Posts

Showing posts with the label browser

Top 5 pelayar web

Image
Dave Shea: Ramalan daripada StatCounter’s Global Stats, mengatakan bahawa Chrome akan mengatasi IE dan Firefox. Dan ini beerti akan berakhirlah dominasi IE selama 13 tahun. -via mezzoblue

Gunalah Firefox Atau Chrome Di PPZ

Image
Sebaik sahaja selesai sahur hari ini dan sementara menunggu Solat Subuh, saya mengambil sedikit masa untuk membaca cara-cara membayar zakat secara talian internet (online) di Pusat Pungutan Zakat yang dikendalikan oleh MAIWP. Sebaik sahaja klik kepada URL http://www.zakat.com.my/ , munculah halaman tersebut di skrin komputer saya. Lalu sebaik sahaja saya cuba alihkan kursor tetikus ke butang TAKSIR ZAKAT, BAYAR ZAKAT dan SEMAK PENYATA ZAKAT; alangkah terharunya saya muncul Flash untuk "PAPARAN TERBAIK SILA GUNAKAN FIREFOX atau CHROME". Lihat tangkapan skrin saya gambar 1 di bawah: Gambar 1 Manakala tangkapan skrin Gambar 2 di bawah pula jelas mengingkat sekali lagi supaya pengguna menggunakan pelayar web FIREFOX atau Chrome! di Zakat2U . Gambar 2 Jadi kesimpulannya ada 2 tujuan mengapa saya mengetengahkan entri ini: Secara tidak langsung entri saya ini mengingatkan kepada saya dan pembaca budiman semua supaya melunaskan Zakat (untuk muslim), terutamanya zakat Fitrah...

Firefox Versi 6 Stabil Telah Dilancarkan

Image
Secara rasminya, pembangun Monzilla telah pun melancarkan pelayar web Firefox versi 6.0 pada 16 Ogos 2011 baru-baru ini. Bagi mereka yang gilakan kepada fungsi tambahan (Extensions Add on), Firefox adalah pelayar Web yang tepat. Mesti pilih! Meskin pun kedengaran desas- desus bahawa pesaingnya iaitu Chrome cuba memintas popularitinya, namun saya percaya beberapa  kelebihan yang ada pada Firefox menjadikannya sukar ditewas buat pada masa ini. Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru yang ditawarkan untuk versi 6.0 ini: Sekarang bar alamat menekankan kepada domain laman web yang dilawati. Wajah blok identiti laman (site identity block) dinaik taraf. Ditambah sokongan untuk draf versi terbaru daripada WebSockets dengan API awalan. Ditambah sokongan untuk EventSource / acara server-sent. Sokongan yang ditambah untuk window.matchMedia. Ditambah Scratchpad , persekitaran prototaip interaktif JavaScript. Ditambah ke dalam menu iaitu Web Developer yang baru. Kebolehgunaan...

Pasang Firefox 4.0 Beta 7 dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Image
Wow. Saya merupakan pengguna Google Chrome dan saya ada sebab mengapa saya guna pelayar web Google Chrome . Namun pada hari ini saya ingin mengucapkan, Chrome, maaf..aku terpaksa berlaku curang kali ini! Maaf ku tak bisa, memilih dirimu.. Kerna ku terhanyut..mencintai dia.. Segalanya kerana saya telah mencuba Firefox 4.0 Beta 7. Yup, ianya masih beta namun mengagumkan! Memasang dalam Ubuntu Lucid/Maverick Masukkan kata arahan berikut ke terminal sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa sudo apt-get update sudo apt-get install firefox-4.0 Selesai proses pemasangan, ianya boleh dilancar melalui menu Applications - Internet - Minefield 4.0 Web Browser. Saya telah menulis tentang ciri baru yang telahpun diperkenalkan dalam versi beta ini dan apa yang lebih mengagumkan ialah kepantasan, penggunaan memori yang minimal (lebih baik dari chrome), dan keupayaan untuk menjalankan fungsi sesuatu laman web tanpa masalah (saya mempunyai pengalaman yang kurang baik bersama chr...

Fungsi Firefox Panorama (Tab Candy) untuk Google Chrome : Tab Sugar!

