Monday, September 20, 2010

Pasang Dropbox ke dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Dropbox merupakan satu perkhidmatan yang membenarkan penggunanya menyimpan data secara online, berkolaborasi dan berkongsi dengan kawan data tertentu serta menyamaratakan data (sync) antara dropbox dan folder tertentu dalam komputer. Dropbox, tidak seperti ubuntu one merupakan perkhidmatan yang multi-platform yang membolehkan penggunanya memasangnya pada Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux.


Pemasangan Dropbox
Anda boleh memuatturun fail DEB daripada http://www.dropbox.com/downloading dan kemudian double click pada fail berkenaan untuk tujuan pemasangan.

Selesai proses pemasangan, lancarkan dropbox (Internet - Dropbox) yang kemudiannya membawa anda ke proses pendaftaran dan setting.

Klik pautan saya untuk daftar dropbox (NOTA : Bukan Affiliate yer..)
Akaun percuma dropbox memberikan anda ruang sebanyak 2GB untuk simpanan data namun sekiranya anda mendaftar menggunakan pautan yang saya berikan dibawah, anda akan mendapat tambahan 250MB menjadikannya 2.25GB untuk simpanan data anda secara online (boleh diakses dimana sahaja selagi ada talian internet).


Setiap pendaftaran baru daripada link ini akan memberikan saya tambahan 250MB sehingga ianya mencapai maksima 8GB.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...