Monday, September 06, 2010

Kazam 0.1 dilepaskan!

Dalam linux, terdapat pelbagai cara untuk merakam video desktop (screencast) samada menggunakan CLI (Command Line Interface) atau juga GUI (Graphical User Interface). Namun, saya boleh kata kesemua aplikasi yang ada hingga sekarang (gtkRecordMyDewsktop, Istanbul, xVidCap...) seakan-akan tidak begitu menitik beratkan aspek kemudahgunaan dan pengalaman kepenggunaan. Hal ini mungkin disebabkan pembangun aplikasi linux dahulunya hanyalah seorang programmer dan bukannya designer.

Semenjak linux khususnya ubuntu semakin mendapat tempat dihati pembangun aplikasi, muncul ramai programmer yang dalam masa yang sama seorang designer yang menghasilkan idea untuk memudahkan banyak kerana termasuk memasukkan unsur pengalaman kepenggunaan ke dalam aplikasi didalam linux, dan Kazam ialah salah satu daripadanya.


Pada akhir Jun lalu, seorang pembangun aplikasi (Andrew) telah mengeluarkan satu draf idea ke arah membangunkan aplikasi screncast yang dinamakan Kazam. Hari ini pula, Kazam versi 0.1 dilahirkan untuk dicuba dalam suasana pembangunan perisian sumber terbuka iaitu;
  • Kazam memerlukan logo. Sekiranya anda seorang designer logo, anda boleh menyumbang kepakaran anda untuk mencipta logo kepada Kazam
  • Terjemah : Sekiranya ada tahu bahasa inggeris dan bahasa kedua, sila sumbankan pengetahuan anda untuk terjemahan aplikasi Kazam
  • Pembangun PyGTK : Source Code kazam adalah boleh dilihat dan sekiranya anda mempunyai cadangan ke arah meningkatkan prestasi/kemudahgunaan GUI Kazam, anda boleh menyumbang
  • Ketika ini Kazam menggunakan kod-kod ffmpeg walaupun dalam masa yang sama Andrew ingin menggunakan GStreamer. Sekiranya anda mengetahui selok belok GStreamer, anda boleh menyumbang
  • Laporkan Bug : Sekiranya terdapat kelakukan ganjil yang tidak sepatutnya pada Kazam, sila laporkan ke launchpad (bukan kepada saya)
  • Dan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang apa sahaja.

Sekiranya anda ingin mencuba Kazam sila tambahkan PPA berikut ke dalam Ubuntu;
sudo apt-add-repository ppa:and471/kazam-daily-builds
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
sudo apt-get install kazam
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...