Saturday, April 02, 2011

#Maxis10 - Aplikasi & Kualiti Kamera Pada Nexus S


Nexus S didatangkan bersama fungsi kamera 5 MP berserta LED Flash di bahagian belakang dan kamera 0.3 MP dengan kualiti VGA dibahagian depan. Saya merasakan ianya agak standard bagi telefon pintar dalam kelas 1 GHz. Nexus S yang dikuasakan dengan Android mempunyai banyak pilihan aplikasi kamera dalam Android Market selain daripada aplikasi kamera default.  Dalam entry kali ini, izinkan saya menunjukkan beberapa sample gambar yang telah saya ambil menggunakan Nexus S.

Kamera Utama Nexus S

1. Gambar permandangan ini diambil dengan setting automatik ketika dalam perjalanan ke Pahang dari Kuala Lumpur. Permandangan pada ketika itu sangat cantik namun oleh kerana camera berlawan dengan cahaya menjadikan hasilnya seperti di bawah. Saya merasakan gambar ini akan lebih cantik sekiranya diambil dengan efek HDR.


2. Gambar ini juga diambil dengan setting automatik ketika saya dalam restoran Secret Recipe tempoh hari.


3. Gambar ini diambil di Putrajaya dalam keadaan cuaca hujan salji. Apabila cahaya agak stabil, kualiti gambar akan meningkat kot..


Itu adalah cerita ketika saya hanya tahu menggunakan aplikasi kamera default dalam Nexus S. Kemudian, saya menemui satu aplikasi iaitu Camera360 yang menawarkan banyak efek-efek menarik seperti HDR!


Screenshot di atas adalah senari beberapa efek yang terdapat dalam aplikasi Camera360. Pengguna harus memilih efek yang diingini terlebih dahulu sebelum mengambil gambar. Beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan aplikasi ini adalah seperti di bawah.

Sebelum HDR


Selepas HDR


Sebelum HDR


Selepas HDR

Kamera hadapan Nexus S

Kamera hadapan Nexus S menawarkan kualiti 0.3 MP dengan kualiti video VGA untuk panggilan video. Namun saya belum lagi mencuba panggilan video dan saya mengharapkan Google dapat membangun satu aplikasi khas untuk panggilan video dalam Android.

Jadi, kualiti kamera hadapan Nexus S adalah..


Kualiti Video?

Sepertimana anda maklum, Nexus S tidak menawarkan kualiti HD pada video (rujuk screenshot spec di atas) walaupun ianya mampu merakam video 720x480x30fps. Samada ia keterbatasan hardware ataupun software, video yang dirakam menggunakan Nexus S sebenarnya tidaklah begitu mengecewakan terutamanya bagi saya yang jarang merakam video .3gp (duhh!). Insyaallah di masa akan datang saya akan cuba meraka video tersebut dan diletakkan di blog ini :)

2 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...