Apakah pelayar web yang anda gunakan untuk membuka entry ini? Firefox? Google Chrome? Opera? Safari? Atau mungkinkah anda masih menggunakan Internet Explorer?
Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan Ubuntu Maverick Meerkat 10.10 versi Netbook bakal menukar pelayar web dari Firefox kepada Chromium (versi open source bagi Google Chrome). Ini disebabkan kerana Firefox mempunyai beberapa kelemahan jika dibandingkan dengan Chromium dan antaranya ialah penggunaan memori yang besar, dan penggunaan skrin berlebihan oleh firefox menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengguna.
Pengguna komputer seperti saya sememangnya menyedari hakikat ini sejak dari dulu lagi tetapi dulu kita tidak mempunyai banyak pilihan. Apabila chromium digunakan oleh google untuk membangunkan Google Chrome, ia segera mendapat perhatian ramai dan mendapat populariti yang tinggi. Dan disitulah pertama kali saya membuat keputusan mengucapkan ăăăȘă(sayonara) kepada firefox. Ya! Firefox bukan lagi pelayar web utama bagi saya.
Bukan kerana masalah penggunaan memorinya yang terlampau banyak tertapi sebab berikut :
Dengan resolusi skrin laptop standard 1280x800, menggunakan Firefox menimbulkan masalah penggunaan ruang skrin yang terlalu banyak oleh toolbar 5 lapisan iaitu title bar, menubar, address toolbar, bookmarks, dan tab. Manakala bagi kes Google Chrome, penggunaan skrin adalah lebih efektif memberikan pengguna lebih ruang untuk menikmati pelayaran web yang lebih selesa.
Perkara kedua yang saya suka tentang Google Chrome ialah Address Bar. Ia memainkan 2 fungsi iaitu sebagai address bar dan juga sebagai search bar. 2 kerja disatu tempat sememangnya memudahkan dan mempercapatkan kerja.
Perkara ketiga, kini google telah integrate fungsi sync bookmark menggunakan akaun google seseorang pengguna. Ianya adalah antara perkara yang saya nantikan selama ini iaitu menyimpan bookmark di internet kemudian sync data tersebut ke mana-mana sistem operasi yang saya gunakan dalam komputer saya.
Saya tahu dan amat sedar bahawa semua perkara diatas boleh dilakukan dalam firefox dengan memasang extension tertentu. Namun kadang-kala kita tidak mempunyai terlalu banyak waktu untuk mencari kesemua extension yang dimaksudkan setiap kali selepas installasi sesuatu sistem operasi bukan?
Namun disebalik banyak kelebihan Google Chrome, masih ada beberapa kelemahan namun saya maafkan kerana ianya masih berstatus beta dalam linux yang saya gunakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
"Ya! Firefox bukan lagi pelayar web utama bagi saya." - Hi5! ;) F11 juga best!
ReplyDeletekenapa aku gunakan firefox? entah aku pun tak tahu. tapi aku memang kadang2 bertukar2 dari FF > chromium > opera
ReplyDeletekadang2 guna elinks juga :p
about:config in firefox can edit anything to be like chrome
ReplyDeletebut still yes, using more memory usage
hehe..F11 fullscreen kn? jarang gne..ekeke
ReplyDeleteelinks? ape 2?hahhaa
ReplyDeleteitu yg xbest nye..huhu
ReplyDeleteselalu pakai chrome, tapi ntah rase tak berkenan di jiwa ini....bagi mengatasi masalah ruang screen sempit tu, aku selalu hide bookmark bar tu.
ReplyDeletefungsi kedua tu, boleh pakai plugin omnibar...menjalankan fungsi yang sama dengan google chrome.
perkara ketiga. boleh pakai xmark plugin...tapi kene reg account baru..
aha..jangan lupa pakai mozbackup untuk backup plugin, bookmark anda...hehe..nanti bile terisntall yang baru, leh kembalikan semula dengan mozbackup..
i love firefox...
hehe..still ngn firefox ek..
ReplyDeleteaku harap firefox 4.0 akn baiki byk benda terutama skali pasal ruang tuh..huhu
dulu2 mmg fanatik dgn mozila tp sekarang beralih arah ke google chrome..suke sangat..menepati citarasa sungguh
ReplyDeleteKelemahan chromium:
ReplyDelete1. Window theme tidak blend dgn gnome.
2. Tiada Flashgot dan downThemall (dTa) extension (melayari internet tidak seronok tanpa 2 extension ini).
Setelah dua kelemahan ini diatasi, pasti chrome akan mengambil alih ff dlm dell studio aku ni.
yg no 1 tu ko klik kat bar ats tuh pastu pilih use system title bar & borders..
ReplyDeleteyg no 2..err yg ni camne? http://www.chromeplugins.org/chrome/list-of-download-managers-for-google-chrome/
wakaka
samala..hehe
ReplyDeletehrmmm...kalau pilih 'use system title bar & borders', lbh kurang mcm pkai ff dari segi penggunaan screen space. No point to switch.
ReplyDeleteurl ni 'http://www.chromeplugins.org/chrome/list-of-download-managers-for-google-chrome/' utk download manager chrome dlm windows. Aku xkn brpatah balik ke dunia winblow$ stlh aku switch ke linux world 100% sejak 4 tahun yg lalu.
Akan tetapi, aku kagum dgn performance chrome. It's really impressive.
elinks tu pelayar sesawang untuk terminal. Bagus kalau nak tengok rupa laman2 kita bila berkeadaan teks sahaja. Dan biasanya webmaster guna elinks.
ReplyDeletehmm yeke..ekeke..
ReplyDeletetp still xbyk sgt mcm FF..
owh yeke..xpnah try la plak..hmm bleh try ni..ekeke
ReplyDeletecuba try theme ni kat firefox --> chromifox extreme
ReplyDeletePlugin ini akan mock-up-kan firefox kata orang terengganu "lek-lek" dengan google chrome
tanpa di sedari blog melayubuntu ini telah kembali meriah dan aktif dengan suntukan kembali dari saudara zul. berbanding seketika dulu, agaknya saudara terlalu sibuk dgn herbamart. tahniah
ReplyDeleteMacammana nak install "missing plug-in" kat bahagian "di taja oleh". Guna Firefox ada keluar gambar...
ReplyDeleteklik kat missing plugin bar tuh pastu proceed lah...
ReplyDeleteEntahh..mana satu yg laju..aku henatm semua..chrome laju tang download..mudah.
ReplyDeleteelinks ni cam lynx rasenye.. text based web browser..
ReplyDelete