Thursday, September 09, 2010

Fungsi Firefox Panorama (Tab Candy) untuk Google Chrome : Tab Sugar!

Firefox 4 akan memperkenalkan pelbagai fungsi baru seperti yang saya tulis sebelum ini. Antaranya fungsi tersebut ialah Tab Candy yang kemudiannya di namakan Firefox Panorama apabila versi beta Firefox 4 dilepaskan. Fungsi baru yang sangat unik dan diperlukan oleh saya ini mungkin akan menyebabkan saya kembali bertukar dari menggunakan Google Chrome kepada Firefox. Namun, bagaimana sekiranya fungsi yang sama turut boleh digunakan dalam Google Chrome?

Tab Sugar merupakan satu extension untuk Google Chrome yang berfungsi berasaskan idea Firefox Panorama. Anda boleh memuatturun extension ini dalam pautan berikut:


Sila saksikan video preview dibawah;


Tab sugar masih lagi dalam versi alpha. Namun pastinya ia menjanjikan lebih kestabilan dan fungsi baru dimasa akan datang. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...