadi vendor untuk nexus s lagi buat masa sekarang.
ReplyDelete- Apa yang aku tunggu aplikasi rasmi yang dibangunkan oleh Android/Google untuk mengantikan iTunes untuk pc. Maaf Android tidak mesra pengguna untuk pemusic dan music collector buat masa sekarang
android nih byk bugs ke...ada macm nokia n900 ke yang dulu2...mmg byk masalah...tp skrg tip top
ReplyDelete"n900 the iphone killer "