Posts

Showing posts with the label gnome 3

Menggunakan Desktop Gnome 2 (Classic Desktop) Dalam Gnome 3

Image
Jadi, tak semua orang sukakan perubahan. Apabila Gnome 3 dilepaskan dengan pengalaman kepenggunaan yang serba baru dengan memperkenalkan apa yang digelarkan 'Gnome-Shell', tokoh yang berdiri mengkritiknya dengan hebatnya ialah pengasas Linux iaitu Linus Torlvalds . Walaubagaimanapun, tradisi perisian sumber terbuka membuktikan penggunanya sentiasa mempunyai pilihan lain, sekiranya tidak menyukai sesuatu pendekatan. Dalam hal ini, Unity tidak terkecuali. Ada segelintir pengguna ubuntu yang kurang senang dengan pendekatan antaramuka unity dan lebih sukakan apa yang mereka kenali sebagai Gnome 2 yang digunakan oleh Ubuntu selama ini. Sekiranya anda salah seorang yang tidak sukakan perubahan samada oleh gnome-shell mahupun unity, kini anda boleh mencuba apa yang dinamakan 'gnome-session-fallback' yang membolehkan pengguna Gnome 3 menggunakan interface klasik Gnome 2. Menarik! Untuk mencubanya, anda perlu memasang pakej berikut dalam ubuntu 11.10; sudo apt-get inst...

Linus Torvalds Akui Menggunakan Xfce & Menghentam Gnome 3

Image
Sekiranya anda merasakan Gnome 3 (+Gnome-Shell) sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba, mungkin artikel ini sesuatu yang boleh membuatkan anda berfikir beberapa kali. Linus Torvalds, dalam perbualan di Google+ baru-baru ini tanpa berlapik menghentam perubahan yang dilakukan oleh pembangun terhadap Gnome 3. Antara tulisan beliau adalah seperti dalam screenshot di bawah; Antara isu yang sering dibangkit berkenaan Gnome 3 yang menimbulkan kontroversi ialah; Tiada fail pada desktop (shortcut etc..) Tiada fungsi restart / shutdown (secara direct dari menu yang sepatutnya) Tidak menyokong perubahan tema (secara official) - pembangun ingin interface standard bagi gnome.. Fungsi maximize & minimize yang 'dihilangkan' Bagaimana pendapat anda tentang Gnome 3?

5 Tema Gnome Shell (Gnome 3) Untuk Dicuba

Image
Anda pengguna Gnome 3? Sekiranya ya, anda ada sebab untuk gembira sambil membaca entry ini. Berikut saya senaraikan beberapa tema antara yang terawal untuk Gnome Shell Gnome 3 yang boleh dicuba dan kesemuanya bagi saya sangat cantik serta elegent. 1. Gnome Shell - Atolm 2. Gnome Shell - Dark Glass 3. Gnome Shell - Deviant Art 4. Gnome Shell - Elementary Git 5. Gnome Shell - Smooth Inset Menarik? Sila cuba dan beri respon anda :) [via :  http://www.muylinux.com ]

Ubuntu Gnome Remix : Projek Gnome 3 Untuk Ubuntu Bermula

Image
Mark Shuttleworth telah mengumumkan, bermula dari ubuntu 11.10 dan seterusnya, unity adalah satu-satu interface yang akan digunakan dalam ubuntu. Namun sekiranya anda tidak dapat dipisahkan dengan gnome, kini terdapat satu projek yang berhasrat untuk mengekalkan gnome sebagai interface untuk ubuntu iaitu Ubuntu Gnome Remix . Projek ini masih lagi baru dan laman webnya dihostkan secara sementara di link yang diberikan di atas. Namun kewujudan projek sebegini sedikit sebanyak dapat memberikan pengguna pilihan sekiranya mereka tidak sukakan unity sebagai interface ubuntu. Visi projek ini ialah; The Ubuntu Gnome Remix will be a mix of the best of GNOME and Ubuntu. It's GNOME and open source roots will be very apparent. Compatability for both classic GNOME (what Ubuntu has used for years) and GNOME3 (a brand new interface that is made of awesome) will be maintained. One day, we hope this will become an official Ubuntu distribution, possibly under the name Gubuntu. Note we canno...

Impresi Pertama Gnome 3

Image
Pada program release party baru-baru ini, telah berlansung perbentangan ringkas berkenaan Gnome 3, ciri dan fungsi terbarunya. Ternyata persekitaran desktop yang mengambil masa lebih 2 tahun untuk dibangunkan daripada scratch ini berbaloi untuk ditunggu dan dicuba oleh segenap peminat perisian sumber terbuka, tanpa mengira distro apa yang diminati atau digunakan. Apa yang mengujakan saya bukan kerana ianya cantik dari segi penampilannya sahaja, malah ia merombak beberapa cara pengguna berinteraksi dengan persekitaran desktop yang saya merasakan disitu DE (desktop environment) sumber terbuka selama ini terlalu banyak dipengaruhi oleh windows. Saya tidak bercadang untuk membuka perbahasan berkenaan konsep manakah yang lebih sesuai, namun pada saya DE sumber terbuka sepatutnya mempunyai cara tersendiri dan kelainan itulah yang membuatkan sistem kita unik dan dihormati. Perkara kedua ialah, Gnome 3 membawakan banyak inovasi baru dari segi cara pengguna berinteraksi dengan desktop. ...