Posts

Showing posts with the label #maxis10

Eksperimen mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan telefon Android

Image
Eksperimen telefon pintar Google Nexus S seterusnya ialah, bagaimana seseorang pengguna telefon Android boleh mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan VNC (Virtual Network Computing). Sekiranya ini mungkin, banyak perkara yang boleh diaplikasikan apabila anda berjauhan dari komputer desktop anda. Anda boleh melancarkan aplikasi, menutup aplikasi, membuka terminal dan semua aktiviti lain seperti anda berada di depan komputer desktop tadi, namun secara remote menggunakan telefon Android! Ok jom kita mulakan eksperimen ini. Setup VNC Server dalam Ubuntu Dalam eksperimen ini, saya menggunakan ubuntu versi 10.10. Saya merasakan versi tidak begitu membezakan keputusan akhir yang bakal diperolehi. 1. Pasang package VNC menggunakan kata arahan berikut; sudo apt-get install x11vnc vnc-java 2. Tetapkan password server VNC anda dengan kata arahan; x11vnc -storepasswd NOTA 1 : Port 5800 dan 5900 sepatutnya terbuka secara default kecualilah anda menukarkannya pada setting yang l...

Google Nexus S VS SE XPERIA Arc : Perbandingan Spesifikasi Side-By-Side #Maxis10

Image
Hari ini, telefon pintar antara yang ditunggu-tunggu Sony Ericsson Xperia Arc telah dilancarkan pada harga RM2099. Maxis pula menawarkan telefon ini pada harga RM1499 untuk pembelian berkontrak selama 24 bulan dan ianya adalah angka tawaran yang sama bagi telefon Google Nexus S . Telefon yang mana yang lebih mantap? Pastinya persoalan itulah yang sedang bermain di fikiran anda terutamanya sekiranya anda bercadang untuk membeli sebuah telefon Android. ( rujuk pertanyaan saya di facebook melayubuntu ) Untuk berlaku adil, di sini saya himpunkan perbandingan spesifikasi kedua-dua telefon pintar secara side-by-side berasaskan kepada maklumat di Gsmarena.com. Nota : Google Nexus S dipasaran Malaysia yang dibawa masuk oleh Maxis juga dikenali dengan model Nexus S i9023 Kekuatan Nexus S - Telefon Google (Paling cepat mendapat kemaskini terbaru Android) - NFC - Three-axis Gyro Sensor - Integrasi dengan aplikasi Google - Kamera Depan Kekuatan SE Experia Arc - Kamera - HDMI ...

Google Nexus S : Mengapa Anda Harus Pilih Telefon Pintar Ini - #Maxis10

Image
Celik pejam, sudah lebih 2 minggu saya diberi peluang oleh Maxis untuk menggunakan telefon pintar terbaru iaitu Google Nexus S dalam program #Maxis10 . Fuh, satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Selama 2 minggu itu, saya sempat mengumpulkan banyak sebab mengapa anda perlu memilih Google Nexus S berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran. 1. Ianya telefon Google - Kemaskini terbaru bagi Android pastinya akan menerjah Google Nexus S ( dan Google Nexus One) terlebih dahulu berbanding telefon pintar yang lain. Ini menjadikan telefon pintar anda sentiasa menggunakan Android yang paling terkini dan dilengkapi dengan fungsi serta ciri terbaru yang dibangunkan oleh Google dan Android. 2. Ianya sangat pantas - Untuk mengesahkan kepantasan Nexus S, anda harus meluangkan masa selama 2 minggu! Satu jangka masa yang terlalu lama dan saya pasti pengalaman 2 minggu tersebut cukup untuk menyimpulkan betapa pantasnya telefon ini. Pengalaman skrin sentuh yang super sensitif, pengu...

#Maxis10 - Aplikasi & Kualiti Kamera Pada Nexus S

Image
Kredit :  http://www.phonearena.com/phones/Google-Nexus-S_id4990 Nexus S didatangkan bersama fungsi kamera 5 MP berserta LED Flash di bahagian belakang dan kamera 0.3 MP dengan kualiti VGA dibahagian depan. Saya merasakan ianya agak standard bagi telefon pintar dalam kelas 1 GHz. Nexus S yang dikuasakan dengan Android mempunyai banyak pilihan aplikasi kamera dalam Android Market selain daripada aplikasi kamera default.  Dalam entry kali ini, izinkan saya menunjukkan beberapa sample gambar yang telah saya ambil menggunakan Nexus S. Kamera Utama Nexus S 1. Gambar permandangan ini diambil dengan setting automatik ketika dalam perjalanan ke Pahang dari Kuala Lumpur. Permandangan pada ketika itu sangat cantik namun oleh kerana camera berlawan dengan cahaya menjadikan hasilnya seperti di bawah. Saya merasakan gambar ini akan lebih cantik sekiranya diambil dengan efek HDR. 2. Gambar ini juga diambil dengan setting automatik ketika saya dalam restoran Secret Recipe tempoh hari...

