Monday, May 10, 2010

Miliki barang cetak rompak akan jadi kesalahan!

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 pada sesi Parlimen akan datang bagi memperkemaskan peruntukan yang sedia ada di bawah akta berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di bawah akta berkenaan, kementerian akan memperuntukkan kesalahan memiliki barangan cetak rompak adalah sama seperti memiliki barangan curi.
"Oleh demikian wajarlah kesalahan sedemikian dijadikan sebagai satu kesalahan jenayah. Langkah ini bukan untuk menindas rakyat tetapi rakyat harus tahu yang salah adalah tetap salah," katanya ketika berucap melancarkan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010 di sini, sebentar tadi.
via : BHarian

Zaman gelap kepada industri cetak rompak di Malaysia? Atau zaman cerah kepada Open Source di Malaysia?

Sejauh mana penguatkuasaannya nanti?

9 comments:

  1. pertama sekali, cetak rompak memang tak bermoral dan memiliki pun dikira tak bermoral.
    masalahnya, nak beli yg original, harganya tu yg menjadi masalah.

    jadi open-source = solution.
    masalahnya, sejauh mana opensource ni boleh diserapkan sepenuhnya di negara ni.
    takder ke usaha nak promo opensource ni lebih meluas?

    setakat ni(ni apa yg saya tau la), opensource ni tak dapat publisiti yg meluas dan tak pesat.
    saya setuju kalau opensource dapat diaplikasi dalam penggunaan operasi pc harian.
    cuma saya ni kurang pengetahuan. ada juga berbincang akan hal ni dengan kawan² lain tp semua muka blur.

    kesimpulan, sokong sangat opensource digunakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. lebih ramai penjenayah di malaysia.. =)
    harga original copy is tooo expensive..

    ReplyDelete
  3. open source baru nak bertapak dan belum jd perhatian umum lg sbb xde impak yg menyebabkan benda 2...klu kerajaan betul2 kuatkuasakan undang2 cetak rompak ni, rasanya kita xde pilihan melainkan guna open source dan time 2 baru org sedar..

    ReplyDelete
  4. hehe..yup too expensive..utk personal use jarang yg bli software berbayar..semuanya crack.. even DOTA! hahaha

    ReplyDelete
  5. proprietary, publisiti dan open source.

    proprietary software spt windows bgantung kpd publisiti. publisiti makan belanja yg besar utk dapat impak maksima (mcm citer melayu plak). bygkan, seminit iklan kat tv3 time buletin utama slama sebulan = RM300,000.00. mgkin itulah figure yg dibayar oleh p1wimax (iklan potong, igt lg tak). tp impak dia sgt besar. media massa adalah medium pengiklanan yg plg efektif.

    Iklan xpnah mggmbrkn kburukan produk. ada x iklan windows menyatakn sape2 nk pkai windows kna rjin format hdisk sbb bjuta2 virus boleh pd bl2 ms mnyerang komputer pgguna. da la mhl kna install mcm2 plak utk elak virus. kalu windows hrga RM5 xpe la jgak. kate org tu brbaloi. ni x, kalah membeli kalah memakai.

    open source company, canonical contohnya, kalu dia wat iklan kat tv, aku pcaya, berbillion pengguna akn donlod ubuntu. tp xtaulh knape shuttleworth blum wat camtu. mgkn sbb kekangan modal agaknyer.

    3 tahun pkai ubuntu, aku boleh wat konklusi, secara keseluruhan, ubuntu lbh mudah drpd xp n vista dgn adanya kmudahan internet.

    Ubuntu lucid is the best ubuntu version around. cuba dan rasai sendiri.

    ReplyDelete
  6. open source kewl..
    pirated apps also kewl..
    hohoh

    ReplyDelete
  7. so siapa yang patut push gov ttg kelebihan open source? siapa yg boleh influence pihak yg berpengaruh utk guna open source? masalah yg aku nampak, ubuntu dan yg seangkatannya ni bagus dan semakin bagus..cuma masih ramai yg fobia atau takut² nak guna dan mungkin tak yakin. sejauh mana tahap compatibilty ubuntu dalam penggunaan harian org biasa sampailah kepada yg hustler.

    usaha admin ni memang terpuji dan membanggakan. bukan senang nak carik org yg bermurah nak share ngan detail dan penuh komitmen.

    bagi yg ada kemudahan online mungkin takder masalah sangat tapi yg offline tu susah nak tembus.

    contoh macam aku la...nak guna ubuntu kat ofis..faham² je la HQ still hantu windows.. anyway aku akan try suggest ngan diorang bila ada peluang. admin u done a great job. semoga berjaya le'top'kan penggunaan open source ni.

    engine dah idup tapi still 60km sejam.

    ReplyDelete
  8. Good Job Great Keep It Up good blog about
    Printing Malaysiaservices and Good Job and good
    Print Malaysia Blog

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...