Tuesday, March 29, 2011

#Maxis10 - Nexus S, NFC dan Google Mobile Payment


Google Nexus S istimewa berbanding telefon Android mahupun telefon pintar lain kerana di dalamnya terdapat teknologi dinamakan NFC (Near Field Communication) yang mana teknologi terbaru ini mampu digunakan sebagai mobile payment di masa hadapan. Pada saat kita menjangkakan masa hadapan yang dimaksudkan mungkin masih terlalu jauh, hari ini (atau semalam) heboh diperkatakan sekarang ini google sedang mempergiatkan usaha membangunkan teknologi yang dipanggil mobile payment untuk Android.

Dilaporkan, Google telahpun menjalinkan kerjasama dengan Mastercard Inc, Citigroup Inc dan juga VeriFone (Syarikat pembuat pengimbas kad kredit) dan teknologi yang pastinya menerjah Amerika Syarikat terlebih dahulu ini menjanjikan satu cara pembayaran dengan hanya mendekatkan telefon pintar mereka (seperti Nexus S) ke pengesan di kaunter pembayaran.

Sementara itu adalah salah satu aplikasi pembelian yang dimungkinkan oleh teknologi ini, kebimbangan tentang tahap keselamatan teknologi NFC telahpun terjawab. Jika ingin dibandingan keselamatan dengan sistem kad kredit biasa yang hanya menggunakan jalur magnetik, NFC mempunyai kod rahsia tersendiri yang pastinya menyukarkan pengodam untuk memanipulasikannya.

Google juga dijangka akan membangunkan aplikasi Android khas untuk teknologi mobile payment ini dan telefon terawal yang akan menikmatinya ialah Nexus S!

Selain mobile payment, teknologi NFC juga boleh digunakan untuk;

- Pengimbas maklumat : Fungsi ini tidak jauh berbeza dengan pengesan barcode yang aplikasinya boleh didapati dalam mana-mana telefon pintar lain.

- P2P (Perkongsian Data) : Fungsi pertukaran data antara dua telefon yang dilengkapi cip NFC di dalamnya seperti maklumat contact dan seumpamanya.

Buat masa ini, terdapat hanya beberapa model telefon yang dilengkapi dengan cip NFC di dalamnya dan antaranya;

1 - Google Nexus S : Telefon ini telah tiba di Malaysia dibawakan khas oleh Maxis
2 - Nokia C7
3 - List lengkap di http://www.nearfieldcommunicationsworld.com/nfc-phones-list/

Semoga bermanfaat.

4 comments:

  1. Ada jgk terbaca pasal application ni.. Memudahkan pembayaran secara dalam talian & maps out location yang ada geotagging warna merah tuu ...

    ReplyDelete
  2. aku tak dapat gambaran lagi camne NFC bleh diaplikasikan utk bayar dalam talian..huhu..
    mohon pencerahan :)

    ReplyDelete
  3. Dia ada alat bro, pastu alat tu kita kena lalukan HP kita dekat ngan alat tu, pastu alat tu akan baca dan potong baki duit kita secara auto. Aku dah tgk menda ni tahun 2009 dulu. Ada satu kompeni Malaysia buat Henpon yang ada NFC chip ni untuk pasaran eksport ke luar negara.. RM 80 Juta punya eksport.. Tu tahun 2009 punya cerita, kompeni tu dapat Pembiayaan dari MOSTI..

    ReplyDelete
  4. pernah tonton cite korea yg mengunakan teknologi ini. emmm impress.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...