Prestasi Ubuntu 11.04 & Unity Setakat Ini...
Artikel ini ditulis selepas lebih kurang sehari saya menggunakan Ubuntu 11.04 atau kod namanya Natty Narwhal. Ubuntu versi baru yang dilepaskan pada penghujung april lalu ini di datangkan bersama antaramuka serba baru diberi nama Unity. Saya banyak mendengar komen dan pendapat pengguna yang terlebih dahulu berpeluang menggunnakan unity terutamanya soal kestabilan dan kemudahgunaannya disamping perbandingan dengan Gnome 3 yang dikatakan menawarkan antaramuka lebih mengancam. Saya mengambil sikap berdiam diri terhadap komen-komen tersebut sehinggalah saya sendiri yang memasang dan menggunakannya dalam komputer saya. Melalui pengalaman saya, saya simpulkan Ubuntu 11.04 & Unity kepada berikut; 1. Unity Launcher : berada di sebelah kiri skrin. Animasi 3D launcher ini sangat menarik namun fungsi autohide (default) adalah sangat merimaskan. Namun pengguna boleh disablekan fungsi autohide menggunakan CCSM - Ubuntu Unity Plugin. Saiz icon pada launcher juga boleh diubah menggunakan ...