Saturday, September 25, 2010

Sync telefon pintar iOS, Android, Symbian dengan UbuntuOne

Berapa ramai pengguna ubuntu yang menggunakan UbuntuOne? Saya pasti ramai yang hanya mengabaikan fungsi ini kerana menganggapnya tidak berguna dan fungsi yang mengelirukan. Apapun sekiranya anda pengguna telefon pintas iOS, atau Android atau mungkin juga Symbian, kini ada sebab kenapa anda harus menggunakan UbuntuOne.

UbuntuOne merupakan perkhidmatan simpanan data atas talian yang diperkenalkan oleh Canonical - pembangun kepada ubuntu. Ia diintegrasikan ke dalam pengurusan fail nautilus didalam ubuntu bagi memudahkan pengguna memuatnaik data penting ke UbuntuOne yang kemudiannya boleh diakses dimana sahaja pengguna berada (selagi ada internet dan browser).

Sebenarnya, UbuntuOne juga menyokong sync data (contacts, calendar, dan notes) antara UbuntuOne dan peranti telefon pintar yang berplatformkan iOS (iPhone, iPod Touch, iPad), Android, dan juga Symbian (Model Nseries Nokia dan sebagainya). Apa yang anda perlukan ialah akaun UbuntuOne, dan kemudian, sila pergi ke http://one.ubuntu.com/phones/. Sekiranya peranti anda menggunakan iOS, aplikasi UbuntuOne boleh dimuatturun melalui Apple App Store.

Mobile Upload

Secara peribadi, saya telah mencuba fungsi ini pada telefon symbian dan dibawah ada satu screenshot yang mampu menceritakan segala-galanya.


Daripada percubaan saya, saya dapati kesemua contacts yang disimpan dalam peranti berjaya di sync dengan UbuntuOne dan saya boleh mengaksesnya melalui browser kegemaran saya iaitu Firefox. Andaikata saya membeli telefon lain, saya boleh sync contact tersebut ke telefon baru tanpa perlu memindahkannya satu persatu secara manual.


Namun begitu masih terdapat beberapa fungsi yang mungkin belum diperkenalkan memandangkan UbuntuOne masih lagi pada tahap pembangunan beta. Apapun, saya rasa ianya memadai untuk buat waktu sekarang. Selamat mencuba :)

6 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...