Monday, May 24, 2010

Mengapa ini masih berlaku?

Statistik diatas merupakan statistik pengunjung blog Melayubuntu yang terkini. Seperti yang dapat anda lihat, pengguna windows merupakan pengunjung teramai mengatasi pengguna linux dan yang selainya.

Soalan saya, adakah selama ini saya menulis hanya untuk 46.82% pembaca sahaja dan yang lainnya hanya membaca dan meninggalkan blog ini tanpa mengambil apa-apa faedah?

Jika ia benar begitu, maka statistik ini tidak seolah-olah ingin memberitahu saya supaya melakukan sesuatu yang lebih menarik supaya mampu menarik minat 50.14% pembaca atau sekurang-kurangnya mereka dapat mengambil faedah dari kunjungan mereka ke melayubuntu.

Justeru, saya jujur ingin bertanya,

1.Wajarkah saya menyediakan tutorial bersifat cross platform yang boleh digunakan juga oleh pengguna Microsoft Windows?

2.Apakah pandangan anda jika saya perkenalkan konsep Podcast ataupun/dan Screencast untuk paparan audio dan visual supaya pengguna Microsoft Windows memahami segenap bit perbincangan di blog melayubuntu?

3.Atau adakah anda hanya ingin saya teruskan apa yang ada sahaja tanpa apa-apa perubahan?

35 comments:

  1. hahaha... aku rase bukan camtu zul... mungkin kebanyakkan orang same mcm aku, browse internet daripada office pc. cam biasa customization pc kat office ni terhad/tak dibenarkan. aku takleh nak install ubuntu kat sini. tu pasal statistik banyak dari windows pc. Blog Melayubuntu terkenal sebab ubuntu. so aku rase posting untuk cross-platform tak perlulah sgt kot. Untuk idea podcast, itu mmg cun. Tp lagu best kalo ko buat poll.

    ReplyDelete
  2. cross platform. ok juga kerana oss tak semestinya bermula dari linux. kerana oss itu besar.
    tapi disebabkan nama blog ini 'ubuntu' maka isinya sudah dilihat untuk ubuntu.

    tentang pembaca windows itu biasa la. paling kurang ada yang masih berminat membaca benda baru :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu der.. Gua tengok yang banyak sekarang ni yang lawat MBntu pun end user jer.. lain ler kalo comptr tchncian leh buat mcm mcm.. mybe time di rmh je dia org dpt praktik kn ilmu yng terdapat di sini.. just my 37 cents..

    ReplyDelete
  4. ko pakai apa untuk tengko statistik pengunjung ikut os

    ReplyDelete
  5. aku nak kene kumpul duit dulu untuk guna balik Ubuntu.. PC lama aku tak boleh nak tampung hehe

    ReplyDelete
  6. hehe yeke..mgkin jugak ek.
    ramai kot yg berkerja guna windows (eh semuanya kot!..ahaks)
    buat poll ke...hmm, mybe nnti aku pk..hehe

    ReplyDelete
  7. 37 cents? hmm agak tinggi..hehe
    maybe jugak la...aku risau org xpaham apa aku dok tulis jer..hahah

    ReplyDelete
  8. hmm mungkin jgk...
    bagus la klu dia baca dan faham. takut dia xfaham..haha

    ReplyDelete
  9. ic2..bkn ke ko nak kumpul duit nak kawin? kwang3..
    p/s: gurau jer..hehe

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan komen2 otai semer .. kebanyakkan opis still pakai Jendela.
    point 1 dan 2 utk pembaharuan tak der salah bro. kalo nak stick to no 3 pon tak kesah ... blog lu bro.

    tapi kalo betul ramai windows enthusiast yang masuk blog neh ... mungkin sebab dorang dah jemu ngan windows ... bukan ke itu bagus?

    ReplyDelete
  11. ehehe, sokong 1 dan 2 jugak kot..tapi kalau nak kekalkan pun boleh..mungkin yang guna windows tu sebab sedang usha2 blog ni (cari maklumat) terlebih dulu sebelum berpindah OS :)

    ReplyDelete
  12. salam...
    pendapat sy, blog nie mesti diteruskn seperti sekarang..
    pengguna ubuntu asal nya berubah dari windows, jdi xhairan lah kalau ramai pengguna windows yang tengok blog nie..lagi 1, sy sekarang menjadi pengguna tetap ubuntu kerana blog ini..dari windows sy bertukar ke linux dan mengajak kwn2 yg lain brtukar ke linux dan blog ini byk membantu dorg sebelum betul2 bersedia bertukar ke linux...

