Tuesday, April 26, 2011

Mencuba Ubuntu 11.04 Secara Online


Apabila pihak Canonical mengumumkan pemberhentian perkhidmatan ShipIt, ianya mengecewakan ramai peminat ubuntu seluruh dunia, khususnya mereka yang menjadikan aktiviti mengumpul CD ubuntu rasmi sebagai hobi dwi-tahunan. 

Namun bagi 11.04 ini ada sedikit kelainan yang mungkin mampu menceriakan sebahagian dari peminat ubuntu iaitu kini anda boleh mencuba ubuntu terbaru secara online tanpa perlu memuatturun atau memasang ubuntu. Sekiranya anda berminat, sila layari :


Meskipun begitu, kepantasan ubuntu versi online ini bergantung sepenuhnya kepada tahap kepantasan internet pengguna dan oleh kerana permintaan yang tinggi, setiap pengguna hanya dibenarkan mencuba selama 15 minit sahaja.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...