#Maxis10 - Nexus S & Sokongan SIP/VOIP
Antara fungsi terbaru yang diperkenalkan dalam Android Gingerbread dalam Nexus S ialah kebolehan untuk membuat panggilan suara melalui internet menggunakan akaun SIP (Session Initiation Protocol) menggunakan teknologi VOIP (Voice Over IP). Dengan bahasa mudahnya, sebelah pihak yang mempunyai akaun SIP mampu menghubungi sebelah pihak lagi yang turut sama mempunyai akaun SIP menggunakan peranti samada telefon Nexus S, laptop yang mempunyai SIP Client atau mana-mana perisian yang menyokong teknologi SIP/VOIP. Eksperimen Saya 1. Daftarkan 2 akaun SIP. 2. Sistem operasi Ubuntu saya lengkapkan dengan perisian Ekiga Softphone dan saya ENABLE kan fungsi Internet Calling pada telefon Nexus S. Pada kedua-duanya saya setupkan (kedua-dua) akaun yang telah didaftarkan tadi. 3. Laptop (Ubuntu) dan Nexus S disambungkan ke Wifi. 4. Saya membuat panggilan dari Laptop ke telefon dan ianya berfungsi! Sila rujuk screenshot di atas. Sedang membuat panggilana dari Nexus S ke laptop ubuntu. B...