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Hehe. Walaupun sekarang saya sdg menggunakan windows (notebook ofis) utk akses blog anda, depan saya ada sebuah pc yang menggunakan ubuntu. Jgn risau, sumbangan anda tidak sia-sia.

    Server-server yang diakses hari-hari guna notebook windows ni guna linux gak. :)

    ReplyDelete
  14. haha...
    nice2...
    go ubuntu go....

    p/s: pasni nntikan kunjungan dari android lak...he3

    ReplyDelete
  15. Ketiga-tiganya boleh. Saya pernah menyatakan kepada rerakan saya, si B.Gates tu dah buat MS Windows sampai jadi udara yg kita hirup hari2. Jadi, bila tak hirup udara, kita tak boleh hidup. Manalah si mamat tu tak kaya-raya.

    Jadi saya harap saudara Zul boleh bikin sesuatu yg menjadikan linux sbg udara segar bagi menggantikan udara yg dah lama tu. Ianya adalah suatu kebajikan yg besar kepada kami semua.

    ReplyDelete
  16. yup..satu perkembangan yg bagus.. =)

    ReplyDelete
  17. hmm maybe lah..nak tgk2 ape yg ubuntu leh buat..ala-ala survey la katekan..hehe

    ReplyDelete
  18. yeke...time kasih sbb salu masuk ke blog ni..hehe

    ReplyDelete
  19. ic2..tu menyumbang ke dalam statistik jgk..hahhaa

    ReplyDelete
  20. android? fuhh...aku nak gak merasa pakai android..huhu

    ReplyDelete
  21. hehe..insyallah bro..
    slagi ada keupayaan. =)

    ReplyDelete
  22. xyah cross-platform, aku suka surf blog ni sbb nak tahu benda baru psl ubuntu sng nk faham sbb bahasa melayu. yg window dh byk dah...aku dual boot win-ubuntu,jd ms gn win pn surf gak blog ni..tmasuk la dlm stats 50.14% tu.

    ReplyDelete
  23. hehe yeke..ok2..btul jgk ek, tutorial dan crite pasal windows mmg banyak dah..yg psl ubuntu kurang lg...huhu

    ReplyDelete
  24. suka saya tambah sikit, sehinggakan Font Arial dan Times New Roman pun diambil kira untuk buat tesis.. guna font lain . tak lulus atau potong markah .. kuang kuang kuang..

    ReplyDelete
  25. haha tu lambat lagi la
    banyak benda nak kena pikir ni

    ReplyDelete
  26. bg pandangan aku..xya la tuka2..hehe..blog ni best ape..kebanyakan tutorial en. zul aku ikuti..hehee..truskan usaha..

    ReplyDelete
  27. Salam...

    Harap kekalkan seperti sebelumnya..
    Kalu buat cross platform ke apa ke, takut terjejas fokus kepada isu-isu yang lain...
    banyak sangat keje nanti lak...
    Akhirnya pengikut yang hampir buta mcm saya ni hilang hala tuju dan panduan
    Bukan ada banyak pun blog tentang ubuntu dlm bahsa melayu ni..
    Maintain camni la ek...

    ReplyDelete
  28. hmm 2 la..kiri kanan blakang depan ada windows...haha
    aku dlu pun cam2 jgk..kaji2 skit pstu trus try..sbb benci ngn ntvirus sgt..haha

    ReplyDelete
  29. Boleh jadi juga kurangnya promosi terhadap komuniti. Mungkin pengunjung yang memerlukan perincian teknikal tak tahu yang adanya Pasukan LoCo, di mana boleh bertanyakan masalah, sama ada di forum, IRC, dsb.

    ReplyDelete
  30. kau jangan lah emo. huhu..

    1. webpage kau ni orang newbies gunakan untuk rujukan, seblum install kekal linux. Newbies mana biasa pakai linux kan?

    2. macam aku, kat rumah aku ada 2 laptop/PC, dua dua aku pasang linux. malangnya tak ada internet kat rumah aku. jadi aku pakai kat cyber je. Semua cyber pakai window bos..

    ReplyDelete
  31. Salam..
    Teruskan usaha murni tu..jangan cepat putus asa..bukan senang nak mentarbiahkan pengguna windows tegar..
    Ubuntu or Linux kena sedar bahawa pengguna masih lagi memilih Windows..kena pakai SWOT analysis tu..
    My 50 cents..banyak lagi yang perlu dipermudahkan untuk end user..customer kita nak nasi lemak lauk ayam..so kena bagi lauk ayam lah..kalau lauk lain mereka for sure tak mahu..just my idea...
    Pepehal sya tetap guna linux..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...