Wednesday, May 12, 2010

Antaramuka Unity dan Ubuntu Light untuk Maverick Meerkat

Ketika Ubuntu Developer Summit for the Maverick Meerkat 10.10 di Belgium, Mark Shuttleworth memperkenalkan fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan dalam Ubuntu akan datang dan antaranya yang menjadi perbualan dan mendapat respon baik ialah konsep antaramuka yang dikenali sebagai Unity. Unity ialah antaramuka baru untuk komputer netbook yang berkonsep ringan dan gambaran adalah seperti screenshot dibawah.


Fungsi kedua ialah ubuntu light samada untuk versi netbook dan juga desktop yang memfokuskan kepada kepantasan untuk boot ke dalam sistem operasi.

Ketiga, oleh kerana kebanyakkan pengguna ubuntu melakukan dualboot bersama windows, ubuntu Meverick bakal memperkenalkan satu aplikasi untuk windows yang akan membantu menguruskan dualboot.

Apa kata kita lihat keynote yang disampaikan oleh Mark Shuttleworth dibawah;


Mencuba Unity dalam Lucid Lynx

Jika anda tidak tidak sabar-sabar untuk mencuba interface baru ini, ikuti cara berikut untuk memasangnya;
sudo add-apt-repository ppa:canonical-dx-team/une
sudo apt-get update && sudo apt-get install unity
Kemudian pilih sesi Unity ketika login dalam GDM.

Nota : Dalam kes saya, Unity menjadi lag dan unusable mungkin disebabkan masalah sistem ubuntu saya yang diupgrade dari Karmic. Sedang memikirkan untuk reinstall ubuntu secara clean install.

6 comments:

  1. salam bro
    kaw pn gne ubuntu ek
    share sikit nan aku
    bole??
    ngeh2

    ReplyDelete
  2. lerr..ni aku dh share la ni..ekeke

    ReplyDelete
  3. salam bro..
    agak terkial2 nk gune Unity nie..
    ade x tutorial untuk mengunakan Unity nie..
    menu bar pon dah hilang..

    ReplyDelete
  4. problem solve...

    ReplyDelete
  5. slm bro..
    lepas install bende nie then sy convert balik jdi yg gnome pnyer terdapat 1 problem yang agak membingungkan...
    usb pendrive/external HD xboleh connect dengan linux sy...
    mcm mane nk solve problem nie?
    btw sy baru lagi dalam arena linux2 ini..
    trimas..

    ReplyDelete
  6. salam bro..
    saya dah install Unity..
    tetapi, masalah berlaku apabila saya menggunakannya..
    desktop tiba2 jadi sekejap ada, sekejap tak de..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...