Saya menghadapi masalah authentication pada Ubuntu Software Center iaitu setiap kali saya cuba memasang perisian menggunakannya, tidak ada sebarang proses memasukkan password berlaku dan sudah tentu perisian tidak akan terpasang proses tersebut. Saya menemui penyelesaian ini dalam forum ubuntu dan cara menyelesaikannya adalah seperti berikut;
1.Buka Startup Applications atau Ubuntu Tweak (mempunyai pilihan yang lebih banyak berbanding Startup Applications tapi cara penyelesaian tetap sama)
2.Pilih Policy Kit Authentication Agent. Kemudian klik butang Edit.
3.Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama dengan saya, anda akan melihat sesuatu seperti berikut;
tertulis dalam ruangan Command : /usr/lib/kde4/libexec/polkit-kde-authentication-agent-1
4.Masukkan dalam ruangan command tadi : /usr/lib/policykit-1-gnome/polkit-gnome-authentication-agent-1
5.Save dan close.
6.Restart.
Saya telah memeriksa masalah ini dan mendapati Policy Kit Authentication Agent KDE telah menggantikan Policy Kit Authentication Agent Gnome secara kita tidak sedari. Sekiranya anda membuka Ubuntu Tweak, anda akan dapat melihat terdapat 2 Policy Kit Authentication Agent satu untuk GNOME dan satu untuk KDE. Anda perlu aktifkan Policy Kit Authentication Agent untuk GNOME dan diaktifkan yang untuk KDE.
Selamat mencuba :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..