Tuesday, April 12, 2011

Eksperimen mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan telefon Android


Eksperimen telefon pintar Google Nexus S seterusnya ialah, bagaimana seseorang pengguna telefon Android boleh mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan VNC (Virtual Network Computing). Sekiranya ini mungkin, banyak perkara yang boleh diaplikasikan apabila anda berjauhan dari komputer desktop anda. Anda boleh melancarkan aplikasi, menutup aplikasi, membuka terminal dan semua aktiviti lain seperti anda berada di depan komputer desktop tadi, namun secara remote menggunakan telefon Android!

Ok jom kita mulakan eksperimen ini.

Setup VNC Server dalam Ubuntu
Dalam eksperimen ini, saya menggunakan ubuntu versi 10.10. Saya merasakan versi tidak begitu membezakan keputusan akhir yang bakal diperolehi.

1. Pasang package VNC menggunakan kata arahan berikut;
sudo apt-get install x11vnc vnc-java
2. Tetapkan password server VNC anda dengan kata arahan;
x11vnc -storepasswd
NOTA 1 : Port 5800 dan 5900 sepatutnya terbuka secara default kecualilah anda menukarkannya pada setting yang lain. Sekiranya anda tidak pernah mengusik apa-apa port sebelum ini, port ini sepatutnya telah terbuka.

3. Lancarkan server VNC anda menggunakan kata arahan berikut;
x11vnc -forever -usepw -httpdir /usr/share/vnc-java/ -httpport 5800
screenshot selepas VNC server dilancarkan.


NOTA 2 : Anda boleh setkan kata arahan ini pada startup application supaya ianya dilancarkan setiap kali ubuntu anda dihidupkan.

Setup VNC Client dalam telefon Android (Nexus S untuk kes saya)

1. Buka Android Market dan carikan aplikasi bernama AndroidVNC (android-vnc-viewer). Install aplikasi ini dalam telefon android anda.

2. Lancarkan aplikasi AndroidVNC ini, kemudian anda akan melihat sesuatu seperti screenshot di bawah.



3. Terdapat beberapa tempat kosong yang harus anda isi dengan maklumat yang tepat iaitu.

Nickname : nama komputer anda - biasanya boleh dilihat pada terminal
Password : anda tetapkan dalam proses di atas
Address : (IP Address desktop ubuntu anda) Untuk mengetahui maklumat ini, right click pada network manager - Connection Information.


Port : 5900 (default)
Color Format : Saya syorkan pilih 24-bit color untuk paparan standard.

Selesai semua setup di atas, tap pada butang Connect. Sekiranya berjaya, anda akan dapat melihat screenshot di bawah...



App VNC Client untuk Android.
Terdapat beberapa lagi aplikasi VNC Client untuk android yang menambahkan variasi dari segi kemampuan pengawalan desktop, fungsi serta ciri-cirinya.

Antaranya ialah;
- Remote VNC
- VNC Viewer

Android sebagai VNC Server
Sekiranya anda ingin fungsi ini secara terbalik atau dengan kata lain mengawal android anda dari komputer, anda boleh mencuba aplikasi droid VNC server.

Setakat ini, saya belum mencubanya secara peribadi. Mengikut teori, ia sepatutnya berfungsi dengan jayanya.

Semoga tulisan ini bermanfaat.

6 comments:

  1. terbaik...bleh aku buat tutorial untuk window plak..hehe

    ReplyDelete
  2. ape IP ko? aku nak bawak main-main sat XD

    ReplyDelete
  3. kawalan dg telefon biase xbole k selain android

    ReplyDelete
  4. kalau laptop ubuntu pakai wifi x boleh ke? kat rumah jugak

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...