Image
Firefox 4 akan memperkenalkan pelbagai fungsi baru seperti yang saya tulis sebelum ini . Antaranya fungsi tersebut ialah Tab Candy yang kemudiannya di namakan Firefox Panorama apabila versi beta Firefox 4 dilepaskan. Fungsi baru yang sangat unik dan diperlukan oleh saya ini mungkin akan menyebabkan saya kembali bertukar dari menggunakan Google Chrome kepada Firefox. Namun, bagaimana sekiranya fungsi yang sama turut boleh digunakan dalam Google Chrome? Tab Sugar merupakan satu extension untuk Google Chrome yang berfungsi berasaskan idea Firefox Panorama. Anda boleh memuatturun extension ini dalam pautan berikut: Download Tab Sugar Sila saksikan video preview dibawah; Tab sugar masih lagi dalam versi alpha. Namun pastinya ia menjanjikan lebih kestabilan dan fungsi baru dimasa akan datang. Selamat mencuba :)

Google Chrome versi 6.0 stabil untuk linux, windows dan mac dilepaskan

Image
Google hari ini (2 sept) melepaskan versi stabil pelayar web Chrome versi 6.0 (lebih tepat versi 6.0.472.53)  untuk linux, windows dan mac. Pembaharuan dari versi stabil sebelum ini (versi 5.0) ialah; kemaskini antaramuka form autofill Syncing of extensions and Autofill data peningkatan kepantasan dan kestabilan Bagi pengguna ubuntu, sila upgrade menggunakan update manager anda. Screenshot; chrome 5.0 chrome 6.0

Firefox 4.0 : Koleksi ciri baru yang diketahui setakat ini.

Image
Firefox 4.0 diuji lagi dengan Mozilla melepaskan Firefox 4.0 Beta 2 yang menyaksi beberapa ciri lagi diperkenalkan untuk tujuan percubaan. Seperti mana yang anda maklum, saya merupakan seorang switcher dari menggunakan firefox kepada Google Chrome kerana beberapa faktor yang telah dijelaskan dalam entry terdahulu . Namun, dengan perkembangan dan inovasi berterusan dari Mozilla keatas firefox, saya mungkin lompat parti  bertukar browser sekali lagi kerana antara ciri baru yang mozilla ingin perkenalkan dalam firefox 4 adalah sangat-sangat mengujakan. 1.Tab Candy Seorang pelayar web hardcore biasanya membuka tidak kurang 5 tab dalam satu masa dan 10 tab keatas adalah kebiasaan. Tab candy adalah satu fungsi sistem pengurusan tab yang lebih efisyen dan penerangan lanjut dan detail adalah dalam video dibawah; An Introduction to Firefox's Tab Candy from Aza Raskin on Vimeo . 2.TaskFox Masih belum pasti adakah fungsi ini akan diaplikasikan dalam Firefox 4.0 tetapi ianya sala...

Readability Untuk Chrome

Image
Membaca bahan bacaan di laman web adakala menyeronokkan dengan pelbagai cerita menarik dari seluruh pelusuk dunia namun kadang-kala juga menyakitkan hati. Pernahkan anda bertemu dengan laman web atau blog yang menggunakna tulisan yang sangat kecil dengan paparan lebar (width) yang agak besar. Ianya mungkin ok bagi anda tetapi bagaimana pula dengan golongan yang lebih veteren? Sekiranya anda pengguna pelayar web google chrome (chromium), anda boleh menggunakan extension readability untuk menukarkan website yang sukar dibaca tadi kepada satu paparan yang sedang untuk ditatap oleh mata. sebelum selepas Tentunya extension ini sangat sesuai untuk tujuan pembacaan terutamanya bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk memakai spek suatu hari nanti atau bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk menambah kekuatan kanta spek mereka. Sekiranya anda perasan, fungsi readability ini menyamai fungsi reader dalam Safari 5 yang menggunakan kod perisian terbuka. Anda boleh muatturun dan pasang ...

Pelayar web pilihan kalbuku dan mengapa

Image
Apakah pelayar web yang anda gunakan untuk membuka entry ini? Firefox? Google Chrome? Opera? Safari? Atau mungkinkah anda masih menggunakan Internet Explorer? Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan Ubuntu Maverick Meerkat 10.10 versi Netbook bakal menukar pelayar web dari Firefox kepada Chromium (versi open source bagi Google Chrome).  Ini disebabkan kerana Firefox mempunyai beberapa kelemahan jika dibandingkan dengan Chromium dan antaranya ialah penggunaan memori yang besar, dan penggunaan skrin berlebihan oleh firefox menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengguna. Pengguna komputer seperti saya sememangnya menyedari hakikat ini sejak dari dulu lagi tetapi dulu kita tidak mempunyai banyak pilihan. Apabila chromium digunakan oleh google untuk membangunkan Google Chrome, ia segera mendapat perhatian ramai dan mendapat populariti yang tinggi. Dan disitulah pertama kali saya membuat keputusan mengucapkan さよăȘら(sayonara) kepada firefox. Ya! Firefox bukan lagi pelayar web uta...