Sunday, May 23, 2010

Tutorial mengubah kedudukan docky ke kiri monitor


Docky secara default adalah ditetapkan supaya berada pada bottom monitor. Kemudian pengguna boleh menambah satu lagi dock dan ia telah ditetapkan dikiri dan juga dikanan. Kesimpulannya, secara default settingnya adalah seperti berikut;
Dock 1 : Bottom
Dock 2 : Left
Dock 3 : Right
Lalu jika sekiranya saya ingin mengubah susunan ini bagaimana? Ini kerana saya sedar bahawa docky telah mengambil sekurang-kurangnya 30px ruang vertikal saya menyebabkan saya tidak selesa dengan keluasan skrin yang ada.

Caranya adalah seperti berikut;

1.Tekan Alt + F2 pada keyboard dan taipkan gconf-editor pada tetingkap yang muncul dan klik Run.


2.Tetingkap Configuration Editor akan muncul dan navigate ke lokasi berikut;
/apps/docky-2/Docky/Interface/DockPreferences/


Seperti yang dapat kita lihat, disini kita boleh mengubah posisi Docky1, Docky2, Docky3 dengan mudah kepada Left, Right, Bottom ataupun Top dengan hanya double click pada ruang disebelah posisi dan taip lokasi yang diingini.

Sekiranya anda ingin menggunakan terminal, sila masukkan command berikut;
gconftool-2 --type String --set /apps/docky-2/Docky/Interface/DockPreferences/Dock3/Position Top

Command ini akan setkan String posisi Dock3 kepada Top. Ubah Dock3 kepada Dock2 dan Dock1 dan ubah Top kepada Left, Right mahupun Bottom.

5 comments:

  1. eh, docky ni boleh drag je kan. klik setting > tarik je dock ke kiri atau kanan. hehe..

    ReplyDelete
  2. dah try..tp dia bikin dock baru..huhu

    ReplyDelete
  3. Salam..bro, nape tak guna function autohide je? Ak try jgk nk ubah kdudukan tu n die mmg tmbh dock baru..tp cara yg aku buat, aku drag dock baru tu ke tempat dock yg asal (yg posisinye kat bottom). Secara otomatik, dock yg asal tu bpindah ke bhgian kiri..skdr kongsi ape yg aku jumpa scra tak sngaja :)

    ReplyDelete
  4. kalo aku..aku wt yg baru kt tepi..pastu drag..n then delete je la yg kt bawah td..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...