Pada program release party baru-baru ini, telah berlansung perbentangan ringkas berkenaan Gnome 3, ciri dan fungsi terbarunya. Ternyata persekitaran desktop yang mengambil masa lebih 2 tahun untuk dibangunkan daripada scratch ini berbaloi untuk ditunggu dan dicuba oleh segenap peminat perisian sumber terbuka, tanpa mengira distro apa yang diminati atau digunakan.
Apa yang mengujakan saya bukan kerana ianya cantik dari segi penampilannya sahaja, malah ia merombak beberapa cara pengguna berinteraksi dengan persekitaran desktop yang saya merasakan disitu DE (desktop environment) sumber terbuka selama ini terlalu banyak dipengaruhi oleh windows.
Saya tidak bercadang untuk membuka perbahasan berkenaan konsep manakah yang lebih sesuai, namun pada saya DE sumber terbuka sepatutnya mempunyai cara tersendiri dan kelainan itulah yang membuatkan sistem kita unik dan dihormati.
Perkara kedua ialah, Gnome 3 membawakan banyak inovasi baru dari segi cara pengguna berinteraksi dengan desktop. Contohnya Gnome 3 tidak lagi menawarkan fungsi Task Bar (panel bawah), tidak ada butang minimize, tidak ada butang maximize, pengurusan aplikasi dan Workspace yang lebih tersusun berbanding sebelum ini dan banyak lagi.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui ciri baru dalam Gnome 3, anda boleh merujuk http://gnome3.org/. Terdapat banyak video yang boleh ditonton.
Buat masa ini, saya belum berkesempatan untuk mencomotkan tangan saya dengan gnome 3 disebabkan beberapa kekangan. Insyaallah sekiranya berpeluang, saya akan menulis lebih panjang berkenaan gnome 3.
Monday, April 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
kebanyakkan tak sarankan tukar DE Ubuntu 10.10
ReplyDeleteapa pandangan bro? kalau berani tanggung risiko aku nak cuba gak la nanti/
cuba dlu bro..baru tau camne..haha
ReplyDeleteAku bertekat mencari mesin lama untuk aku experiment, terlampau banyak yang ada dalam kepala mesin aku ada dua sahaja, mesin basuh nasib baik tak dapat nak dicuba
ReplyDeleteaku dah install kat ubuntu 10.10 tapi kenapa tak sama mcm screnshot tu
ReplyDeleteitu skrin untuk ubuntu 10.10 remix laptop..... kalau guna ubuntu natty 11.0 ...barulag betul-betul sempurna, saya dah guna ubuntu 11.0 walaupun masih beta.... byk yg kena belajar sebab terlalu baru dan sgt berbeza dgn windows..
ReplyDeletegnome3 boleh masuk 10.10 ek? aku sendiri tak try lagi heh.
ReplyDeleteaku dah cuba pada 10.10 dengan kad grafik ATI HD 4200, tak berjaya la pulak,sedih betul..
ReplyDeleteaku dah donload semalam, nantikan..haha
ReplyDeletejangan! ekeke, sebab benda ni lebih baik pakai kat natty, kang habis tenten ko..hehehe
ReplyDelete