Posts

Showing posts with the label vnc

Eksperimen mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan telefon Android

Image
Eksperimen telefon pintar Google Nexus S seterusnya ialah, bagaimana seseorang pengguna telefon Android boleh mengawal desktop ubuntu secara remote menggunakan VNC (Virtual Network Computing). Sekiranya ini mungkin, banyak perkara yang boleh diaplikasikan apabila anda berjauhan dari komputer desktop anda. Anda boleh melancarkan aplikasi, menutup aplikasi, membuka terminal dan semua aktiviti lain seperti anda berada di depan komputer desktop tadi, namun secara remote menggunakan telefon Android! Ok jom kita mulakan eksperimen ini. Setup VNC Server dalam Ubuntu Dalam eksperimen ini, saya menggunakan ubuntu versi 10.10. Saya merasakan versi tidak begitu membezakan keputusan akhir yang bakal diperolehi. 1. Pasang package VNC menggunakan kata arahan berikut; sudo apt-get install x11vnc vnc-java 2. Tetapkan password server VNC anda dengan kata arahan; x11vnc -storepasswd NOTA 1 : Port 5800 dan 5900 sepatutnya terbuka secara default kecualilah anda menukarkannya pada setting yang l...