Monday, September 20, 2010

Membina komuniti Ubuntu

Membina komuniti bukan sesuatu yang senang. Bayangkan berapa lama sesuatu komuniti seperti Ubuntu ini hendak bercambah dan berkembang hingga ke Malaysia. Rencana kali ini akan menghuraikan bagaimana untuk membentuk sesebuah komuniti yang sihat dan disegani.

Bina suatu produk hebat
Ubuntu sudah pun menjadi produk hebat di kalangan pengguna-pengguna seluruh dunia. Daripada segi kestabilan, harga, kebolehgunaan dan sebagainya ternyata Ubuntu telah mengatasi sistem operasi yang lain di dunia. Komuniti Ubuntu yang terdapat di seluruh dunia telah berjaya memperbaiki Ubuntu dengan baik dan pantas ini dapat dilihat dengan release cycle dalam masa 6 bulan sahaja.

Lantik 'Juara' dalam komuniti Ubuntu
Komuniti sudah ada. Cuma ada satu kurang. Pemimpin yang betul-betul boleh menjadi inspirasi atau hero dalam komuniti ini. Tanpa juara kita akan terus menjadi seperti sekarang. Kurang dikenali dan tidak dapat memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat Malaysia. Jika kita memiliki jaguh ini sekurang-kurangnya kita akan lebih terarah dan ada hala tuju.

Terima kritikan a.k.a kutukan
Tiada keluarga yang boleh lari dengan pertengkaran atau pergaduhan. Apa yang penting adalah cara untuk mengatasinya. Sama halnya dengan komuniti. Kritikan itu umpama garam dalam masakan. Kehadirannya adalah pelengkap bagi masakan. Kalau tiada garam takde lah rasa lemaknya masakan tu.

Hebahkan

Komuniti Ubuntu merupakan salah satu daripada beribu distro yang ada di DistroWatch. Kalau kita hebahkan tentang Ubuntu maka kita akan menghebahkan tentang distro-distro yang lain. Justeru kita akan secara tidak langsung mempromosikan perisian sumber terbuka dan mengembangkan lagi komuniti kita.

Komuniti adalah perkara yang sangat baik bagi setiap orang. Dan saya rasa tidak ada orang dalam dunia ini tidak berkomuniti. Melayubuntu, Dari komuniti, Untuk Komuniti...Sekian terima kasih.

rujukan:

1 Guy Kawasaki http://blog.guykawasaki.com/#axzz106omUFk7

12 comments:

  1. Melayubuntu, Dari komuniti, Untuk Komuniti..
    agak menarik tagline tersebut..hehe
    tq bro

    ReplyDelete
  2. salam. saya tertarik untuk menggunakan ubuntu setelah windows saya corrupt dan x dpt log in. saya format semula laptop dan memasukkan terus ubuntu sebagai os. saya menggunakan perisian ubuntu 10.04 selama sebulan. saya merupakan guru pelatih di ipg johor bahru.
    sekarang ini saya sedang menyiapkan pameran inovasi alat bantu mengajar dalam kelas.
    saya menggunakan idea untuk mengetengahkan ubuntu untuk para pelajar sebagai os bagi komputer mereka disekolah dan dirumah. jadi disekolah murid menggunakan ubuntu..

    saya masih lagi baru menggunakan ubuntu ini dan berharap rakan-rakan dalam komuniti ini dapat membantu bersama-sama memberi pendapat dan idea dalam menggunakan ubuntu dalam subjek ICT di sekolah..

    ReplyDelete
  3. tahniah atas niat murni tersebut.
    insyaallah komuniti ubuntu akan cuba membantu sdr sedaya upaya. :)

    ReplyDelete
  4. come join us linux@ubuntu user ipg ilmu khas

    ReplyDelete
  5. gempak2..
    ubuntu, dari komuniti orang melayu, untuk semua...haha

    ReplyDelete
  6. salah satu kelebihan komuniti sebegini...bagi nasihat tanpa mengharap apa apa bayaran atau balasan

    ReplyDelete
  7. Cuma aku tak berapa berkenan dengan nama Melayu Buntu @ Melayubuntu'

    hehe..sorry..

    ReplyDelete
  8. itu kalau perspektif kita yang fikir sedemikian
    cuba open sikit macam open source..
    biasa je...MELAYU UBUNTU = MELAYUBUNTU
    malaysia..hah no komen...hehehe

    ReplyDelete
  9. bak kata ramli sarip.. "aku menulis bukan kerna nama.. kerna sifat kasih pada sesama insan..dan menyatakan kasih sayangku.." hehehe

    ReplyDelete
  10. ubuntu terus maju

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...