#Maxis10 - Nexus S Sebagai Portable Wi-Fi Hotspot

Image
Antara kebolehan lain telefon pintar Google Nexus S yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Maxis ialah kemampuan untuk berfungsi sebagai Portable Wi-Fi Hotspot. Fungsi ini pada Google Nexus S yang menggunakan Android Gingerbread membenarkan sehingga 6 peranti lain menggunakan hotspot Nexus S dalam satu-satu masa. Apa yang perlu disetup pada Nexus S ialah seperti berikut; 1. Pergi ke Settings - Wireless & Networks 2. Tathering & portable hotspot - Portable Wi-Fi hotspot settings 3. Configure Wi-Fi hotspot kepada sesuatu seperti berikut (setkan identiti SSID & Keselamatan) kemudian Save. 4. Selesai proses ini, aktifkan Portable Wi-Fi hotspot (Lihat ikon berwarna biru pada panel atas kiri menandakan fungsi Wi-Fi Hotspot telah diaktifkan) 5. Samada anda pengguna ubuntu, telefon yang mempunyai fungsi Wifi, Laptop, mahupun desktop, anda akan boleh menggunakan sambungan Wi-Fi ini untuk terus menggunakan internet dalam peranti yang anda gunakan. Mudah bukan? Bay...

#Maxis10 - Nexus S, NFC dan Google Mobile Payment

Image
Google Nexus S istimewa berbanding telefon Android mahupun telefon pintar lain kerana di dalamnya terdapat teknologi dinamakan NFC (Near Field Communication) yang mana teknologi terbaru ini mampu digunakan sebagai mobile payment di masa hadapan. Pada saat kita menjangkakan masa hadapan yang dimaksudkan mungkin masih terlalu jauh, hari ini (atau semalam) heboh diperkatakan sekarang ini google sedang mempergiatkan usaha membangunkan teknologi yang dipanggil mobile payment untuk Android. Dilaporkan , Google telahpun menjalinkan kerjasama dengan Mastercard Inc, Citigroup Inc dan juga VeriFone (Syarikat pembuat pengimbas kad kredit) dan teknologi yang pastinya menerjah Amerika Syarikat terlebih dahulu ini menjanjikan satu cara pembayaran dengan hanya mendekatkan telefon pintar mereka (seperti Nexus S) ke pengesan di kaunter pembayaran. Sementara itu adalah salah satu aplikasi pembelian yang dimungkinkan oleh teknologi ini, kebimbangan tentang tahap keselamatan teknologi NFC telahpun t...

#Maxis10 : Android Market - Aplikasi apa yang anda mahu?

Image
Android adalah sebuah platform yang membangun dengan begitu pesat dan statistik dari Julai 2010 sehingga Disember 2010 menunjukkan bagi pasaran di Amerika, 43% daripada penjualan telefon pintar dalam tempoh itu dikuasai oleh telefon Android manakala iOS sekadar 26% dan RIM Blackberry sekadar pada 20%. Perkembangan pesat ini menjanjikan pasaran dan peluang yang besar kepada pembangun aplikasi yang sekaligus menatijahkan kepada pertambahan bilangan aplikasi dalam Android Market - pasar kepada semua aplikasi bagi Android. Istimewanya platform Android ialah, 57% aplikasi dalam Android Market adalah percuma jika dibandingkan dengan App Store dari Apple yang hanya mempunyai sekitar 28% aplikasi percuma . Manakala harga purata bagi aplikasi bagi Android Market adalah sekitar $3.29 (Dollar) berbanding App Store iaitu $4.01 (Dollar). Namun sekiranya anda menggunakan telefon Android yang tidak di"root", terdapat banyak aplikasi yang anda akan perasan tiada dalam Android Market. Ha...

#Maxis10 - Android 2.3 "Gingerbread" dalam Nexus S

Image
Sudah lebih 7 hari saya diberi peluang oleh Maxis untuk mencuba telefon pintar terbaru di pasaran Malaysia iaitu Google-Samsung Nexus S. Telefon yang diberi jolokan "Pure Google" ini menggunakan sistem operasi Android versi 2.3 Gingerbread dan diwar-warkan sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan android versi ini. Apa itu Android Saya kira masih ramai yang tidak tahu apa itu android atau sekurang-kurang tersalah anggap - sepertimana mereka menyangka Windows adalah komputer dan komputer adalah Windows. Salah sama sekali! Android adalah sistem operasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Google berasaskan kernel "Linux" yang diasaskan oleh Linux Torvalds. Dalam Android 2.3 Nexus S, kernel yang digunakan adalah versi 2.6.35. Ya kernel yang sama yang digunakan oleh pembangun ubuntu untuk versi Maverick Meerkat! Istimewa Google-Samsung Nexus S Ada satu perkara yang perlu saya jelaskan mengapa Google Nexus S begitu istimewa apabila ia menggunakan Andori...

#Maxis10 - Cara-Cara Hard Reset Google Nexus S

Pada entry lepas saya ada bangkitkan beberapa isu & masalah membabitkan telefon pintar Google Nexus S yang dibawa masuk oleh Maxis ke pasaran Malaysia. Antaranya isu aplikasi youtube yang gagal dipasang atau sebenarnya aplikasi ini seperti tidak dipasang secara sempurna. Selepas mendapat cadangan daripada bro azam, saya telah cuba untuk hard reset atau sebenarnya kembalikan semula keadaan telefon pintar seperti konfigurasi asal daripada kilang. Hasilnya, kini saya tidak lagi mengalami masalah tadi dan semuanya berfungsi normal seperti yang sepatutnya. Bagaimana untuk hard reset telefon Google Nexus S? 1. Pada home skrin, tap pada menu. 2. Tap Settings > Privacy 3. Factory data reset. 4. Tap reset phone 5. Masukkan password sekiranya diminta dan kemudian Erase everything.. Selamat mencuba :) Ditulis menggunakan aplikasi blogger app untuk android!